Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dibuat diperbuat


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Minta jelaskan penggunaan perkataan "dibuat" dan "diperbuat" dalam ayat. Apakah perbezaan antara kedua-duanya? Contoh ayat: Barang-barang ini dibuat / diperbuat daripada perak. Terima kasih.PERKATAAN DIBUAT MENUNJUKKAN SEDANG MELAKUKAN, CONTOH AYAT, SAYA DIBUATNYA SEPERTI BOLA, MANAKALA PERKATAAN DIPERBUAT PULA MENUNJUKKAN HASIL YANG DIPEROLEHI, CONTOH AYAT , BARANG-BARANG INI DIPERBUAT DARIPADA PERAK. Tatabahasa15.04.2008
1. dibuat daripada 2. diperbuat daripada adakah kedua-duanya juga betul? terima kasih.Kedua-dua frasa "dibuat daripada" dan "diperbuat daripada" betul. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Kamus Dewan dan lihat entri buat, kata terbitan membuat sama maksudnya dengan memperbuat (bentuk pasifnya dibuat dan diperbuat).Tatabahasa12.08.2013
Salam, Boleh tak bantu saya dalam membezakan dua perkataan berikut iaitu diperbuat dan dibuat. Adakan perkataan ini sama maksud atau ada perbezaan kerana saya telah merujuk kamus dewan tetapi tidak ada perkataan diperbuat. Biasanya saya menggunakan perkataan dibuat. Contohnya: 1. Meja itu dibuat daripada kayu. Adakah ayat ini betul: 1. Kuih koci itu diperbuat daripada tepung beras. Terima kasih.Diperbuat dan dibuat ialah bentuk pasif bagi kata kerja aktif memperbuat dan membuat. Kamus hanya memasukkan kata terbitan daripada kata kerja aktif. Memperbuat sama makna dengan membuat, iaitu mengerjakan atau melakukan sesuatu. Kedua-dua ayat contoh yang diberikan adalah betul.Tatabahasa04.04.2012
Makanan itu 'diperbuat' oleh siapa? Adakah ayat ini betul? Terima kasih.Yang betul ialah kuih itu dibuat oleh siapa? Bagi perkataan diperbuat, contohnya ialah kuih itu diperbuat daripada tepung, telur dan air.Tatabahasa21.10.2009
1. Pilih ayat yang betul. a) Saya baru tiba ke Batu Pahat. b) Meja itu diperbuat daripada kayu jati. c) Hadiah itu diberikan kepada Leong. d) Kami menunggunya pada pukul 4:00 petang. 2. Bolehkah tuan terangkan apakah kesalahan pada ayat-ayat di atas? 3) Apakah perbezaan penggunaan bagi dibuat dan diperbuat ? 4. Adakah dengan digolongkan sebagai pembentukkan ayat majmuk ? 5. Adakah majlis penyampaian hadiah ditulis dengan huruf besar ?1) Saya baru tiba ke Batu Pahat. Salah - yang betul, ...tiba di Batu Pahat.
2) Meja itu diperbuat daripada kayu jati. Betul
3) Hadiah itu diberikan kepada Leong. Salah, ayat tak lengkap. 
4) Kami menunggunya pada pukul 4:00 petang. Betul
5) Membuat dan memperbuat sama maksudnya, maka bentuk pasifnya dibuat dan diperbuat juga sama. 
6) Kata dengan boleh berfungsi sebagai kata hubung atau kata sendi nama, bergantung pada konteks penggunaannya. 
7) Majlis Penyampaian Hadiah. 
Tatabahasa17.06.2015
Yang manakah betul? (a) Meja itu diperbuat daripada kayu cengal. (b) Meja itu dibuat daripada kayu cengal. Sudah tentu kedua-dua ayat di atas ialah ayat pasif. Boleh tak tuan tunjukkan ayat aktifnya?(a) Meja itu diperbuat daripada kayu cengal. (b) Meja itu dibuat daripada kayu cengal. Kedua-dua ayat tersebut betul dan kedua-dua bentuk ayat pasif ini telah menggugurkan pelaku, sepatutnya ayat tersebut menjadi; (a) Meja itu diperbuat daripada kayu cengal (oleh Ahmad). (b) Meja itu dibuat daripada kayu cengal (oleh Ahmad). Penguguran ini dibenarkan untuk ayat pasif diri ketiga. Berdasarkan bentuk asal ayat tersebut, ayat aktifnya menjadi; (a) Ahmad membuat meja itu daripada kayu cengal.Tatabahasa13.05.2009
Salam sejahtera. Saya ingin bertanya: Meja ini diperbuat daripada kayu. Meja ini buatan kayu. Adakah perkataan buatan boleh menggantikan “diperbuat daripada”? Jika tidak boleh, apakah ayat lain yang sinonim?Ayat yang betul, Meja ini diperbuat daripada kayu. Kata buatan tidak boleh digunakan kerana buatan bermaksud sesuatu yang telah dibuat atau dikerjakan, apa-apa yang dibuat atau dikerjakan, cara membuat dan sesuatu yang  dibuat oleh manusia.Lain-lain25.01.2019
Saya ada merujuki Kamus Dewan, tiada perkataan gajet atau gejet. Apakah ejaan dan perkataan yang sesuai digunakan untuk peralatan yang diperbuat daripada buluh yang biasa dibuat semasa perkhemahan?Tidak ada istilah gajet (atau gejet), yang ada ialah alat atau alatan (sebagai padanan kata gadget dalam bahasa Melayu) termasuklah alat yang saudara maksudkan (diperbuat daripada buluh).Istilah17.03.2009
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saya hendak tahu ejaan yang betul bagi hiasan/seni kaum India yang dibuat daripada beras, hiasan yang dibuat di atas lantai, "kolum" atau "kolam"? Terima kasihWassalam,

Tuan/puan,

Dalam data kami tidak terdapat ejaan "Kolum" atau "Kolam" yang merujuk hiasan perayaan orang Indian di lantai yang diperbuat daripada beras. Hal ini bermaksud, kedua-dua istilah ini tiada dalam bahasa Melayu.

Melalui carian Internet, terdapat dua versi ejaan iaitu "Kolum" dan "Kolam", Wikipedia menggunakan ejaan "kolam" yang betul.  
Lain-lain18.04.2017
Pokok kelapa boleh diproses untuk dijadikan minyak masak. Pokok kelapa juga boleh dijadikan sabun. Lilin dan berus juga diperbuat daripada pokok kelapa. Soalan: Adakah ayat-ayat ini betul? Dan apa kesalahan yang terdapat dalam ayat tersebut? Terima kasih.

Ayat yang betul ialah buah kelapa boleh diproses untuk dijadikan minyak masak. Minyak kelapa juga boleh dibuat sabun. Lilin dan berus diperbuat daripada minyak dan sabut kelapa.

Tatabahasa05.04.2010
12

Kembali ke atas