Mana satu betul? Perkara yang dibincangkan "adalah" tentang masalah ponteng sekolah. Perkara yang dibincangkan "ialah" tentang masalah ponteng sekolah. Terima kasih. | Ayat yang lebih tepat: Perkara yang dibincangkan ialah masalah ponteng sekolah. | Tatabahasa | 14.05.2016 |
Ayat 1; Kerana kesuntukan masa,mereka tidak sempat membincangkan perkara lain dalam mesyuarat semalam. Ayat 2; Kerana kesuntukan masa, perkara lain tidak sempat dibincangkan mereka dalam mesyuarat semalam. Ayat 3; Perkara lain tidak sempat dibincangkan mereka dalam mesyuarat semalam kerana kesuntukan masa Ayat 4; Semalam, perkara lain tidak sempat dibincangkan mereka dalam mesyuarat kerana kesuntukan masa. Soalan; ayat 2, 3 atau 4 kah yang merupakan ayat pasif bagi ayat 1? | Ayat pasif yang betul dalam konteks ayat tersebut ialah "Kerana kesuntukan masa, perkara lain tidak sempat dibincangkan mereka dalam mesyuarat semalam". | Tatabahasa | 11.06.2014 |
Tuan, 'penjodoh bilangan' harus dibincangkan di bawah sistem bahasa yang mana satu ? Terima kasih | Penjodoh bilangan boleh dibincangkan dalam tajuk kata dan bukan dalam ayat apabila membincangkan pembentukan kata dan bukannya pembinaan ayat. | Lain-lain | 20.04.2009 |
Adakah frasa berikut gramatis? 1) Peristiwa-peristiwa itu .... 2) Perkara-perkara lain akan dibincangkan juga. Selain "rakyat", apakah perkataan lain yang tidak tidak boleh digandakan? | 1) Peristiwa-peristiwa itu .... 2) Perkara-perkara lain akan dibincangkan juga. Kedua-dua contoh penggunaan kata ganda tersebut tidaklah salah dan jika ditulis "peristiwa itu ...", "perkara lain akan dibincangkan juga" jua tidak menjadi satu kesalahan. Namun dalam penggunaanyan seumpama ini; "peserta seminar", "negara anggota pertubuhan" kata peserta dan negara tidak perlu lagi digandakan kerana seminar dan pertubuhan telah menunjukkan jamak. | Tatabahasa | 01.10.2009 |
Mohon pihak tuan beri maksud penggunaan istilah kemampanan dan pemampanan dalam ayat berikut: Isu kemampanan bandar akan dibincangkan dalam forum tersebut; dan Isu pemampanan bandar akan dibincangkan dalam forum tersebut. | Rujukan dibuat berdasarkan penggunaan dalam teks berbahasa Melayu melalui carian di Internet. Penggunaan yang banyak ditemukan ialah kemampanan bandar berbanding dengan pemampanan bandar. Namun, penggunaan yang terkini dan lebih banyak digunakan ialah kelestarian bandar. | Tatabahasa | 12.10.2021 |
Apakah yang dapat dibincangkan mengenai dialek mengikut konteks sosial? | Mohon agar saudara mengunjungi Pusat Dokumentasi Melayu DBP (PDM DBP) atau membuat rujukan pada majalah-majalah terbitan DBP. | Lain-lain | 17.09.2007 |
apakah permasalahan sintaksis yang dapat dibincangkan dalam struktur ayat bahasa Melayu? selain itu juga permasalahan sintaksis yang terdapat dalam dialek seperti dialek kedah, terengganu dan dialek lain. | Menurut Kamus Dewan, sintaksis merupakan bidang linguistik yang mengkaji proses pembinaan ayat. bagi membantu saudara menjawab permasalahan di atas, saudara boleh membuat rujukan pada buku-buku sintaksis bahasa Melayu atau mengunjungi Pusat Dokumentasi Melayu DBP (PDM) atau melayari laman sesawang DBP, klik pada Katalog Awam Dalam Talian dan bahan carian dapat diperoleh melalui laman tersebut. | Tatabahasa | 07.08.2007 |
Encik, Dalam ayat berikut, apakah perkataan yang paling sesuai untuk menggantikan kesalahan penggunaan perkataan 'dilangsaikan'? Adakah perkataan 'diselesaikan' dan 'diputuskan' sesuai? Terima kasih. Perkara-perkara lain yang tidak dapat dilangsaikan dalam mesyuarat ini akan dibincangkan dalam mesyuarat akan datang. | Perkara-perkara lain yang tidak dapat diputuskan dalam mesyuarat ini akan dibincangkan dalam mesyuarat yang akan datang. | Tatabahasa | 10.05.2017 |
saya inginkan isu-isu bahasa yang dibincangkan oleh DBP | Antara isu-isu bahasa yang menjadi fokus utama DBP pada masa ini ialah pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu yang kurang berkesan, megah bahasa, penggunaan bahasa kebangsaan dalam urusan rasmi kerajaan (lisan dan tulisan), bahasa SMS, bahasa rojak, kesalahan bahasa dalam iklan paparan, peragaan, dan media cetak serta elektronik. Sila rujuk laman web DBP untuk mendapat maklumat lanjut. | Lain-lain | 12.06.2008 |
Kajian tentang pembelajaran bahasa kedua | Isu tentang bahasa kedua ini banyak dibincangkan dalam seminar bahasa atau linguistik, makalah dan buku. Sesuatu yang bersifat kajian memerlukan pembacaan yang banyak, penelitian dan tinjauan. Sila rujuk buku antaranya Pengajaran Bahasa Kedua, tulisan Shinta Darma dan rencana Persoalan Bahasa Kedua di Malaysia, tulisan Puan Ainon Mohammad, Berita Harian (28/10/1985) | Lain-lain | 31.10.2010 |