salam sejahtera: saya ingin bertanya, mana 1 penggunaan yang betul antara 2 frasa ini? "masa yang dicadangkan atau masa dicadangkan" | Frasa yang betul ialah "masa yang dicadangkan". | Tatabahasa | 23.05.2014 |
dicadangkan DBP memantau, kecelaruan penggunaan Bahasa Melayu di papan tanda | Saudara, Dewan Bahasa dan Pustaka melalui Bahagian Dasar Bahasa sentiasa mengawasi penggunaan bahasa yang digunakan di sektor awam dan swasta. Antara tugas yang dilaksanakan ialah pemantauan penggunaan bahasa dalam semua media termasuklah media peragaan dan paparan. Pemantauan kesalahan penggunaan bahasa yang dibuat berserta dengan pembetulannya dikemukakan kepada pihak-pihak berkenaan untuk diambil tindakan pembetulan dan sebagainya. | Lain-lain | 13.04.2010 |
Terjemahan yang dicadangkan ialah oleh DBP untuk "Retail and Enterprise Distribution" ialah "Pusat Pengedaran Produk Perusahaan Kecil dan Sederhana". Saya ingin mendapatkan kepastian atas penterjemahan kata 'retail'. "Retail' yang dimaksudkan, merujuk kepada "consumer retail". Saya telah menjumpai beberapa laman sesawang yang menggunakan "perbankan pengguna" untuk "retail banking". Antara contoh, Wikipedia (https://ms.wikipedia.org/wiki/CIMB) dan Allianz Bank (http://www.affinbank.com.my/Consumer-Banking.aspx?lang=ms-MY)? Adakah tepat jika "Retail and Enterprise Distribution' diterjemahkan ke "Pusat Pengedaran Produk Kewangan Pengguna dan Perniagaan"? Pusat ini tidak setakat untuk Perusahaan Kecil dan Sederhana. Ia juga mengedar produk konsumer Kepastian dan maklumbalas amat dihargai. | Terjemahan yang diberikan ialah cadangan sahaja. Sekiranya tidak tepat, puan boleh mengubahnya mengikut konsep dan konteks penggunaan. | Penyemakan dan penterjemahan | 09.01.2017 |
Saya ingin mengetahui samada nama organisasi dalam bahasa malaysia yang dicadangkan sesuai and betul dari segi tatabasa dll. Kalau tidak, saya ingin dapatkan nasihat daripada DBP Nama dalam Bahasa Inggeris - UCSI University Trust Incorporated Name dalam Bahasa Malaysia yang dicadangkan - i) Perbadanan Amanah Universiti UCSI ii) Amanah Universiti UCSI Diperbadankan Sekian terima kasih | Padanan bahasa Melayu yang dicadangkan ialah Amanah Universiti UCSI (Diperbadankan). | Istilah | 25.06.2013 |
Saya sedang menyiapkan tesis Master di UPM. Masalah saya ialah mengenai tajuk tesis yang dicadangkan oleh penal pemeriksa. Tajuk yang dicadangkan ialah : "HUBUNGAN ANTARA AMALAN KEPIMPINAN GURU PENOLONG KANAN KOKURIKULUM, PERSEKITARAN SEKOLAH DAN PENGLIBATAN PELAJAR DALAM AKTIVITI KOKURIKULUM DI SEKOLAH MENENGAH" tajuk saya ialah "HUBUNGAN ANTARA AMALAN KEPIMPINAN GURU PENOLONG KANAN KOKURIKULUM DAN PERSEKITARAN SEKOLAH DENGAN PENGLIBATAN PELAJAR DALAM AKTIVITI KOKURIKULUM DI SEKOLAH MENENGAH". Oleh itu saya minta jasa tuan bagi menentukan tajuk yang manakah lebih tepat. | Kedua-dua tajuk tersebut boleh digunakan bergantung pada kajian yang dijalankan. | Tatabahasa | 20.08.2013 |
"Teacher's Sense of Academic Optimism" dicadangkan istilah dalam bahasa Melayu "Sikap Optimistik Akademik Guru" untuk dikemukakan kepada Bahagian Peristilahan dan Leksikologi, DBP. | Setelah berbincang dengan Bahagian Peristilahan dan Leksikologi, padanan bahasa Melayu yang dicadangkan ialah Sikap Guru Optimis Akademik. | Istilah | 27.07.2016 |
Tuan, Jabatan ini bercadang untuk menggunakan tema untuk hari inovasi dan kreativiti (ICT). Tema yang dicadangkan ialah : ICT Cagak Teknologi. Menurut rujukan Cagak= tiang, menyokong. Adakah tema ini sesuai dari segi Bahasa Melayu. Mohon pandangan Tuan. | Tema yang dicadangkan, ICT Cagak Teknologi. Dalam Kamus Dewan edisi keempat, cagak bermaksud: 1. cabang (kayu dll); cagak jalan - simpang jalan; 2. kayu (galah, tongkat, dll) yg hujungnya bercabang utk menyangga atau menopang sesuatu. Sekiranya keadaan tiang bercabang itu sesuai dengan maksud tema tersebut, kata cagak boleh digunakan. Tema jadi menarik jika ayatnya berima. Contohnya: ICT Tonggak Teknologi. Huruf t, o, n, k, g yang terdapat pada kedua-dua perkataan tonggak dan teknolgi menjadikan ayat ini berima. Dalam Kamus Dewan , tonggak bererti 1. tegak lurus: tiang tonggak, tiang yg tegak lurus. mencacak berdiri tegak lurus; 2 tertanam atau terpancang tegak lurus: Tiang-tiang belat kelihatan ~ berbaris. 3 terbenam atau tertanam pd sesuatu: Lembing yg dilontarkannya itu ~ mengenai sasarannya. | Makna | 25.04.2011 |
Saya ingin mengemukakan cadangan pertukaran istilah dalam Khidmat Nasihat bagi istilah "outreach program" yang telah dicadangkan sebagai "capaian program". Saya dapati ini tidak menepati hukum Diterangkan-Menerangkan. Saya juga khuatir ini akan menjadi ikutan sesiapa yang ingin merujuk istilah ini kelak. Diharap pembetulan dapat dilakukan. Sekian. | Padanan bahasa Melayu yang dicadangkan untuk "outreach program" ialah program khidmat masyarakat atau program bantuan. | Istilah | 21.09.2016 |
apakah terjemahan bagi 'radicalist approach' dan 'gradualist approach' dalam bahasa melayu? | Tiada istilah yang tepat untuk terjemahan ini kerana perlu melihat konteks dan bidang kedua-dua frasa ini. Dicadangkan terjemahan bagi "radicalist approach" ialah pendekatan pihak radikal dan "gradualist approach" dicadangkan diterjemah sebagai pendekatan pihak yang gradual. Tuan boleh merujuk istilah yang tepat dengan Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM). | Penyemakan dan penterjemahan | 18.07.2014 |
Salam sejahtera Tuan/Puan, Apakah terjemahan dalam Bahasa Melayu bagi istilah 'network aggregator'? Sekian, terima kasih. | Untuk makluman, belum ada istilah bahasa Melayu yang khusus untuk "network aggregator". Padanan bahasa Melayu yang dicadangkan ialah penggabung rangkaian. Sekiranya padanan yang dicadangkan tidak sesuai, sila berikan konsep atau maksud istilah tersebut supaya kami boleh memberikan cadangan padanan bahasa Melayu yang lain. | Istilah | 25.12.2015 |