Dibuka untuk disewa ATAU Dibuka untuk sewaan ? | cadangan kami : Dibuka untuk penyewaan | Tatabahasa | 29.07.2008 |
AKAN DIBUKA RESTORAN TERAPUNG VERSI BARU |
| Lain-lain | 18.12.2017 |
Bilakah pertandingan menulis buku kssr untuk tahun 6 akan dibuka? Mohon pencerahan. Sekiranya telah dibuka dimanakah saya boleh dapatkan borang untuk pertandingan dan maklumat berkaitan? | Kami mencadangkan pihak puan berhubung terus dengan Bahagian Buku Sekolah, DBP melalui Ketua Bahagian, Puan Hajah Zainah binti Mohd. Azahari melalui talian/e-mel 03-21479550/zainah@dbp.gov.my. | Lain-lain | 27.05.2015 |
Salam Sejahtera, saya ingin dapatkan ejaan jawi untuk : 1) AKAN DIBUKA 2) PROMOSI Terima kasih | Ejaan Jawi bagi perkataan Akan Dibuka ialah اکن دبوک dan ejaan Jawi untuk Promosi ialah ڤروموسي
| Lain-lain | 10.12.2021 |
salam sajahtera, Adakah penggunaan ayat berikut sesuai atau kurang sesuai pengunaan struktur ayatnya."PENGAMBILAN JANUARI KINI DIBUKA" | Ayat yang betul ialah "PENGAMBILAN PELAJAR BULAN JANUARI KINI DIBUKA". | Tatabahasa | 25.01.2011 |
Atie Atiya Jul 4th, 12:19pm assalamualaikum.. saya ada satu soalan.. kenapa borang ASEAN Young Writers Award tidak dapat dibuka.. sy dah cuba banyak web, tapi masih tak dapat dibuka.. harap maklum.. terima kasih.. | Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkaitan dengan anugerah ini, puan boleh menghubungi Sekretariat Tetap S.E.A. Write Award (Malaysia), Bahagian Promosi dan Pengiktirafan, Aras 25 Menara DBP, Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur, atau melalui talian03-21479123 atau melalui e-mel: seawriteawards@dbp.gov.my | Lain-lain | 04.07.2014 |
boleh saya semak tentang penggunaan perkataan PUBLIK. Adakah boleh digunakan dalam penulisan kita? Contoh...Talian ini dibuka kepada publik untuk mengemukakan aduan atau pertanyan | Perkataan yang sesuai digunakan ialah orang awam. Sehubungan dengan itu, ayat yang betul ialah talian ini dibuka kepada orang awam untuk mengemukakan aduan atau pertanyaan. | Tatabahasa | 08.09.2017 |
Assalamualaikum. Mohon pencerahan sama ada penggunaan 'nya' dalam ayat ini betul: 'Telefon anda boleh dibuka kuncinya oleh orang lain jika telefon itu dihalakan rapat ke wajah anda.' Apakah fungsi 'nya' dalam ayat tersebut? Terima kasih. | Ayat yang betul: Kunci telefon anda boleh dibuka oleh orang lain jika telefon itu dihalakan rapat ke wajah anda. -nya merupakan kata ganti diri ketiga dan hanya boleh digunakan pada manusia (TATABAHASA DEWAN EDISI KETIGA halaman 103-104)
| Tatabahasa | 20.08.2019 |
Assalamualaikum tuan, "Pengawas sekolah mula kembali bergerak lebih aktif pada tahun 2020, dengan keahlian yang mula dibuka kepada pelajar arus perdana." "mula kembali bergerak", benarkah penggunaan ayat tersebut? | Ayat yang betul ialah Pengawas sekolah mula bertugas lebih aktif pada tahun 2020, keahlian baharu akan dibuka untuk pelajar arus perdana. | Tatabahasa | 03.09.2021 |
Ayat manakah yang betul di antara yang berikut: 1) Apabila perlawanan sedang dimuatkan atau apabila anda lahir semula, anda akan diberitahu jika Hok anda tidak dibuka. 2) Apabila perlawanan sedang dimuatkan atau anda lahir semula, anda akan diberitahu jika Hok anda tidak dibuka. | Ayat contoh yang diberikan tidak jelas dan kurang difahami. Sila kemukakan soalan yang lebih jelas bagi memudahkan pihak kami memberikan jawapan yang betul. | Tatabahasa | 07.03.2024 |