| Dalam direktori dbp, ada berapakah jumlah keseluruhan peribahasa melayu ? | Untuk makluman puan, tiada data tentang jumlah peribahasa yang telah dibukukan. Walau bagaimanapun, laman web PRPM menyediakan 1000 peribahasa untuk dirujuk. | Lain-lain | 11.09.2024 |
| assalamualaikum dan salam 1malaysia. saya ingin bertanya, Apakah yang harus saya lakukan sekiranya saya mahu karya saya seperti novel di terbitkan dan dibukukan serta di edarkan di kedai. bagaimanakah cara yang sepatutnya saya lakukan? sekian, terima kasih. | Salam. Sekiranya sdr sudah menyiapkan manuskrip novel, hantar sahaja kepada penerbit yang sdr pilih, untuk dipertimbangkan penerbitannya. Jika manuskrip sdr diperakui untuk diterbitkan, tugas penerbit itu untuk mengedarkan buku tersebut di kedai. Jika sdr ingin menghantar manuskrip sdr ke DBP untuk dipertimbangkan penerbitannya, perkara utama yang perlu dilakukan ialah manuskrip perlu ditaip langkau dua baris, menggunakan perisian Microsoft Word, dipecahkan mengikut bab dan fail, setiap fail tidak melebihi 30 halaman, penaipan kemas, dan dijilid. Manuskrip novel hendaklah antara 300-500 halaman. Manuskrip yang lengkap, hendaklah disertakan dengan disket/CD/surat iringan dan dihantar menggunakan sampul yang selamat melalui pos atau hantar tangan ke alamat: Ketua Editor, Bahagian Penerbitan Sastera, Tingkat 11, Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur. Manuskrip sdr akan dinilai terlebih dahulu sebelum diberi jawapan sama ada sesuai diterbitkan atau tidak. Terima kasih. | Lain-lain | 13.01.2010 |
| salam, nampaknya masih DBP terbit buku ya? bolehkah jiak saya hantar manuskrip cerpen untuk penialain pihak tuan, mungkin dalam 13 - 15 cerpen terbaru dan yang menang hadiah 2013 yang belum dibukukan | Terima kasih bersahabat dengan DBP. Tuan boleh terus berhubung dengan Ketua Bahagian Buku Sastera Puan ASiah Daud di talian 03-2147 9434 atau emel asiah2@dbp.gov.my. Moga beroleh maklumat berapakah jumlah cerpen yang harus dimuatkan untuk satu antologi. Selamat berkarya dan Selamat Maju Jaya. | Lain-lain | 11.02.2014 |
| Salam sejahtera. Saya ingin bertanya beberapa soalan. Adakah Puisi,Syair,Sajak, selain dari Cerpen & Novel, masih boleh diterima dan dihantar secara online oleh penulis baru untuk pihak DBP menilai dan dibukukan karyanya? Jika pihak DBP sedia menerima, dimanakah tempat untuk dihantarcoretan-coretan dan bagaimanakah caranya? Sekian, Terima kasih. | Karya tersebut boleh dihantar secara online dengan surat iringan penyerahan bahan oleh penulis. Setiap karya yang di hantar ke DBP akan dinilai untuk dipertimbangkan penerbitannya. Karya itu bolehlah dihantar kepada Ketua Editor Bahagian Buku Sastera di alamat e-mel asiah2@dbp.gov.my | Lain-lain | 08.07.2013 |
| Sudah agak lama saya 'terputus hubungan' dgn DBP sebaik saja saya melangkah ke alam pekerjaan. Saya mempunyai beberapa naskhah cerpen yg pernah disiarkan oleh RTM Sabah hampir 20 thn lalu dan berminat utk dibukukan. Bagaimana prosedur menghantar contoh naskhah tersebut? | Prosedur menghantar manuskrip adalah seperti berikut: 1. Jumlah cerpen sebaik-baiknya 20 cerpen atau lebih. 