1. Saya dibawa ke sini. 2. Saya dibawa di sini. Ayah yang mana betul? | Ayat yang betul ialah Saya dibawa ke sini. | Tatabahasa | 05.11.2017 |
Lelaki itu menanyakan beg yang dibawa oleh Banduan atau Lelaki itu bertanyakan beg yang dibawa oleh Banduan. | Bertanyakan bermaksud bertanya berkenaan sesuatu, manakala menanyakan bermaksud bertanya berkenaan sesuatu kepada. Lihat contoh ayat ini untuk melihat perbezaan penggunaan kedua-dua kata tersebut, "Ayah bertanyakan keadaan kesihatan Pak Long melalui anaknya" dan "Ani menanyakan doktor tentang keseriusan penyakit ibunya". Ayat yang betul: Lelaki itu menanyakan beg yang dibawa oleh Banduan | Tatabahasa | 06.09.2018 |
Yang mana satukah betul penggunaan tanda baca? Bahan-bahan yang perlu dibawa seperti roti, pisau, sudu dan cawan. atau Bahan-bahan yang perlu dibawa seperti roti, pisau, sudu, dan cawan. | Penggunaan tanda baca yang betul ialah pada contoh ayat pertama: ...seperti roti, pisau, sudu dan cawan. | Tatabahasa | 01.04.2014 |
1. Bolehkah menggunakan perkataan dimana (ejaan "di" dan"mana" dirapatkan) yang tidak menunjukkan arah? Contoh ayat: Puan Alia bersetuju dengan cadangan tersebut dimana beliau turut memohon supaya ia dibawa ke pihak pengurusan atasan. 2. Betulkah penggunaan perkataan dibawa (ejaan "di" dan "bawa" dirapatkan) bagi contoh di atas? | Kata tanya di mana hanya digunakan dalam ayat tanya sahaja. Oleh itu, ayat yang betul ialah Puan Alia bersetuju dengan cadangan tersebut dan beliau turut memohon supaya ia dibawa ke pihak pengurusan atasan. Ejaan yang betul ialah dibawa. | Tatabahasa | 18.09.2020 |
Salam. Setiap orang pemain bola sepak Perlis akan dibawa melancong ke Itali. Adakah ayat tersebut betul? Jika salah, apakah kesalahannya? Terima kasih. | Ayat yang betul ialah: Setiap pemain bola sepak Perlis akan dibawa melancong ke Itali. Pemain merujuk kepada orang yang bermain bola sepak. Tidak perlu pengulangan. | Tatabahasa | 30.07.2022 |
Tuan, apakah istilah yang tepat bagi papan tanda yang dibawa ketika perbarisan kontijen sukan dll. Adakah penggunaan 'papan pelekat' betul? | Benda yang tuan maksudkan ialah sepanduk, iaitu kain atau sebagainya yang dibawa sewaktu berarak. | Istilah | 26.01.2014 |
Cikgu Lee membawa buku-buku itu ke bilik guru. Apakah ayat pasif untuk ayat tersebut? 1. Buku-buku itu dibawa ke bilik guru oleh Cikgu Lee. 2. Buku-buku itu dibawa oleh Cikgu Lee ke bilik guru. | Kedua-duanya betul. | Tatabahasa | 18.07.2010 |
kalau kita perlu menganalisis rima akhir pada serangkap pantun / syair, adakah kita tengok satu huruf sahaja pada akhir sekali, ataupun dua huruf pada akhir sekali? contohnya: pisang emas dibawa belayar, masak sebiji di atas peti, hutang emas boleh dibayar, hutang budi dibawa mati. # kita perlu tengok -ar ? atau -r ? # kita perlu tengok -i ? atau -ti ? | Susunan huruf rima akhir bagi pantun ialah a-b-a-b, manakala rima akhir untuk syair ialah a-a-a-a. Rima akhir a-b-a-b merupakan kriteria utama untuk membezakan pantun daripada syair yang didapati rima akhirnya a-a-a-a. Contoh pantun dengan rima akhir a-b-a-b adalah seperti yang berikut: Sebab padi sebab selasih, Itulah sebab saya lurutkan, Sebab budi sebab kasih, Itulah sebab saya turutkan. Salah satu lagi ciri pantun yang membezakannya dengan syair adalah bahagian pembayang dan bahagian maksud. | Sastera | 09.05.2022 |
Assalamualaikum, Jikalau tuan hendak belayar, seyogia/seyogianyanya hamba dibawa. Adakah perkataan "seyogia" itu perlu ditambahkan dengan "nya" ataupun cukup sahaja dengan mengekalkan perkataan "seyogia" sahaja? Sekian Terima kasih/Terima Kasih/terima kasih? Sekian yang dipinta ... | Seyogia bermaksud sewajarnya atau sepatutnya. Perkataan yang betul dalam contoh ayat yang diberikan ialah seyogianya, iaitu Jikalau tuan hendak belajar, seyogianya hamba dibawa. | Makna | 10.10.2021 |
Apa terjemahan "everyday carry" yang merujuk pada barang-barang yang dibawa dan digunakan hari-hari? | Cadangan terjemahan bahasa Melayu bagi istilah everyday carry ialah bawaan harian. | Penyemakan dan penterjemahan | 19.02.2024 |