Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dibatasi


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Boleh tak sesiapa beritahu definisi dipratikan?Tiada istilah "dipratikan". Walau bagaimanapun, terdapat istilah "praktik" yang membawa maksud: 1. perbuatan melaksanakan teori (keya­kinan dll), pelaksanaan: biarpun cinta pd teorinya tidak dibatasi oleh kaya miskin, tetapi pd ~nya begitu; 2. perihal melakukan (menjalankan) pekerjaan profesional (doktor, peguam dll): sudah bertahun-tahun dia membuka ~; mempraktikkan menjalankan spt yg ter­sebut dlm teori dll, melaksanakan, mengamal­kan, melakukan: sekarang mereka cuba ~ apa yg mereka pelajari di Pusat Latihan Perguruan dahulu.Makna26.02.2014
Salam. Adakah ayat ini betul? " Dia menskrol telefon bimbitnya." dan apakah beza tahyul dan fantasi? terima kasih.Untuk makluman, tidak terdapat perkataan "menskrol" dalam bahasa Melayu. Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, terdapat  perkataan menatal (bidang Komputer) yang bermaksud menggerakkan paparan teks (baris demi baris atau halaman demi halaman) pada skrin paparan ke atas atau ke bawah secara beransur-ansur.

Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat maksud "tahayul' dan "fantasi" adalah seperti yang berikut:

tahayul

1. hanya rekaan khayalan belaka (sebenarnya tidak ada), impian sahaja, hanya dalam angan-angan 
2. kepercayaan yang karut-karut (kepada sesuatu yang sebenarnya tiada)

fantasi

1. imaginasi yang tidak dibatasi oleh kenyataan, angan-angan
2. ciptaan imaginasi yang tidak terbatas, sama ada dinyatakan atau semata-mata dibayangkan
3. sesuatu yang dibuat (dipakai) untuk perhiasan (bukan untuk kegunaan sebenarnya)
Istilah24.12.2015
Salam sejahtera, tuan. Ayat: Para remaja perlu membatasi/membataskan pergaulan mereka agar terhindar daripada masalah sosial. Pertanyaan: Antara pilihan yang diberikan, mana satu ialah jawapan yang paling tepat? Terima kasih.

Perkataan yang tepat ialah membatasi seperti yang terdapat dalam Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020: 218).

  

membatasi

13 menetapkan atau menentukan had atau sempadan (sst hal, keadaan dsb): Mereka mengadakan majlis tari-menari tanpa membatasi percampuran antara lelaki dgn perempuan. Hidup manusia mesti dibatasi dgn disiplin. 4

 

Perkara ini juga ada dibincangkan dalam buku Tatabahasa Dewan Edis Ketiga (DBP, 2008: 208)

Lain-lain25.06.2021

Kembali ke atas