yang mana satu ayat yang betul- dibentangkan 'ke Lembaga Pengarah' atau dibentangkan 'kepada Lembaga Pengarah'? | Frasa yang betul ialah “dibentangkan kepada Lembaga Pengarah”. | Lain-lain | 11.07.2024 |
Bagi ayat 'kertas kerja tersebut akan dibentangkan ... mesyuarat yang akan datang', perkataan yang sesuai pada tempat kosong sama ada "di dalam", "di" atau "kepada"? | Encik Ramli, Kata sendi yang sesuai ialah 'dalam' atau 'pada'. | Tatabahasa | 15.03.2010 |
Apakah perkataan bahasa melayu yang sesuai untuk "high level policy paper" yang kebiasaannya dibentangkan di persidangan antarabangsa? Terima kasih. | Frasa bahasa Melayu yang sesuai untuk frasa "high level policy paper" ialah kertas polisi aras tinggi. Walau bagaimanapun, penggunaan bergantung kepada konteks penggunaan ayat. | Makna | 17.02.2020 |
13 Kertas kerja tentang perbelanjaan program Bulan Bahasa yang telah kami persiapkan itu akan dibentangkan dalam mesyuarat akan datang. munsyi, adakah gramatis ayat ini? TK | Ayat tersebut tidak gramatis. Lihat buku Tatabahasa Dewan, rujuk penggunaan kata hubung "yang" dan binaan kata terbitan. | Tatabahasa | 05.04.2012 |
Minta diperbetulkan ayat ini: (1) Pertubuhan peladang yang dibentuk dibawah kaedah ini. (2) Unit Ahli ertinya seperti di dalam Peraturan 2, Peraturan-Peraturan peladang 1983. (3) Pengurus Besar hendaklah membentangkannya di dalam Mesyuarat Ahli Jemaah Pengarah. (4) Kaedah ini hendaklah dibentangkan di dalam Mesyuarat Agung. | (1) Pertubuhan peladang yang dibentuk di bawah Peraturan ... (namakan peraturan tersebut) (2) Unit Ahli ertinya seperti di dalam Peraturan 2, Peraturan-Peraturan Peladang 1983. (3) Pengurus Besar hendaklah membentangkannya di dalam Mesyuarat Ahli Jemaah Pengarah. (4) Kaedah ini hendaklah dibentangkan di dalam Mesyuarat Agung. Tidak banyak pembetulan yang dibuat, yang penting pastikan kata nama khas yang digunakan itu betul seperti Peraturan-Peraturan Peladang 1983 dan Mesyuarat Ahli Jemaah Pengarah. | Tatabahasa | 07.03.2014 |
Minta diperbetuklan ayat ini: (1) Pertubuhan peladang yang dibentuk dibawah kaedah ini. (2) Unit Ahli ertinya seperti di dalam Peraturan 2, Peraturan-Peraturan peladang 1983. (3) Pengurus Besar hendaklah membentangkannya di dalam Mesyuarat Ahli Jemaah Pengarah. (4) Kaedah ini hendaklah dibentangkan di dalam Mesyuarat Agung. | (1) Pertubuhan peladang yang dibentuk di bawah Peraturan ... (namakan peraturan tersebut) (2) Unit Ahli ertinya seperti di dalam Peraturan 2, Peraturan-Peraturan Peladang 1983. (3) Pengurus Besar hendaklah membentangkannya di dalam Mesyuarat Ahli Jemaah Pengarah. (4) Kaedah ini hendaklah dibentangkan di dalam Mesyuarat Agung. Tidak banyak pembetulan yang dibuat, yang penting pastikan kata nama khas yang digunakan itu betul seperti Peraturan-Peraturan Peladang 1983 dan Mesyuarat Ahli Jemaah Pengarah. | Tatabahasa | 06.03.2014 |
BAGAIMANAKAH FAKTOR-FAKTOR YANG MENYEBABKAN WUJUDNYA MASYARAKAT PELBAGAI BAHASA DI MALAYSIA? | Kepelbagaian kaum dalam masyarakat Malaysia memungkinkan wujudnya masyarakat pelbagai bahasa di negara ini. Untuk maklumat lanjut sila rujuk perpustakaan dan dapatkan makalah atau kertas kerja yang dibentangkan di pelbagai seminar bahasa dan linguistik. | Lain-lain | 02.10.2010 |
Apakah konsep tatabahasa mengikut pendapat daripada ahli akademik dan buku? diharapkan juga dapat dinyatakan siapa dan tajuk buku serta mukasuratnya untuk dijadikan panduan. | Perbincangan tentang konsep tatabahasa banyak diperkatakan oleh ahli akademik dalam buku atau kertas kerja yang dibentangkan dalam pelbagai wacana. Sila rujuk buku tatabahasa yang banyak diterbitkan seperti buku Tatabahasa Dewan, halaman Kata Pengantar. Terima kasih. | Tatabahasa | 20.01.2009 |
Soalan kesalahan imbuhan Akauntan itu diminta membuat laporan kewangan syarikat untuk(dibentang)dalam mesyuarat nanti. Tuan,saya mahu bertanyakan soalan ini sebab ada sedikit kekeliruan saya.Mengapakah ‘dibentang’ sudah salah? | Ayat tersebut tidak betul. Penggunaan ayat yang betul ialah dibentangkan, hasil daripada kata kerja aktif membentangkan. | Tatabahasa | 14.01.2021 |
Salam 1 Malaysia. 1. Pensyarah kursus Penterjemahan memaklumkan yang bagi Bahasa Melaysia moden sekarang perkataan 'telah' tidak digunakan lagi. Contoh: 'saham syarikat A telah jatuh 50%'. Jadi sepatutnya 'saham syarikat A jatuh 50%'. Tetapi saya lihat melalui panduan penggunaan tatabahasa yang betul yang dibentangkan di MOSTI oleh DBP, masih digunakan perkataan 'telah'. 2. Kami jugak dimaklumkan bahawa perkataan tidak digandakan. Contoh : 'projek dilaksanakan dengan kerjasama agensi-agensi kerajaan yang berkaitan' ditulis sebagai 'projek dilaksanakan dengan kerjasama agensi kerajaan yang berkaitan'. Mohon panduan berkaitan perkara ini. Terima kasih. | Maklumat yang disampaikan oleh penceramah tersebut lebih kepada gaya penulisan dan nilai ekonomi. Kecenderungan penulis pada masa kini tidak lagi menggunakan kata telah dan kata ganda dalam penulisan mereka. Penulis tidak lagi menggunakan kata telah terutamanya dalam melaporkan peristiwa yang telah berlaku, seperti "Saham syarikat A jatuh sebanyak 50% ...". Begitu juga dengan penggunaan kata jamak. Penulis lebih gemar tidak mengulangi perkataan yang sememangnya diketahui umum bersifat jamak, seperti "peserta-peserta seminar" dan "negara-negara yang bersidang". Seminar dan persidangan semestinya melibatkan ramai peserta dan banyak negara. | Tatabahasa | 22.10.2011 |