Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saya ingin bertanya tentang sebutan baku bahasa Melayu. Bolehkah kata pinjaman daripada bahasa Inggeris dibakukan sebutan mengikut ejaannya? | Pembakuan bahasa Melayu bermaksud proses penyeragaman sistem bahasa mengikut rumus-rumus dan peraturan bahasa yang ditetapkan dan digunakan dalam suasana rasmi. Komponen yang terdapat dalam bahasa baku ialah ejaan, tatabahasa, peristilahan, perbendaharaan kata, gaya atau laras bahasa dan sebutan. Oleh itu, kata pinjaman daripada bahasa Inggeris hendaklah dibakukan sebutannya. Sila rujuk buku Pedoman Umum Sebutan Baku Bahasa Melayu, DBP,1988, Daftar Umum Sebutan Bahasa Melayu, DBP, 1991 dan Pedoman Sebutan Baku Bahasa Melayu, DBP,1994. | Tatabahasa | 03.03.2009 |
1.apakah kebaikan bahasa baku? 2.Apakah keburukan bahasa baku | Saudara, Bahasa baku menyeragamkan bentuk sebutan dan memudahkan pembelajaran terutamanya dari segi lafaz perkataan dan sebagai rakyat Malaysia kita semua menggunakan satu bentuk sebutan dan melalui penggunaan bahasa yang seragam dapat menyatupadukan rakyat. Apabila sesuatu bahasa itu dibakukan dan disempurnakan tujuannya adalah untuk memberikan kebaikan kepada masyarakat. Oleh itu, rasanya tidak timbul masalah keburukan tentang perkara ini. | Lain-lain | 01.07.2010 |
apakah kepentingan bahasa baku dalam dunia hari ini? | Bahasa baku menyeragamkan bentuk sebutan dan memudahkan pembelajaran terutamanya dari segi lafaz perkataan dan sebagai rakyat Malaysia kita semua menggunakan satu bentuk sebutan dan melalui penggunaan bahasa yang seragam dapat menyatupadukan rakyat. Apabila sesuatu bahasa itu dibakukan dan disempurnakan tujuannya adalah untuk memberikan kebaikan kepada masyarakat. masalah | Lain-lain | 31.07.2013 |