Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata diberitahu


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Kita diberitahu bahawa ia ialah kata ganti nama diri ketiga. Ia hanya boleh merujuk kepada manusia dan benda, tidak termasuk binatang. Bagaimana pula dengan tumbuhan? Terima kaish.

“Ia” kata ganti nama diri orang ketiga dan hanya boleh digunakan untuk manusia, tidak boleh digunakan untuk benda, haiwan dan tumbuhan. “Ia” dianggap kependekan dari kata “dia”.  


Tatabahasa27.09.2021
Saya diberitahu bahawa,sebelum buat pengiklanan Dan sebelum mendapat kelulusan Majlis Perbandaran untuk pengiklanan papan Di sekitar bandar, saya harus mendapat kelulusan Dari DewanBahasa?? Jadi kena hantar sample iklan/perkataan yang akan digunakan??ingin penjelasan dan arahan bagi langkah seterusnya. Iklan dalam Bahasa inggeris perlukan kelulusan dari DBP?Sekiranya iklan yang dikemukakan dalam bahasa Inggeris, sila buat dalam bahasa Melayu atau dwibahasa. Permohonan pengesahan bahasa dalam iklan boleh dikemukakan secara dalam talian melalui portal DBP Sah Bahasa (http://dbpsahbahasa.my)Lain-lain05.09.2017
.Saya diberitahu bahawa kata imbuhan. ' ber ' boleh Menerima apa -apa kata. Dasar.Betulkah ?"Menurut buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga halaman 161, bahawa terdapat satu bentuk awalan ber- yang digabungkan dengan semua kata dasar yang terdiri daripada keempat-empat golongan kata utama, iaitu kata nama, kata kerja, kata adjektif, dan kata tugas.Tatabahasa31.03.2014
adalah diberitahuDengan ini dimaklumkanTatabahasa02.12.2008
Saya telah diberitahu oleh MPSPK bahawa perlu ada kelulusan dari pihak DPB untuk Iklan 'Billboard'. Bagaimanakah caranya untuk mendapat kelulusan tersebut.Layari laman web kami www.prpm.dbp.gov.my, klik e-Perkhidmatan dan klik domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP" dan ikuti sepenuhnya arahan dalam domain tersebut.Lain-lain06.03.2015
Salam, Saya diberitahu bahawa ejaan "mekanisme" adalah salah dan sepatutnya dieja sebagai "mekanisma". Betulkah maklumat ini?Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, ejaan yang betul ialah mekanisme.Ejaan26.07.2010
Salam sejahtera, 1. Saya tertarik ( dengan / oleh / akan ) cerita yang diberitahu oleh datuk. Terima kasihPerkataan yang sesuai ialah akan. Saya tertarik akan cerita yang diberitahu oleh datuk.Tatabahasa24.07.2013
Ayat manakah yang betul di antara yang berikut: 1) Apabila perlawanan sedang dimuatkan atau apabila anda lahir semula, anda akan diberitahu jika Hok anda tidak dibuka. 2) Apabila perlawanan sedang dimuatkan atau anda lahir semula, anda akan diberitahu jika Hok anda tidak dibuka.Ayat contoh yang diberikan tidak jelas dan kurang difahami. Sila kemukakan soalan yang lebih jelas bagi memudahkan pihak kami memberikan jawapan yang betul.Tatabahasa07.03.2024
Saya hendak mengajarkan ayat songsang yang berikut kepada anak saya: 1.Memberitahu saya Ali bahawa dia akan ke Singapura. (Asalnya: Ali memberitahu saya bahawa dia akan ke Singapura.) 2. Diberitahu oleh Ali saya bahawa dia akan ke Singapura. (Asalnya: Saya diberitahu oleh Ali bahawa dia akan ke Singapura.) Adakah bentuk ayat songsang tersebut betul? Saya memohon jawapan segera kepada tuan.

Ayat asal : Ali memberitahu saya bahawa dia akan ke Singapura

Ayat songsang : Dia akan ke Singapura, Ali memberitahu saya.

Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga , halaman 457. 

Tatabahasa20.01.2010
SAYA INGIN BERTANYA.SAYA DIBERITAHU UNTUK MEMOHON LESEN PERNIAGAAN, KITA MESTILAH MENYEMAK PENGGUNAAN NAMA UNTUK SIGN BOARD PREMIS PERNIAGAAN KITA.ADAKAH SAYA PERLU MERUJUK DBP DI SINI.UNTUK PENGETAHUAN PIHAK TUAN/PUAN, NAMA SIGN BOARD YANG INGIN SAYA SEMAK PENGGUNAAN BAHASANYA IALAH 'ALIA AYAM PERCIK'Masukkan keterangan premis di bahagian paling atas, iaitu "RESTORAN". Di baris kedua barulah nama kedai "ALIA AYAM PERCIK". Jika ada keterangan tambahan masukkan di baris yang seterusnya. Kemukakan permohonan tuan melalui domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP", bukannya Khidmat Nasihat Bahasa.Lain-lain08.06.2015
12345

Kembali ke atas