Perlukah dibesarkan huruf pertama bagi kata ganda yang menjadi tajuk sesuatu perenggan atau bab? Contoh: Serangan Terus-Menerus. | Huruf pertama bagi kata ganda yang menjadi tajuk perlu dimulai dengan huruf besar. | Lain-lain | 19.01.2015 |
Apakah istilah bahasa Melayu bagi kanak-kanak yang dibesarkan oleh hanya seorang ayah atau ibu disebabkan oleh penceraian atau kematian salah seorang ibu bapanya? | Anak yatim bermaksud anak yang kematian bapa, sementara anak yatim piatu bermaksud anak yang kematian ibu dan bapa. Bagi ibu bapa yang masih hidup tetapi telah bercerai dan salah seorang daripada mereka membesarkan anak tersebut, tiada panggilan khusus untuk anaknya. Untuk mengetahui lebih terperinci berkenaan status panggilan anak, pihak tuan boleh merujuk agensi yang berkaitan seperti Mahkamah syariah atau Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). | Lain-lain | 01.03.2023 |
Saya mohon pengesahan DBP samada huruf pertama bagi perkataan berikut dibesarkan atau tidak: i) Kerajaan Negeri atau kerajaan negeri ii) Kerajaan Negeri Kedah atau Kerajaan negeri Kedah iii) Ringgit atau ringgit Satu perkara lagi, bagi sesuatu tajuk bolehkah terus diletakkan singkatan. Sekiranya boleh bagaimana cara yang sepatutnya.Contoh, Kadar Pertukaran Mata Wang Asing Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) Nota: JANM hanyalah singkatan bagi Jabatan Akauntan Negara Malaysia bagi tajuk di atas. Sekian, terima kasih. | i. Kerajaan Negeri jika merujuk pada nama khas, kerajaan negeri jika umum. ii. Kerajaan Negeri Kedah sebab ia nama khas. iii. Ringgit jika diawal ayat (huruf awal huruf besar). Tajuk hendaklah ditulis penuh dan singkatannya boleh ditulis selepas itu dalam kurungan. | Tatabahasa | 21.08.2007 |
Bagi penggunaan huruf besar dalam tajuk buku, adakah perkataan "adalah" perlu dibesarkan atau dikecilkanl? Contoh: "Dunia Adalah Sebuah Apartmen" atau "Dunia adalah Sebuah Apartmen"? Buku ini ialah terbitan DBP, dan saya perlu memastikan gaya huruf besar/kecilnya. | Kata pemeri “adalah” perlu ditulis dengan huruf kecil pada tajuk buku. “Dunia adalah Sebuah Apartment” | Tatabahasa | 23.02.2024 |
Kenapa perkataan Warta dalam Akta atau Enakmen dicondongkan(Italic) dan huruf w dibesarkan?. | Menurut buku Gaya Dewan Edisi Ketiga, huruf condong digunakan untuk menunjukkan ada sesuatu berlainan atau istimewa tentang perkataan atau frasa yang berkenaan. Perkataan Warta dalam Akta atau Enakmen terbitan perlu dicondongkan. Contohnya, Warta Kerajaan Persekutuan, Bil. 4180, Akta Syarikat 1965 (AKTA 125). | Lain-lain | 10.11.2022 |
"Latihan Dalam Perkhidmatan" atau "Latihan dalam Perkhidmatan" yang mana lebih tepat. Adakah perlu dibesarkan setiap huruf hadapan atau tidak. terima kasih | Sebagai kata nama khas seperti nama kursus "Latihan dalam Perkhidmatan". Huruf pertama sahaja ditulis dengan huruf besar, kecuali kata sendi nama. | Tatabahasa | 01.06.2015 |
adakah huruf "k" dalam Kerajaan Bani Umaiyah, Kerajaan Byzantine, Kerajaan Siam, Kerajaan Melaka, Kerajaan Srivijaya perlu dibesarkan? mohon penjelasan, terima kasih | Kerajaan perlu dieja dengan huruf kecil kerana kerana tergolong dalam kata nama am, walaupun diikuti dengan kata nama khas. | Ejaan | 02.12.2016 |
Bahagian pinggang, pula melambangkan "nusakancana" iaitu Tanah Melayu. Adakah penggunaan tanda petik tersebut betul dan adakah perkataan awal huruf "Nusakancana" perlu dibesarkan seperti itu? | Penggunaan tanda petik pada perkataan "nusakancana" adalah betul. Perkataan ini dieja dengan huruf kecil ("nusakancana") sama seperti perkataan "nusaratang". | Ejaan | 04.03.2020 |
apakah maksud/definisi "warga tua tidak wajar diletakkan di rumah kebajikan"? | Maksud yang dapat kami fikirkan ialah sebagai anak yang telah dibesarkan dan dipelihara sejak kecil oleh kedua-dua ibu bapa seharusnya apabila mereka tua adalah menjadi tangungjawab kita pula untuk menjaga mereka dan janganlah sesekali kita menghantar mereka ke rumah kebajikan atau rumah jagaan orang tua-tua. | Tatabahasa | 15.02.2009 |
... terutamanya masyarakat orang asli di kawasan pantai barat dan pantai timur Semenanjung Malaysia. Adakah pantai barat dan pantai timur kata nama khas dan huruf awal perlu dibesarkan? | Pantai Barat dan Pantai Timur merupakan kata nama khas dan huruf awal perlu menggunakan huruf besar. (Kamus Dewan Perdana, halaman 1612) | Tatabahasa | 18.02.2023 |