Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dibunuh

Puisi
 

Anak Cina sanggul terpacak,
     Mati dibunuh Seri Rama;
Adik laksana buah masak,
     Bau semerbak ke mana-mana.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Kuda tua: diperkerjakan tak boleh,
     nak dibunuh sayang.

Bermaksud :

Menghadapi sesuatu masalah yang sangat sulit; dalam keadaan yang serba salah. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai bertemu [= makan] buah si malakamo: dimakan mati bapa, tidak dimakan mati ibu, b. Bagai memegang buah kepantangan beruk: ditelan mati emak, diludahkan mati bapa, c. Digenggam takut mati, dilepaskan takut terbang, d. Dikatakan mati emak, tak dikatakan mati bapa, e. Seperti Kur'an [Quran] buruk: dibaca tak boleh dipersebarangan dosa).

 

Lihat selanjutnya...(5)

Lihat selanjutnya...(1)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Dibunuh dengan/secara kejam?kedua-dua jawapan adalah betulTatabahasa08.11.2011
(1)Dibunuh dengan/secara kejam? (2) Berperang di/pada/kepada jalan Allah?

1. dengan dan secara adalah betul.

2. di

Tatabahasa08.11.2011
suratkhabar rapat atau jarak. dibunuh atau di bunuhEjaan yang betul ialah surat khabar dan dibunuh.Ejaan10.08.2007
Untuk kata 'unkillability' yang membawa makna perihal seorang atau sesuatu yang tidak dapat dibunuh, manakah istilah sasaran yang terjitu: 'ketidakdapatterbunuhan', 'ketidakdapatdibunuhan', 'ketakdapatterbunuhan', 'ketakdapatdibunuhan,' 'ketidakbolehdibunuhan', 'ketidakbolehterbunuhan', 'ketakbolehdibunuhan' atau 'ketakbolehterbunuhan'.Penggunaan unkillability dalam teks bahasa Melayu ialah seseorang atau sesuatu yang tidak dapat dibunuh (ambil makna yang terkandung dalam perkataan tersebut). Untuk mendapatkan istilah yang sesuai, kami kemukakan pertanyaan dan cadangan tuan ini kepada pihak yang berwenang, iaitu Bahagian Peristilahan dan Leksikologi.Penyemakan dan penterjemahan15.12.2018
Ayah dan ibunya dibunuh secara kejam. Apakah fungsi kata bagi perkataan “secara” di atas?Perkataan secara membawa maksud dengan cara. Klausa secara kejam merupakan keterangan cara.Tatabahasa31.07.2020
Memaparkan seorang detektif muda telah diserang hendap dan berada dalam keadaan tenat. Pihak musuh percaya detektif tersebut telah berjaya dibunuh. Sebaliknya beliau telah diselamatkan dan menggunakan identiti baru setelah membuat pembedahan plastik. Beliau diarah meneruskan tugasnya mencari penjenayah di samping pada waktu yang sama menuntut keadilan. Untuk melaksanakan tugasnya secara lebih berkesan, beliau telah dibekalkan dengan sebuah kereta canggih yang digelar KITT. Kereta canggih ini mempunyai perisai setara dengan kereta kebal dan mampu memecut 300 batu sejam. Tambahan pula, kereta canggih ini juga dibekalkan dengan personaliti komputer kecerdasan dan berfungsi sebagai seorang pembantu. Detektif yang bersemangat waja ini meneruskan misi buruan penjenayah dengan kereta canggih ini. Akhirnya pemuda ini berjaya menangkap penjenayah dan menyerahkannya kepada pihak berkuasa.Soalan tidak jelas. Sila nyatakan dengan terperinci bagi membolehkan pihak kami membantu tuan dalam hal ini. Tatabahasa28.01.2022
MAKSUD PERKATAAN ORANG HILANG DAN PENCULIKANMakna secara harfiah "orang hilang" ialah orang yang tidak kelihatan lagi dan penculikan bermaksud mencuri (melarikan) kanak-kanak atau orang dewasa untuk dibunuh, diminta wang tebusannya dan lain-lain. Walau bagaimanapun dari aspek sudut undang-undang kedua-dua istilah tersebut memerlukan huraian terperinci dengan merujuk pakar bidang berkenaan. Makna05.06.2009
Remaja, 18 Tahun yang Membunuh Kerana Inginkan Kemasyhuran di TikTok. Apakah ada kesalahan di tajuk berkenaan? Adakah tajuk yang lebih sesuai? Terima kasih sekiranya sudi menjawab.Remaja, 18 Tahun yang Membunuh Kerana Inginkan Kemasyhuran di TikTok. Siapa atau apa yang dibunuh? Membunuh ialah kata kerja aktif transitif yang mesti diikuti dengan objek. Kata hubung pancangan yang juga hadir bukan pada tempat yang betul. Tatabahasa24.04.2021
Selamat sejahtera. Boleh Tuan/Puan bantu tukarkan ayat di bawah ini kepada ayat klasik? Terima kasih. Hutang nyawa, harus dibayar dengan nyawa. Beta akan pastikan Gapura Ilmu menjadi padang jarak padang tekukur. Bersiap sedia untuk menggembleng tenaga melawan angkatan tentera beta yang gagah perkasa. Jikalau Gapura Ilmi punya muallim, Jentayu Emas punya lebih dari itu. Jikalau Gapura Ilmi mempunyai kota yang menempatkan sebuah markas tentera, Jentayu Emas tidak hairan akan itu. Hantarlah selautan tentera sekalipun, tentera beta tidak akan dapat ditewaskan. Sultan negara tuan hamba saja sudah mangkat dibunuh beta, bahkan putera mahkotanya jua. Adapun jika tuan hamba tidak mampu menggalas tanggungjawab sebagai panglima, letak saja jawatan itu. Tak usah memalukan nama negara tuan hamba yang kononnya gah di mata dunia itu.

Untuk makluman tuan, DBP tidak melaksanakan fungsi terjemahan dalam bahasa asing termasuklah bahasa klasik. Walau bagaimanapun, tuan boleh merujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020) yang telah merakamkan entri bahasa klasik dengan label kependekan kl seperti arakian yang bermaksud sesudah dan selepas itu dan syahadan yang digunakan pada permulaan cerita yang membawa maksud selanjutnya. Tuan juga boleh merujuk buku-buku terbitan DBP seperti Siri Warisan Sastera Klasik: Hikayat Ular Nangkawang, Hikayat Asal Mulanya Wayang, Hikayat Malim Deman dan lain-lain untuk rujukan bentuk penulisan bahasa klasik yang bersesuaian.

Sastera24.12.2023

Kembali ke atas