pada prpm "ditemukan" membawa maksud "dijumpai sesuatu yang dicari"tetapi apabila saya menonton berita RTM, pembaca berita ada menyebut "mayat lelaki itu ditemukan dalam keadaan...." adakah penggunaan "ditemukan" itu betul? Penggunaan sedemikian seolah-olah menggambarkan mayat itu dicari oleh orang ramai walaupun hakikatnya bukan sedemikian. | Ditemukan ialah bentuk pasif bagi perkataan menemukan yang bermaksud menemui sesuatu yang dicari. Manakala menemukan pula bermaksud mendapati atau menjumpai. | Tatabahasa | 28.06.2018 |
SOALAN 1 MENGIKUT ENTRI Kamus Dewan: Makna MENEMUI 3. = menemukan berjumpa dgn apa yg dicari dll, mendapat, mendapati: CONTOH AYAT YANG DIBERI: polis kemudiannya telah ~ kereta yg digunakan oleh perompak-perompak tersebut. ENTRI MENEMUKAN, MAKNA 2. memperoleh sesuatu yg dicari dll (dgn usaha, penyelidikan dsb): Polis telah ~ kereta yg digunakan oleh perompak itu di sebuah ladang getah. KEMUSYKILAN: Adakah bererti kedua-dua kata MENEMUI / MENEMUKAN pun boleh digunakan dalam ayat ini? APAKAH BEZANYA? SOALAN 2: Kita akan dapat MENEMUIKAN persamaan jika kita membaca kedua-dua novel tersebut. BETUL ATAU SALAH? JAWAPAN DIBERI OLEH BUKU SALAH. TETAPI, BUKANKAH BOLEH dijelaskan menggunakan MENEMUKAN MAKNA ENTRI 2.? TERIMA KASIH. | Berdasarkan makna ketiga menemui iaitu sama makna dengan menemukan, berjumpa dengan apa yang dicari, ayat "Kita akan dapat menemui/menemukan (bukan menemuikan) persamaan jika kita membaca kedua-dua novel tersebut" adalah betul. | Tatabahasa | 28.06.2011 |
Saya menerima penjelasan "Ditemukan ialah bentuk pasif bagi perkataan menemukan yang bermaksud menemui sesuatu yang dicari. Manakala menemukan pula bermaksud mendapati atau menjumpai." tetapi itu bukan soalan saya. Soalan saya: Adakah penggunaan tersebut betul kerana konteks penggunaannya seolah-olah janggal pada prpm "ditemukan" membawa maksud "dijumpai sesuatu yang dicari"tetapi apabila saya menonton berita RTM, pembaca berita ada menyebut "mayat lelaki itu ditemukan dalam keadaan...." adakah penggunaan "ditemukan" itu betul? Penggunaan sedemikian seolah-olah menggambarkan mayat itu dicari oleh orang ramai walaupun hakikatnya bukan sedemikian. | "Mayat lelaki itu ditemukan dalam keadaan ...", ayat pasif. Manakala ayat aktif "polis menemukan mayat lelaki itu dalam keadaan ...". Untuk mudah difahami, menemukan/ditemukan membawa maksud finding dalam Bahasa Melayu, manakala menemui/ditemui membawa maksud meet dalam Bahasa Melayu seperti Ahmad menemuinya sahabatnya di Kuala Lumpur. | Tatabahasa | 28.06.2018 |
Hai, mohon rujuk gambar yg dilampirkan. Perkataan yg dicari adalah mengongsi, tetapi carian yang dapat adalah berkongsi, ...contoh ayat juga adalah berkongsi, bukan mengongsi | Untuk mendapatkan makna dan contoh ayat bagi perkataan "mengongsi", tuan/puan boleh merujuk Kamus Dewan Perdana, di bawah kata dasar "kongsi" pada halaman 1145. | Lain-lain | 15.01.2022 |
Apakah takrif "apakan daya"? Tiada keputusan yang dapat dicari apabila saya menaipkan frasa tersebut di laman PRPM. | maksud 'apakan daya' atau 'apa daya' ialah 'tidak ada kuasa lagi' | Makna | 14.05.2014 |
Dari Maalik, Saya ingin membuat aduan mengenai maklumat yang dicari dalam Kamus Dewan Bahasa Dan Pustaka tidak dapat saya temui dengan lebih terperinci.Kebiasaanya, saya dapat mencarii maklumat dalam kamus ini dengan mudah, akan tetapi pada masa kini tidak dapat ditemui. Oleh itu, saya berharap pihak atasan dapat melihat mesej saya ini dan harap dapat diselenggara dengan baik. Sekian | Kami ambil maklum berkaitan aduan tuan. Kami akan terus mempertingkatkan perkhidmatan kami. Terima kasih kerana menggunakan perkhidmatan Dewan Bahasa dan Pustaka. | Lain-lain | 26.08.2024 |
Dalam Kamus Dewan edisi ke-empat, perkataan "dominasi" boleh dicari dalam muka surat ke-berapa? Muka surat diperlukan untuk dimuatkan dalam nota kaki. Terima kasih. | Muka surat 361 | Lain-lain | 23.10.2014 |
Ayat: Masalah itu perlu diketengahkan supaya jalan penyelesaian dapat dicari. Pada pandangan tuan, adakah ayat di atas mempunyai sebarang kesalahan? Bagi saya, ayat tersebut tiada kesalahan. Tolong betulkan jika saya silap | Ayat tersebut betul dan tiada kesalahan. | Tatabahasa | 10.08.2012 |
Bolehkah selesaikan kesalahan ayat di bawah ini disebabkan jawapan tidak dapat dicari. Terima kasih ~ 1 | Soalan telah dijawab. | Tatabahasa | 29.07.2011 |
Apakah maksud bagi peribahasa dan perkataan di bawah kerana saya tidak dapat dicari di mana-mana pun ? a rantai besi dimakan bubuk b lalang ditiup angin c terengsot-engsot d baik mengikut resmi padi daripada mengikut remi lalang terima kasih. | Puan, Maksud peribahasa dan perkataan yang dikemukakan ialah i. cerita tak masuk akal ii. terhuyung -hayang iii. bergerak sedikit-sedikit tanpa mengangkat punggung iv. makin berisi makin tunduk | Lain-lain | 14.12.2010 |