Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dibantu

Peribahasa

Yang tegak disokong,
     yang lemah ditopang.

Bermaksud :

Orang kaya dimuliakan dihormati, sedangkan orang miskin dibantu dan ditolong.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Maaf, ini bukan pasal penggunaan bahasa tetapi kalau dapat dibantu. Mengenai salutation yang mana satu sesuai digunakan untuk jawatan Profesor. Yang Berbahagia (Y.Bhg.) atau Yang Berusaha (Y.Brs.). Terima kasih.Rujukan kehormat untuk profesor ialah Yang Berbahagia. Ungkapan kehormat ini digunakan  secara umum bagi orang yang mendapat gelaran anugerah, sama ada anugerah kehormatan negara, negeri, masyarakat mahupun anugerah dari pencapaian atau kelulusan akademik.Tatabahasa09.11.2010
Sesebuah majlis akan diurustadbirkan oleh event manager manakala beliau juga akan dibantu oleh floor manager. Perkataan ini sudah biasa kita gunakan. Apakah perkataan yang paling sesuai bagi menggantikan kedua-dua perkataan bahasa inggeris itu? event manager & floor manager? Terima kasih.
Istilah yang digunakan dalam bahasa Melayu ialah:

1. Event Manager = Pengurus Acara
2. Floor Manager = Pengurus Pentas

Terima kasih.
Istilah07.09.2017
Apakah terjemahan bagi "computer-aided design"? Terima kasih

YM Tengku,

Padanan bahasa Melayu bagi perkataan tersebut ialah reka bentuk dibantu komputer. YM Tengku boleh melayari Pusat Rujukan Persuratan Melayu dalam Laman Web Dewan Bahasa dan Pustaka untuk membantu YM Tengku mendapatkan padanan dalam bahasa Melayu.

 

