Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata diberi kan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
APAKAH PERBEZAAN SETAKAT DAN SEHINGGA? BAGAIMANAKAH PENGGUNAANNYA?Perkataan setakat, yang kata akarnya ialah takat digunakan bagi sesuatu had atau peringkat  pada sesuatu ukuran.

Contoh: Dalamnya sungai itu takat pinggang sahaja; 

            Setakat  itu saja yg dapat saya ceritakan.
            
            Setakat manakah hasil yang didapati daripada pengajaran yang telah diberi­kan?


Kata sendi nama hingga digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama untuk membawa maksud perihal peringkat dan had masa , waktu atau tempat.

Contoh : Pegawai itu berjaga hingga pagi.
            Anak-anaknya belajar hingga peringkat universiti.


Manakala sehingga digunakan sama dengan hingga tetapi had masa tidak tentu/ditetapkan.

Contoh : Kami akan bersama-sama sehingga akhir hayat.
               Pasangan itu berjanji akan setia sehingga hujung nyawa.
Tatabahasa08.05.2015
Salam 1Malaysia. Tuan/Puan, Saya mempunyai soalan berkaitan 'bukan' dan 'kan'. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, 'bukan' mempunyai maksud 'untuk menyatakan pertanyaan yg mengeraskan dugaan (pd akhir hayat)' dengan contoh diberi 'ini bukumu, bukan?'. Adakah penggunaan bukan di sini dikategorikan dalam 'tag question' atau 'yes-no question'? Bagaimana pula dengan penggunaan 'kan'? 'kan' ditakrifkan sebagai singkatan kepada perkataan bukan / bukankah, menurut Kamus Dewan Edisi Keempat. Adakah ini bermaksud 'kan' juga merupakan pertanyaan yang mengeraskan dugaan? Sekiranya perbezaan 'bukan' dan 'kan' hanyalah pada penggunaan ('bukan' lebih formal, 'kan' kurang formal'), adakah 'kan' juga boleh membawa maksud 'tag question' atau 'yes-no question'? Mohon pencerahan daripada pihak tuan/puan. Terima kasih.Salam Sejahtera.

Penggunaan "bukan" dikategorikan sebagai taq question.
"Kan"  merupakan kependekkan "bukan" yang selalu didapati dalam teks sastera dan "kan" juga tergolong dalam taq question.
Istilah21.02.2014
Adakah ayat berikut ini betul, 'membelanjakan atau membelanja' ? Uji kepantasan anda dalam membelanjakan RM1,000,000. Apakah perbezaan penggunaan perkataan tersebut, -kan atau tiada perkataan -kan?Ayat yang betul ialah Uji kepantasan anda dalam membelanjakan RM1,000,000. Perkataan "membelanjakan" ialah kata kerja transitif, oleh itu perlu diberi imbuhan "-kan". Sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, tajuk akhiran kata kerja,  halaman 183.Tatabahasa02.06.2009
Apakah perbezaan dan kegunaan antara imbuhan akhiran -i dan -kan serta digunakan serta peraturan tatabahasanya? Contoh: Tolong sudahi / sudahkan tugasan yang diberi oleh guru tadi. Perkataan yang manakah sesuai digunakan mengikut sistem tatabahasa?Akhiran kata kerja -i dan -kan diterangkan dengan jelas dalam buku Tatabahasa Dewan, mulai halaman 183. Akhiran -kan boleh bergabung dengan banyak golongan kata dan membentuk kata transitif. Biasanya kata kerja yang menerima akhiran -kan menerima juga awalan meN- atau di- dan hadir dalam ayat aktif transitif atau pasif. Kata kerja tanpa yang menerima akhiran -kan tanpa awalan wujud dalam dua jenis ayat sahaja, iaitu: ayat pasif bagi kata ganti nama orang pertama dan orang kedua dan dalam ayat suruhan. Kata Kerja akhiran -i juga membentuk kata kerja transitif. Terdapat dua pengertian khusus penggunaan akhiran -i, iaitu: memberi pengertian menyebabkan sesuatu dan menyatakan unsur tempat. Persamaan antara kedua-dua akhiran ini ialah kedua-duanya membawa maksud kuasatif. Perbezaannya pula ialah akhiran -kan mengandungi unsur benafaktif, manakala akhiran -i mengandungi unsur lokatif. Untuk melihat contoh ayat yang digunakan, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan.Tatabahasa13.01.2012
mohon penjelasan tentang perkataan yang betul bagi kata tenteram apabila diberi apitan meN - kan. adakah mententaramkan atau menenteramkan? sekian, terima kasih.Kata terbitan yang betul ialah menenteramkan.Tatabahasa26.01.2011
Saya sering terkeliru antara imbuhan akhiran "kan". Cthnya "pergerakkan" atau "pegerakan". Minta diberi panduan. Terima kasihKesilapan penggunaan k atau kk kerana kita tidak dapat membezakan antara imbuhan ...-kan, imbuhan -an dan apitan peN-...-an. Kata kerja gerak + kan akan membentuk kata terbitan "gerakkan" seperti yang lazim digunakan dalam ayat suruhan "Gerakkan tangan anda". Kata kerja gerak + an akan menghasilkan kata nama gerakan seperti dalam ayat "Bilik Gerakan akan mula dibuka pada minggu hadapan". Apitan peN-...-an pada kata kerja gerak, peN + gerak + an menghasilkan kata nama pergerakan, seperti ayat "Runtuhan tanah di lereng bukit itu berlaku akibat pergerakan air dalam tanah".Tatabahasa06.07.2011
Salam Sejahtera, bolehkah tuan/puan jelaskan kepada saya perbezaan penggunaan imbuhan "di-..." dan "di-...-kan"? Sebab saya lihat ada orang guna ...diberi... kadang kala ...diberikan... Mohon pencerahan.

