Rumus yang manakah yang betul untuk menukarkan ayat aktif dengan dua objek kepada ayat pasif? AA : Ibu membelikan saya sepasang kasut. Rumus 1 AP: Saya dibelikan oleh ibu sepasang kasut. Rumus 2 AP: Saya dibelikan sepasang kasut oleh ibu. Mohon bantuan, terima kasih. | Rumus ayat pasif yang betul ialah 'Saya dibelikan sepasang kasut oleh ibu". Ayat pasif yang mempunyai dua objek, hanya objek tepat yang bertugas sebagai subjek.
| Tatabahasa | 20.05.2014 |
Seperti yang diterangkan Ayat Pasif ialah ayat yang mengandungi kata kerja yang mengutamakan objek asal sebagai judul atau unsur yang diterangkan.Soalan :Abu membelikan ayah sebuah hadiah dari Melaka. Ayat pasif yang manakah betul? Jika silap,tolong berikan penerangan. (A) Ayah dibelikan oleh Abu sebuah hadiah dari Melaka. (B) Ayah dibelikan sebuah hadiah dari Melaka oleh Abu. [Adakah ayah ialah objek asal sedangkan perkataan 'ayah' merujuk kepada manusia ?] | Ayat aktif: Abu membelikan ayah sebuah hadiah dari Melaka. Ayat pasif yang manakah betul? Jika silap,tolong berikan penerangan. (A) Ayah dibelikan oleh Abu hadiah dari Melaka. - Betul (B) Ayah dibelikan hadiah dari Melaka oleh Abu. Salah [Adakah ayah ialah objek asal sedangkan perkataan 'ayah' merujuk kepada manusia ?] Ayat Pasif ialah ayat yang mengandungi kata kerja yang mengutamakan objek asal sebagai judul atau unsur yang diterangkan. Objek boleh terdiri daripada manusia. | Tatabahasa | 26.10.2015 |
1. Pakaian baru ini dibelikan (oleh/kepada/untuk) ibu saya. 2. Kek itu dibeli (oleh/kepada/untuk) kakak Meng Keat. 3. Makanan yang sedap itu disediakan (kepada/oleh/untuk) tetamu yang menghadiri majlis ini. | 1. Pakaian baru ini dibeli oleh ibu saya. 2. Kek itu dibeli oleh kakak meng Keat. 3. Makanan yang sedap itu disediakan untuk tetamu yang hadir. Harap maklum. | Tatabahasa | 30.07.2008 |
Selamat petang. Bolehkah saya tanya bilakah boleh menggunakan dibeli atau dibelikan ? Apakah perkataan yang boleh letak di...kan atau yang hanya letak di....? | Bagi membezakan penggunaan di-...kan dan di-..., saudara boleh memerhatikan subjek dalam ayat. Subjek bernyawa hendaklah oleh apitan di-...-kan, manakala subjek tidak bernyawa hendaklah diikuti perkataan berawalan di-. Contoh: Adik dijahitkan oleh ibu sehelai baju kurung. (Adik ialah subjek yang bernyawa). Sehelai baju baju kurung dijahit oleh ibu untuk adik. (baju kurung ialah subjek yang tidak bernyawa) Selain itu, apitan di...kan ialah bentuk pasif bagi meN-...-kan. Saudara boleh merujuk buku Tatabahasa Dewan untuk memahami dengan lebih lanjut. | Tatabahasa | 16.04.2013 |
1 wang saku diberikan oleh ayah kepada saya. 2. sepasang sepatu dibelikan oleh ayah kepada saya. tuan, kedua-dua ayat di atas, jawapan yang diberikan adalah "diberi" dan "dibeli". namun, saya berasa tidak tepat. apakah pandangan tuan? | Jawapan "dibeli" dan "diberi" adalah betul kerana apabila objek sipi asal (wang saku dan sepasang sepatu) berubah kedudukannya selepas kata kerja dan menjadi objek yang baharu manakala objek tepat yang asal (saya) berpindah ke bahagian akhir ayat dan menerima kata sendi nama kepada atau untuk, kata kerjanya tidak mengandungi -kan. Oleh itu, ayat pasif tersebut berasal daripada ayat berikut: 1. Ayah memberi wang saku kepada saya. 2. Ayah membeli sepasang sepatu untuk saya. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 194 - 196. | Tatabahasa | 06.04.2011 |