2. Pastikan anda mendapatkan izin terbit daripada penerbit asal sekiranya anda ingin menerbitkan semula cerpen-cerpen yang telah tersiar di majalah, akhbar atau terbitan lain. 3. Taip manuskrip anda dalam jarak langkau dua baris (double spacing) pada sebelah halaman kertas sahaja pada kertas A4. Tuliskan muka surat manuskrip secara berurutan daripada cerpen pertama sehingga cerpen terakhir. 4. Sediakan halaman Kandungan serta muka suratnya. 5. Tulis judul manuskrip dan nama penulis pada kulit manuskrip. 6. Jilid manuskrip dengan kemas. 7. Kirimkan satu salinan manuskrip bercetak kepada Ketua Editor Buku Sastera (bagi pembaca dewasa), atau kepada Ketua Editor Buku Kanak-kanak dan Remaja (jika pembacanya kanak-kanak atau remaja). Sertakan satu salinan digital manuskrip tersebut (dalam CD atau disket). Sertakan juga sedikit biodata anda, alamat dan nombor telefon atau e-mel, serta nama waris anda (isteri, anak dsb.) serta alamat mereka. | Lain-lain | 09.03.2011 |
| Apakah perbezaan antara "disusun oleh", "pengarang" dan "penerbit" bagi sesuatu terbitan. | "Disusun oleh" merujuk kepada individu yang terlibat dalam penyusunan bahan penulisan atau makalah dalam penerbitan sesebuah buku. Penyusun ini boleh lebih daripada seorang. Kebiasaannya kertas-kertas kerja seminar yang dibukukan melibatkan penyusun buku. "Pengarang" merujuk kepada penulis sesebuah buku. "Penerbit" merujuk kepada pihak yang menerbitkan buku bermula daripada proses pemilihan manuskrip, penyuntingan, reka letak dan reka bentuk, percetakan dan pemasaran. | Istilah | 19.03.2014 |
| 1) saya mahu tahu mengenai sejarah perkembangan sastera kanak-kanak islam di Malaysia 2) saya mahu tahu mengenai perkembangan sastera kanak-kanak islam di Malaysia | Sehingga kini masih belum ada kajian atau penulisan tentang sejarah sastera kanak-kanak Islam di Malaysia yang dibukukan. Saudara mungkin boleh meminta bantuan pensyarah atau perpustakaan tentang kajian yang dibuat oleh sarjana sama ada dalam bentuk tesis atau kertas kerja. | Lain-lain | 28.07.2008 |
| 1. Adakah penggunaan frasa berikut betul atau tidak? Jika betul tolong sertakan contoh ayat. 1. Lembaran minda 2. Ufuk pemikiran 2. Yang mana satukah yang betul 'terutama' atau 'terutamanya'. Mohon penjelasan dan contoh ayat. | 1. Penggunaan frasa “lembaran minda” dan “ufuk pemikiran” boleh diguna pakai dalam ayat dan digunakan berdasarkan konteks dan kesesuaian dalam ayat tersebut. Contoh ayat ialah “Ufuk pemikiran" Pendeta Za'ba tentang bahasa sangat mendalam maknanya. dan Koleksi "lembaran minda" tokoh terkenal itu telah dibukukan. 2. Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua maksud perkataan “terutama” dan “terutamanya” tidak banyak perbezaannya. Kedua-duanya membawa maksud yang terpenting atau yang mustahak sekali. Fungsi kata "nya" dalam perkataan "terutamanya" bermaksud untuk menegaskan atau menguatkan sesuatu maksud itu. Contoh ayat, Lapisan sel pipih yang melapisi permukaan dalam pelbagai organ tubuh, “terutamanya” pembuluh darah, pembuluh limfa dan jantung. Ayat kedua, Hamzah menulis karangan-karangannya “terutama” untuk orang yang tidak mengetahui bahasa Arab dan Parsi. | Tatabahasa | 20.08.2022 |