Istilah24.07.2009
saya mengahadapi masalah menterjemahkan perkataan "playful" sebagai katasifat dalam contoh ayat berikut: "The playful lines he used bring joy into the painting." Harap dapat dibantu. Terima kasih.“Playful lines” dalam konteks ayat yang diberikan bermaksud penggunaan pelbagai jenis alat lukisan dalam pelbagai warna. Makna11.02.2021
saya tidak dapat log in. setelah mengisi maklumat emel, saya diberitau bahwa emel ini telah terdaftar namun untuk set semula, saya diminta ID staf yang saya tiada kerana saya bukan staf. harap maklum. bolehkah saya dibantu? terima kasihSila kemukakan soalan tuan dengan jelas.  Sekiranya untuk pengesahan iklan, kemukakan permohonan tuan melalui portal “Khidmat Pengesahan Bahasa DBP” melalui laman web www.dbpsahbahasa.my. Sila klik Daftar Akaun bagi pengguna yang kali pertama menggunakan perkhidmatan tersebut dan klik Daftar Iklan. Jika untuk mendapatkan maksud perkataan, tuan boleh memanfaatkan laman web kami www.prpm.dbp.gov.my.Lain-lain12.11.2020
mana satu perkataan yang betul digunakan iaitu diuar-uarkan atau diwar-warkan. Cth ayat: Jabatan Penerangan memohon kerjasama RTM untuk ................ Pusat Maklumat Rakyat. saya dah cari melalui carian kata kategoro kamus tapi tidak ada. Harap dibantu. Sekian, terima kasih.Perkataan yang digunakan ialah diuar-uarkan atau menguar-uarkan.Tatabahasa22.09.2008
Saya adalah aktivis puisi tepi jalan. Sudah beberapa kali mencetak buku sendiri. Pernah berkongsi pentas sama manusia-manusia sehebat Pak Samad, Rahmat Haron, Pyan Habib dan Meor. Saya ingin mengetahui apakah cara untuk saya mendapat peluang menerbitkan buku lewat saluran formal. Harap dibantu.Karya saudara boleh dihantar kepada Ketua, Bahagian Majalah, Dewan Bahasa dan Pustaka, Peti Surat 10803, 50926 Kuala Lumpur, untuk terbitan majalah, tetapi jika saudara ingin menerbitkan dalam bentuk buku, sila hantar kepada Ketua, Bahagian Penerbitan Sastera di alamat yang sama.Lain-lain06.05.2009
saya suak menggunakan laman web ini kerana saya lemah dalam bahasa inggeris dan web ini banyak membantu saya, terima kasih, akhir2 ini setiap kali saya nak guna laman ini akan terbit ID dan password sedangkan sebelum ini tak pernaj berlaku pun. diharap dapat dibantu dengan segera kerana saya tidak yakin hendak menggunakan laman web lain untuk membina bahasa inggeris saya dan memantapkan lagi bahasa Malaysia saya. terima kasih.Terima kasih kerana menggunakan perkhidmatan ini, anda masih boleh menggunakan perkhidmatan ini tanpa memasukkan id dan kata laluan. Sekiranya masih lagi menghadapi masalah yang sama sila hubungi pihak kami dengan segera.Lain-lain20.11.2007
Assalamaualaikum Encik, tolong bantu saya untuk memastikan ayat-ayat berikut betul atau perlu dipinda. terima kasih. 1) Izat bersikap seperti ibu dan ayahnya yang selalu membantu penduduk kampung yang hidup dalam kesusahan kerana bagaimana acuan, begitulah kuihnya. 2) Pakaian abang yang kotor di dalam baldi itu akan saya basuh pada pagi esok. 3)Pasukan bola jaring sekolah saya menjadi johan dalam pertandingan bola jaring itu. / Pasukan sekolah saya menjadi johan dalam pertandingan bola jaring itu. 4) Permasalahan sosial dalam / di kalangan remaja dapat diatasi hasil kerjasama daripada semua pihak. 5) Kak Yana kelam kabut mengemas ruang tamu apabila mendapat tahu bahawa/yang kenalan lamanya hendak datang ke rumah. 6) Kehidupan Abang Imran menjadi porak-peranda sejak/setelah diberhentikan kerja pada/sejak tiga bulan yang lepas. 7) Nur diminta mengemaskinikan laporan mesyuarat Persatuan Bahasa Malaysia dengan secepat yang mungkin. 8) Cikgu Badrul menyiapkan/menyediakan/membuat/membina sebuah pentas dengan dibantu oleh beberapa orang pelajar.Ayat 1, 2 dan 3 adalah betul. Manakala ayat 4 ialah 'Permasalahan sosial dalam kalangan remaja dapat diatasi hasil kerjasama semua pihak. 5. Kak yana kelam kabut mengemas ruang tamu apabila mendapat tahu bahawa kenalan lamanya hendak datang ke rumah. Soalan 6 adalah betul. 7. Nur diminta mengemaskinikan laporan mesyuarat Persatuan Bahasa Malaysia secepat yang mungkin. 8. cikgu Badrul menyiapkan sebuah pentas dengan dibantu oleh beberapa orang pelajar. Harap maklum.Tatabahasa22.07.2008
Assalamualaikum. Saya ingin bertanya tentang satu perkataan yang ingin digunakan bagi merujuk "harga jimat" bagi sesuatu buku (perkataan ini akan diletakkan di hadapan kulit buku). Adakah perkataan ini, iaitu "Harga tambah nilai" merujuk kepada harga yang jimat. Selain itu, adakah "harga tambah nilai ini" sama bagi perkataan "harga nilai tambah"? Apa yang saya faham di sini "harga tambah nilai" itu seperti sesuatu harga lain yang dibayar selain daripada harga sebenar atau mungkin saya yang keliru antara maksud itu. Mohon dibantu. Sekian, terima kasih.Harga tambah nilai dan nilai tambah merupakan istilah ekonomi.

Tambah nilai ialah perubatan menambah nilai sesuatu seperti menambah nilai kad isian semula. Manakala nilai tambah ialah sumbangan tambahan nilai ekonomu sesebuah firma yang dihasilkan daripada aktiviti pengeluarannya.

Bagi konteks harga buku, perkataan harga tambah nilai dan harga nilai tambah kurang sesuai untuk menyatakan harga  yang jimat untuk buku tersebut. Kami cadangkan HARGA JIMAT NILAI HEBAT yang boleh diletakkan di hadapan kulit buku.
Tatabahasa05.03.2013
12

Kembali ke atas