Assalamualaikum Warrahmatullahi Wabarakatuh. Semoga Tuan diberkati Allah dalam semua urusan. Saya Zainuddin bin Abindinhazir dari UPSI Tanjung Malim berhajat mendapat buku Isma’il R. al-Faruqi dan Lois Lamya’ al-Faruqi. Atlas Budaya Islam. (Terjemahan: Mohammad Redzuan Othman,…(et al.). Dewan Bahasa dan Pustaka.1992. ISBN 983-62-2932-9. Masih ada lagikah stok buku tersebut. Sehubungan perkara ini, saya ingin mengetahui bagaimanakah cara untuk saya memiliki buku berkenaan. Saya amat berbesar hati untuk mendapat makluman lanjut dari pihak Tuan berhubung perkara ini. Sekian. Terimakasih. Wassalamualaikum Warrahmatullahi Wabarakatuh. Daripada: Zainuddin Abindinhazir 012-2126908 deen_r2007@yahoo.com Jabatan Seni, Fakulti Seni, Komputeran dan Industri Kreatif, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim, Perak. | Buku Atlas Budaya Islam yang tuan perlukan tidak ada lagi dalam stok Kedai Buku DBP. Buku ini ada dalam koleksi Pusat Dokumentasi Melayu (PDM), DBP dan untuk membuat rujukan tuan boleh berkunjung ke PDM di Tingkat 3, Menara DBP. | Lain-lain | 26.10.2012 |
adakah perkataan 'rahmah' boleh digunakan dalam bm. Contoh,'Keluarga Rahmah, Sekolah Sejahtera' Jika tiada dalam kamus, apakah perkatan yang sesuai utk rahmah. Terima kasih. | 1. Tidak ada perkataan 'rahmah" dalam data kami yang ada ialah "rahmat' yang ertinya belas kasihan, kurnia, berkat, bahagia. Contoh frasa yang sesuai antaranya: "Keluarga Bahagia, Sekolah Sejahtera" / "Keluarga Dirahmati, Sekolah Sejahtera" / "Keluarga Diberkati, Sekolah Sejahtera" | Tatabahasa | 10.12.2018 |
Salam Sejahtera. Ada tidak DBP menerbitkan satu kamus khas yang berkaitan kata pinjaman dari bahasa lain. Sebagai contoh " Kamus Bahasa Melayau dari Pinjaman kata Bahasa Arab" Terima Kasih. | Belum ada kamus khusus kata pinjaman daripada bahasa Arab terbitan DBP. Walau bagaimanapun dalam Kamus Dewan pada entri kata tertentu dilabelkan sebagai Ar yang bermaksud etimologi kata itu daripada bahasa Arab dan diikuti maknanya dalam bahasa Melayu. Contohnya, pada entri kata tabaruk ditulis "Ar diberkati, berbahagia, selamat, sentosa". | Lain-lain | 21.05.2013 |
Saya Safeena Marga Pitaksuksan Pelajar Universiti Fatoni Selatan Thailand ingin bertanya DBP maklumat tentang pengaruh Bahasa Arab | Ya, bahasa Melayu memang berkait rapat dengan bahasa Arab. Banyak kata-kata Arab terserap dalam bahasa Melayu bermula pada abad ke-13 lagi sejak penemuan batu bersurat Terengganu. Kedatangan agama Islam ke Tanah Melayu merupakan pengaruh terkuat kemasukan/peminjaman kata Arab dalam bahasa Melayu. Belum ada kamus khusus kata pinjaman daripada bahasa Arab terbitan DBP. Walau bagaimanapun dalam Kamus Dewan pada entri kata tertentu dilabelkan sebagai Ar yang bermaksud etimologi kata itu daripada bahasa Arab dan diikuti maknanya dalam bahasa Melayu. Contohnya, pada entri kata tabaruk ditulis "Ar diberkati, berbahagia, selamat, sentosa". | Lain-lain | 28.01.2017 |
Saya Safeena Marga Pitaksuksan Pelajar Universiti Fatoni Selatan Thailand ingin bertanya DBP tentang Pengaruh Bahasa Arab Terimakasih | Ya, bahasa Melayu memang berkait rapat dengan bahasa Arab. Banyak kata-kata Arab terserap dalam bahasa Melayu bermula pada abad ke-13 lagi sejak penemuan batu bersurat Terengganu. Kedatangan agama Islam ke Tanah Melayu merupakan pengaruh terkuat kemasukan/peminjaman kata Arab dalam bahasa Melayu. Belum ada kamus khusus kata pinjaman daripada bahasa Arab terbitan DBP. Walau bagaimanapun dalam Kamus Dewan pada entri kata tertentu dilabelkan sebagai Ar yang bermaksud etimologi kata itu daripada bahasa Arab dan diikuti maknanya dalam bahasa Melayu. Contohnya, pada entri kata tabaruk ditulis "Ar diberkati, berbahagia, selamat, sentosa". | Lain-lain | 28.01.2017 |