Kedua-dua perkataan yang menerima imbuhan awalan di- dan apitan di-...-kan merupakan kata kerja pasif.

Awalan di- ialah awalan yang digabungkan dengan kata dasar untuk membentuk kata kerja pasif bagi ayat yang subjek asalnya terdiri daripada pelaku orang ketiga. Awalan di- dapat bergabung dengan kata dasar golongan kata kerja dan kata nama. Contohnya, ditulis, dipanjat, diolah, dihukum, dipanah dan diserkap.

Kata kerja yang dibentuk dengan awal di- ialah kata kerja pasif yang subjek asalnya terdiri daripada orang ketiga. Contoh ayat seperti yang berikut:

  1. Surat itu ditulis oleh adik saya.
  2. Kereta rosak itu ditarik ke bengkel.

Apitan di-...-kan ialah bentuk pasif bagi imbuhan apitan meN-...-kan. Ciri apitan ini dan maknanya tidak berubah daripada yang terkandung dalam imbuhan-imbuhan di- dan kan.

Contoh apitan di-...-kan dalam ayat adalah seperti yang berikut:

  1. Sebuah buku diberikan kepada adik oleh rakannya.
  2. Kenyataan itu dinafikan oleh orang tuanya.
  3. Rasuah cuba dihapuskan oleh kerajaan.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2015) halaman 175 dan 202.

Tatabahasa15.06.2025
Bagaimanakah penggunaan imbuhan -kan yang sebenarnya? cth : (1) Ibu menghadiahkan baju itu kepada saya. (2) Ibu menghadiahi saya baju itu. Saya bertanya tentang soalan ini kerana semasa saya belajar di sekolah menengah,penggunaan imbuhan -kan mestilah diikuti dengan kata ganti diri selepasnya.

Menghadiahkan bermaksud memberikan sesuatu sebagai hadiah kepada seseorang, contohnya ibu menghadiahkan baju itu kepada saya.  

Menghadiahi bermaksud memberikan hadiah kepada seseorang, contohnya ibu menghadiahi saya baju itu. Kedua-dua contoh ayat yang diberi  betul.

Tatabahasa07.08.2010
jawapan yang diberi oleh dbp masa bulan mac: Antara kesan tanah runtuh (ialah) berlaku tanah runtuh. "berlaku tanah runtuh" ialah frasa kerja kan? mengapakah guna kata pemeri "ialah"? saya difahamkan lepas kata pemeri "ialah" perlu guna frasa nama.Mohon maaf.

Kata "berlaku" dalam ayat tersebut membawa makna adjektif (sedang berlangsung/terjadi). Ayat yang betul:
Antara kesan tanah runtuh adalah berlaku banjir lumpur.
Lain-lain17.07.2018
Cikgu, apakah perbezaan antara "meN-..." dengan "meN-...-kan/-i"?
Awalan meN- membentuk kata kerja aktif sama ada transitif atau tak transitif. Awalan ini mempunyai empat bentuk varian, bergantung pada huruf pertama kata dasar yang bercantum dengannya, iaitu me-, mem-, men- dan meng-. Untuk keterangan lanjut dan contoh penggunaannya, sila lihat buku Tatabahasa Dewan

Untuk membezakan penggunaan apitan meN-...-kan dengan meN-...-i, seperti dalam ayat contoh yang diberi sila lihat fungsi antara kedua-dua apitan tersebut, iaitu:

i.  Fungsi apitan meN-...-kan menandakan kausatif, manakala apitan meN-...-i menandakan lokatif. Contohnya: Ali menghadiahkan sebuah basikal kepada Ahmad dan Ali menghadiahi Ahmad sebuah basikal.

ii. Apitan meN-...-kan lazimnya menerima objek yang tidak bernyawa, manakala apitan meN-...-i menerima objek yang bernyawa. Lihat contoh di atas.

iii. Bagi sebilangan kata kerja yang menerima apitan meN-...-kan dan meN-...-i, penggunaannya saling berganti tanpa membezakan makna. Contohnya: Ali sedang membaiki kereta yang rosak dan Ali sedang membaikkan kereta yang rosak.

Ejaan08.05.2014
123

Kembali ke atas