Saya ingin mengetahui agensi mana yg bertanggungjawab memperkasakan dan menguatkuasa penggunaan Bahasa Malaysia (BM). Terutamanya bagi pemgumuman atau acara promosi yg dijalankan di khlayak ramai. Didapati tiada tindakan yang sewajarnya di jalankan bagi mereka yang menggunakkan bahasa selain daripada BM & English kerana ini berlaku di IOI City Mall pada 14 Sept 2019 di mana penggunaan bahasa cina juga digunakan di kawasan yang <20% pengunjung yang memahami bahasa tersebut. Perkara yg sama juga berlaku di Lapangan Terbang Kota Kinbalu. Pada pendapat saya, hanya BM & English sepatutnya digunakan dikawasan awam memandangkan ia merupakan bahasa yang difahami oleh semua dan mengelakkan salah faham diantara kaum/ Diharap tindakan yang sewajarnya diambil bagi memastikan perkara ini dapat dibendung sebelum ia menjadi kemestian untuk setiap acara/pengumuman dilakukan dlm 3 bahasa. Terima kasih | Terima kasih atas maklumat yang diberikan dan syabas atas keprihatinan tuan dalam hal memartabatkan bahasa Melayu. Kami akan membuat pemantauan terhadap perkara berkenaan dan surat teguran kepada pihak yang berkenaan termasuklah pihak berkuasa tempatan akan dikeluarkan. | Lain-lain | 05.10.2019 |