1) Ingin tahu bahawa cara memastikan perkataan majmuk . Contohnya, kereta api / hal ehwal, adalah dalam dua perkataan, manakala ,contohnya ' titikberat' dalam satu perkataan. Bagaimana mengenalpastikan perkataan majmuk dalam satu atau dua perkataan? 2)Di manakah tempat buku tatabahasa keluaran DBP edisi terbaru dapat dibelikan ataupun edisi elektronik boleh didapatkan? | 1) Untuk mengetahuinya, puan boleh membuat rujukan melalui Kamus Dewan atau carian http://prpm.dbp.gov.my/ 2) Puan boleh menghubungi Kedai Buku DBP melalui talian 03-21455501 atau Bahagian Pengedaran dan Pemasaran DBP melalui talian 03-41012409 / 2476. | Lain-lain | 17.05.2018 |
saya ingin kan penjelasan maksud dan juga penngunaan dalam ayat bagi perkataan-perkataan berikut:- i) merudum ii) merundum iii)merundung | 1. ejaan yang betul ialah merudum yang bermaksud berlari beramai-ramai atau jatuh atau merosot dgn teruknya contoh ayat: nilai ringgit merudum kerana diserang oleh pedagang mata wang 2. merundung bermaksud mengacau, mengganggu, menyusahkan: ia merundung suaminya dengan meminta dibelikan itu dan ini. | Tatabahasa | 02.10.2011 |
Adakah imbuhan mempeR- mempunyai objek tepat dan objek sipi seperti imbuhan apitan meN-..-kan seperti contoh dalam ayat "majikan itu memperalat pekerja syarikatnya". Adakah pekerja objek merupakan tepat dan syarikatnya merupakan objek sipi? | Awalan imbuhan memper-, apabila digabungkan dengan segelintir kata dasar daripada golongan kata nama, membentuk kata kerja yang membawa makna menjadikan sebagai maksud perbuatan dalam kata dasar dan sering membawa maksud kiasan. Contohnya: alat - memperalat daya - memperdaya kacang - memperkacang Objek tepat dan objek sipi pula merupakan dua objek yang terdapat dalam satu ayat . Binaan ayat ialah seperti yang berikut : subjek + kata kerja + objek 1 + objek 2 Contoh ayat: Hasnah membelikan Asri sebuah buku (subjek) (kata kerja) (objek 1) (objek 2) Objek 1 ialah objek yang mengikuti secara langsung kata kerja dan disebut objek tepat, sementara objek 2 yang mengikuti objek tepat disebut objek sipi. Dalam ayat contoh, Asri ialah objek tepat manakala sebuah buku ialah objek sipi. Satu ukuran untuk menentukan yang mana satukah antara kedua-dua objek itu objek tepat atau objek sipi ialah proses pasif. Dalam bahasa Melayu, hanya objek tepat yang boleh mengalami proses pasif, iaitu proses yang mengedepankan objek asal menjadi subjek terbitan ayat pasif, atau unsur yang diterangkan. Bentuk pasif bagi ayat contoh ialah: Asri dibelikan sebuah buku oleh Hasnah Untuk mengetahui sama ada ayat contoh yang mengandungi imbuhan memper- yang saudara berikan itu, mempunyai objek tepat dan objek sipi atau tidak, kita boleh cuba dengan mengubah ayat tersebut menjadi ayat pasif dengan menjadikan objek tepatnya sebagai subjek: Ayat contoh: Majikan itu memperalat pekerja syarikatnya. Apabila dipasifkan: Pekerja diperalatkan syarikatnya oleh majikan itu. Apabila dipasifkan, maksud ayat tidak sama dengan ayat asal dan susunan ayat juga tidak gramatis. Jadi, ini membawa maksud bahawa imbuhan memper_ tidak mengandungi objek tepat dan objek sipi.
| Tatabahasa | 19.02.2014 |