| Saya berminat untuk mngembangkan bakat atau mengisi waktu apabila melangkah ke alam persaraan dalam masa 4 tahun 1/2 lagi. Walau bagaimanapun penumpuan idea atau kecenderongan ke arah skop penulisan belum ada lagi yang kukuh. masih mencari apa bidang yang sesuai dan mengarah pemikiran untuk menampilkan cetusan idea yang boleh diisi dalam pencernaan ayat dan perkataan yang begitu mantap untuk dibaca atau ditatap oleh segelintir manusia barangkali. Aliran pemikiran dan penulisan tidak menjurus kepada trend sesiapa kerana saya ingin gaya dan kekuatan tersendiri. Apakah yang boleh dilakukan buat permulaan sekarang ? Adakah elok saya menulis artikel atau penulisan awalan untuk mengukur sejauh mana kemampuan saya . Memang betul sebagai asas saya perlu banyak membaca supaya saya tahu pelbagai jurusan penulisan serta teknik yang digunakan. Perlukah saya belajar pelbagai teknik penulisan? Kalau saya ingin penulisan saya dibukukan bagimana caranya ? | Alhamdulillah, sdr. berminat dalam bidang penulisan. Mudah-mudahan akan bertambah lagi penulis berbakat di tanah air pada masa akan datang. Dalam hal ini sdr. boleh mengasahkan bakat dalam bidang penulisan terutamanya dengan banyak membaca dan meneliti karya-karya pemenang sastera. Semua karya sdr. perlulah dihantar ke media cetak dan syarikat penrbit (akhbar, majalah, novel/buku dll.) serta media elektronik (radio dan tv) bagi tujuan penerbitan dan penyiaran. Sdr. juga digalakkan menyertai peraduan karya sastera (mengikut genre yang diminati) bagi menguji semangat, bakat dan keterampilan sdr. dalam bidang penulisan. Akhirnya, bagi mendapatkan pendedahan dan khidmat nasihat dalam bidang penulisan, sdr. bolehlan menghubungi pejabat DBP yang berhampiran. Untuk mendapatkan Khidmat Nasihat Berkarya secara dalam talian, saudari bolehlah melayari laman web DBP www.dbp.gov.my, dan klik menu perkhidmatan, saudari akan dapat khidmat bimbingan berkarya secara percuma. Selamat mencuba. | Lain-lain | 22.10.2009 |
| sebagai badan bahasa yg diiktiraf dbp berperanan mengujudkan sejarah perkembangan bahsa melayu melalui urutan peristiwa dari mula asalnya hingga sekarang contohnya tahun600bc dijumpai tulisan kawi pada batu di lembah bujang 1380 batu bersurat di trengganu.......1400tun sri lanang.......1800 munshi abdullah......1950 zaaba....... kronologi ini penting untuk rujukan anak cucu kita.saya berharap sejarah perkembangan bahasa melayu dapat meningkat nilai ketamadunan kita pada masa ini juga ujud perang maya yg mengatakan bahasa melayu hari ini berasal dari indo,padahal kita tahu bahasa melayu moden berasal dari kesultanan johor di riau,harap dlm waktu terdekat segera dipatenkan bahawa bahasa melayu moden berasal dari m'sia,jadi jgn terlambat sebelum indo memetenkan dulu...sekian | Encik Arsad terima kasih kerana menghubungi KNBDBP. Terima kasih atas pandangan Sdr. sejerah mengenai perkembangan bahasa Melayu memang telah banyak dibukukan dan telah banyak juga diperkatakan/dibincangkan serta dijadikan bahan pameran setiap kali kita mengadakan simposium. seminar. konvensyen dan sebagainya. Tetapi tidaklah sampai kita perlu mempatenkannya. Namun pandangan Sdr. itu ada benarnya dan rasanya telah sampai masanya untuk kita, terutama ahli dan pakar bahasa memikirkan persoalan seperti ini. Untuk pengetahuan Sdr. juga sebenarnya kita adalah pemegang hak cipta bagi setiap buku yang kita terbitkan. | Lain-lain | 03.09.2009 |