"Terima kasih di atas sokongan anda" ini adalah contoh ayat.soalan saya adakah perkataan "di" perlu dibuang.Kenapa? | "Terima kasih di atas sokongan anda" - dalam contoh ayat ini kata di perlu dibuang kerana di ialah kata sendi nama yang menunjukkan tempat atau arah, oleh itu yang betul ialah "Terima kasih atas sokongan anda". | Tatabahasa | 24.02.2009 |
tafsiran ayat berikut' 'ditamatkan perkhidmatan atau berhenti bekerja dengan PKNS atau anak syarikat PKNS'. Adakah maksud ditamatkan bermakna individu tersebut dibuang/dihentikan atas sebab-sebab tertentu. Adakah sama perkataan ditamatkan dengan menamatkan perkhidmatan. Mohon penjelasan | Maksud ditamatkan jika menurut konteks pekerjaan, bermaksud diberhentikan/dibuang atas sebab- sebab tertentu, ( seperti tamat kontrak dan sebab lain) manakala maksud menamatkan perkhidmatan mengikut konteks pekerjaan ialah berhenti kerja atas sebab pencen dan berhenti atas sebab peletakan jawatan. | Istilah | 27.09.2018 |
Adakah perkataan "membiak" boleh digunakan pada manusia? Contoh ayat: "Lelaki itu tak dapat membiak lagi kerana testikelnya telah dibuang." Adakah penggunaan perkataan "membiak" dalam ayat ini betul? Mohon cadangkan perkataan yang sesuai dan membawa maksud yang sama jika ia tak betul. Terima kasih. | Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat definisi membiak ialah menjadi semakin banyak (binatang, tumbuh-tumbuhan, dan sebagainya). Istilah membiak ini lebih sesuai digunakan untuk bintanag atau tumbuh-tumbuhan. Ayat yang lebih sesuai bagi contoh yang diberi ialah Lelaki itu telah mandul kerana testikelnya telah dibuang. | Makna | 11.10.2017 |
Imbuhan Memper........kan.... adakah betul 'kan' harus dibuang....misalnya Memperkenalkan seseorang menjadi memperkenal seseorang....saya keliru... | Golongan kata nama dan kata kerja bergabung dengan apitan "memper...kan" untuk membentuk kata kerja seperti memperkenalkan, memperdengarkan, memperlihatkan dll. Apitan memper- pula hanya digunakan dengan kata adjektif untuk membawa maksud menjadikan lebih atau bertambah. Contohnya, memperbesar, memperindah dll. Sila rujuk Tatabahasa Dewan hlmn. 210. | Tatabahasa | 25.11.2008 |
"Hukuman zina kepada yang bukan muhsan adalah dijilid seratus kali dan dibuang negeri sebagimana firman Allah yang bermaksud" Adakah perkataan jilid dalam ayat di atas sesuai dengan konteks ayat ataupun tiada perkataan jilid yang membawa maksud yang sesuai dalam konteks ayat? | Dalam data PRPM kami, maksud perkataan "jilid" merujuk buku yang dijahit dalam proses penerbitan dan tiada maksud lain. Oleh itu perkataan "jilid" tidak sesuai untuk konteks ayat tersebut. | Makna | 22.04.2016 |
saya ingin mempastikan jawapan bagi soalan berikut adalah betul atau tidak betul. 1.soalan: Ayat aktif : Dinesh membuang sampah ke dalam tong sampah. Jawapan : Ayat pasif: Sampah dibuang ke dalam tong sampah oleh Dinesh. 2. soalan : Ayat aktif :Halimah menghidangi tetamu itu sepinggan kuih. Jawapan : Ayat pasif : Tetamu itu dihidangi sepinggan kuih oleh Halimah. | Ayat pertama kedua-duanya betul, manakala ayat kedua (aktif) telah dibuat pembetulan. 1. Ayat aktif : Dinesh membuang sampah ke dalam tong sampah, Ayat pasif: Sampah dibuang ke dalam tong sampah oleh Dinesh. 2. Ayat aktif : Halimah menghidangkan sepinggan kuih kepada tetamu, Ayat pasif : Tetamu itu dihidangkan sepinggan kuih oleh Halimah. | Tatabahasa | 12.08.2009 |
ungkapan " Peneraju pendidikan teknikal dan vokasional terunggul"..betulkah ungkapan ini atau perkataan "terunggul" perlu dibuang imbuhan "ter" menjadi "unggul" sahaja? | Imbuhan 'ter-' pada ungkapan tersebut bermakna 'yang paling' dan tidak salah jika dikekalkan imbuhan awalan tersebut. | Lain-lain | 13.10.2009 |
Apakah nama untuk daging yang tumbuh di sisi kuku dan di pangkal kuku, yang lazimnya perlu dibuang tetapi tidak menyakitkan apabila dipotong? Terima kasih. | Adakah yang tuan maksudkan ialah kematu, lihat http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=kematu untuk melihat maksud yang tersebut atau melihat carian/dapatan lain yang tuan maksudkan. | Tatabahasa | 15.09.2013 |
1)Sesetengah orang tidak berminat untuk bersukan dan beriadah. 2) Dua daripada pemain berjersi merah-kuning itu dibuang padang kerana melanggar peraturan permainan 3) Masing-masing pelajar yang tidak membuat sebarang latihan itu didenda oleh Puan Low. 4) Sesetengah pejabat swasta tidak dibuka pada hari Sabtu. 5)Satu perdua deretan rumah kedai itu musnah dijilat api. Munsyi, apakah kesalahan yang terdapat dalam ayat 1 - 5. haraplah tunjuk ajar daripada tuan . Terima kasih terlebih dahulu. | Buang perkataan itu dalam ayat 2, 3 dan 5. Untuk membina ayat gramatis, rujuk buku Tatabahasa Dewan dan lihat tajuk Pembentukan Kata dan Pembentukan Ayat. | Tatabahasa | 11.06.2012 |
Bagaimanakah cara yang betul menulis nama teori dalam bahasa Inggeris. Contohnya: teori "positive time value of money". Adakah perlu diitalikkan dan dibuang tanda petik? | Nama teori boleh ditulis menggunakan huruf condong. (positive time value of money) | Ejaan | 24.10.2011 |