Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata diberikan

Peribahasa

Unjuk yang tidak diberikan.

Bermaksud :

Menjanjikan sesuatu, tetapi hanya perkataan saja.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1. Panduan keselamatan di jalan raya sudah diberikan oleh ketua kelas. 2. Panduan keselamatan di jalan raya sudah diberikan kepada ketua kelas. Ayat manakah yang betul?atau kedua-duanya betul? Minta penjelasan jika salah. Terima kasih.

Kedua-dua ayat yang diberikan betul.


1. Panduan keselamatan di jalan raya sudah diberikan oleh ketua kelas.
2. Panduan keselamatan di jalan raya sudah diberikan kepada ketua kelas.
Tatabahasa06.02.2024
1. Berapakah lencana Jalur Gemilang diberikan kepada murid? 2. Berapakah lencana Jalur Gemilang yang diberikan kepada murid? Ayat mana yang betul? terima kasih.

Ayat yang sesuai ialah “Berapakah lencana Jalur Gemilang yang diberikan kepada murid?”

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2015), halaman 252 – 256 dan Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020), halaman 975.

Tatabahasa27.04.2025
Salam sejahtera. Adakah ayat pasif berikut betul? 1. Saya diberi ayah sebuah basikal. 2. Saya diberi sebuah basikal oleh ayah. 3. Sebuah basikal diberikan oleh ayah kepada saya. 4. Sebuah basikal diberikan kepada saya oleh ayah.Ayat pasif yang betul ialah 3. Sebuah basikal diberikan oleh ayah kepada saya dan 4. Sebuah basikal diberikan kepada saya oleh ayah.Tatabahasa18.04.2020
Jawapan diberikan dalam bahagian Khidmat Nasihat amat mengelirukan, sebab ada berbeza jawapan bagi soalan yang sama. Contohnya frasa "daripada mulut" atau "dari mulut", terdapat juga jawapan yang amat pertentangan. Jadi dengan ikhlas saya minta jasa baik tuan/puan untuk memperbaiki masalah ini. Terima kasih. Diterima pada : 12/2/2021 5:31:36 PMTerima kasih atas keprihatinan terhadap sistem Pusat Rujukan Persuratan Melayu DBP kami. Kami akan sentiasa memantau dan memperbaik sistem yang sedia ada ini bagi kemudahan masyarakat sebagai rujukan bahasa Melayu. Hal ini akan kami perbaiki segera agar tidak timbul sebarang kekeliruan kepada para pengguna. Terima kasih.Lain-lain06.12.2021
Dia telah diberikan hak pengkhususan jagaan anaknya.betulkan penggunaan perkataan’pengkhususan’ dalam ayat ini ? jenayah ragut berleluasa sekarang justeru orang ramai mesti berhati-hati. betulkah penggunaan kata hubung ‘justeru’ dalam ayat ini? perkataan ‘maka’ dianggap sebagai kata hubung? ‘bukan itu sahaja’boleh digunakan sebagai penanda wacana?Penggunaan perkataan "pengkhususan" dalam ayat ini betul. Penggunaan perkataan "justeru" dalam ayat tersebut betul. "Maka" ialah kata pangkal ayat dan berfungsi sebagai penanda wacana. "Maka" juga boleh berfungsi sebagai kata hubung mengikut konteks ayat tertentu. "Bukan itu sahaja" boleh berfungsi sebagai penanda wacana mengikut konteks ayat tertentu.Tatabahasa11.09.2020
Bagaimana hendak menggunakan perkataan diberi dan diberikan? Adakah contoh berikut betul penggunaannya: "Diberi dan dimeterai dengan meterai mahkamah".Diberi dan diberikan adalah bentuk pasif memberi dan memberikan.
Contoh: 

Ayah memberi saya dua helai baju baru. (ayat aktif)
Saya diberi dua helai baju baru oleh ayah. (ayat pasif)
Ayah memberikan dua helai baju baru kepada saya. (ayat aktif)
Dua helai baju baru diberikan kepada saya oleh ayah. (ayat pasif)

Untuk soalan tuan, ayat yang betul ialah:

Diberikan dan dimeteraikan dengan meterai mahkamah  (atau)
Meterai mahkamah diberi dan dimeterai
Tatabahasa25.02.2020
Yang manakah ungkapan yang betul? Terima kasih diucapkan kepada YB Senator di atas jawapan yang diberikan. atau Terima kasih diucapkan kepada YB Menteri atas jawapan yang diberikan. Ungkapan yang pertama kerap didengari semasa Langsung Dari Parlimen. Terima kasih.

Ungkapan yang betul ialah "terima kasih diucapkan kepada YB Menteri atas jawapan yang diberikan."

Lain-lain30.03.2022
Adakah jawapan yang diberikan ( tulisan pen merah) dalam gambar betul?Cadangan jawapan yang diberikan betul.Lain-lain27.11.2020
Salam sejahtera. Bagaimana ingin membezakan penggunaan "diberi" dan "diberikan"? Mohon pencerahannya dari segi penggunaan. Terima kasih.Diberi dan diberikan adalah bentuk pasif memberi dan memberikan. Contoh ayat, seperti berikut:

Ayah memberi saya dua helai baju baru. (ayat aktif)
Saya diberi dua helai baju baru oleh ayah. (ayat pasif)
Ayah memberikan dua helai baju baru kepada saya. (ayat aktif)
Dua helai baju baru diberikan kepada saya oleh ayah. (ayat pasif)

Lain-lain05.01.2022
Assalamualaikum dan salam sejahtera Saya nak bertanya mengenai maksud bagi tiga perkataan 1) Mover - person/thing moves 2) Loader - person/thing that loads/unloads 3) Recapsulation of hair1. Cadangan terjemahan bagi perkataan yang diberikan mengikut konteks yang diberikan ialah: 
1) Mover (person/thing moves) - Pemindah/Penggerak
2) Loader (person/thing that loads/unloads) - Pemuat


2. Mohon berikan contoh perkataan "Recapsulation of hair" dalam ayat supaya pihak kami dapat memberikan terjemahan yang baik dan betul mengikut konteks ayat.
Makna07.03.2021
12345678910...

Kembali ke atas