Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata diceritakan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Kisah kemasyhuran Kesultanan Melaka yang diceritakan oleh Tuan Perpatih Putih telah berjaya ‘menarik hati’ Maharaja China. Dalam konteks ayat di atas, apakah perkataan yang paling sesuai untuk menggantikan rangkai kata ‘menarik hati’? A. Meyakinkan B. mempersonakanJawapan yang betul ialah mempesonakan.Tatabahasa11.09.2013
apa itu teromba dan contoh-contohnya?Teromba ialah sejarah yang diceritakan dalam bentuk perbilangan, tambo, riwayat.Makna25.01.2007
Sungguh sukar, soalan peperiksaan yang disediakan oleh guru saya. Cerakinkan ayat tersebut kepada subjek dan predikat. Adakah guru saya (subjek) menyediakan soalan peperiksaan yang sungguh sukar itu (predikat)? Mohon jelaskan kenapa...Subjek ialah perkara yang hendak diceritakan. Predikat ialah penerangan kepada subjek itu. Dalam ayat:Sungguh sukar, soalah peperiksaan yang disediakan oleh guru saya, subjek atau perkara yang hendak diceritakan ialah "soalan peperiksaan yang disediakan oleh guru saya", manakala "sungguh sukar" ialah penerangan atau cerita kepada "soalan peperiksaan yang disediakan oleh guru saya" itu.Lain-lain08.09.2014
Manakah bahagian subjek dan predikat ayat ini? Cis, berani kauganggu saya! Siapakah budak itu?

Subjek merupakan sesuatu perkara atau hal yang diceritakan atau dibincangkan, manakala predikat pula merupakan ayat atau kata-kata dalam bentuk frasa yang menerangkan sesuatu tentang subjek ayat atau cerita.

“Cis, berani kau” merupakan subjek dan “ganggu saya!” merupakan predikat.
“Budak itu?” merujuk kepada subjek dan “Siapakah” merupakan predikat.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2015), halaman 464 - 476 dan 480.

Tatabahasa05.02.2025
Saya berminat tentang sebuah karya klasik Melayu lama berjudul Hikayat Raja Muda, bolehkah saya dapatkan maklumat dan nasihat mengenainya?

Hikayat Raja muda ialah salah sebuah cerota Penglipur Lara. Hikayat ini telah diceritakan semula oleh Pawang ana dan dicatat oleh Raja Haji Yahya dari Perak. Hikayat ini kemudian telah diterbitkan oleh Oxford University Press pada tahun 1964 berdasarkan naskhah R.O Winstesdt dan A.J Sturrock. Untuk membuat rujukan tentang Hikayat Raja Muda ini, saudara boleh datang ke Pusat Dokumentasi Melayu, Aras 3 DBP, Kuala Lumpur atau ke Perpustakaan Negara Malaysia.

 

Lain-lain29.09.2008
Perkataan "Tuanku" adalah sesuai digunakan dalam karangan autobiografi? Contohnya, Aku sebuah computer riba. Tuanku menjaga aku dengan baik. "Tuanku" dalam ayat itu adakah betul? atau perkataan ini mesti dipisahkan menjadi "tuan aku"?Tuanku digunakan apabila kita bercakap dengan raja/sultan. Dalam konteks yang diceritakan, penggunaan yang betul ialah "tuan aku".Tatabahasa28.02.2014
Apakah perbezaan antara tersebut dan terbabit? Selalunya wartawan akan menggunakan perkataan terbabit, sedangkan saya rasa perkataan tersebut lagi halus/lembut.
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat maksud terbabit ialah:
terlibat, tersangkut (dlm sesuatu perkara), terseret: apabila Britain berperang dengan Jerman, negara-negara lain pun terbabit sama; Terbabit dalam persengketaan orang lain;

Tersebut:
1. telah disebut (diceritakan dll), pernah disebut: maka saya pun terimalah rial yg ~ itu dgn beribu-ribu terima kasih; 2. terkatakan, terperikan: maka segala perahu itu pun berlabuh di Tanjung Kerawang itu, maka tiadalah ~ lagi; 3. = kesebutan ark terkenal atau termasyhur (bkn orang dll); ~lah perkataan sl akan diriwayatkan (dikisahkan, diceritakan) halnya;

Makna19.05.2014
Subjek bagi ayat berikut ialah " wang" atau "wang pada saya"? (a) Wang pada saya ialah wang derma untuk tabung kebajikan.Untuk makluman, ayat tersebut tidak gramatis. Ayat yang gramatis ialah "Wang yang ada pada saya ialah wang derma untuk tabung kebajikan." Manakala, subjek bagi ayat tersebut ialah "wang" kerana yang hendak diceritakan dalam ayat tersebut ialah "wang".Tatabahasa22.12.2015
Salam Mohon semakan terjemahan bagi ayat-ayat di bawah: A rich and intense dark coffee with notes of sweet fruits. Kopi pekat yang pahit dan kuat dengan aroma dengan perisa buah-buahan manis. Fresh and fruity medium roast with notes of chocolate and vanilla. An extraordinary single-origin coffee with a unique story to tell. Panggang sederhana berasa buah dan segar dengan aroma serta perisa coklat dan vanila. Kopi asal tunggal yang luar biasa dengan kisah unik untuk diceritakan. Premium coffee with a purpose. Uganda coffee farmers growing together through business, not charity. Every cup matters. Kopi premium dengan tujuan memanfaatkan. Peladang kopi Uganda bersama-sama berkembang melalui peniagaan, bukan kebajikan. Setiap cawan kopi itu penting. A medium-dark coffee with a good body, a fruity acidity and notes of cocoa in the aftertaste for a typical coffee experience. Kopi sederhana pekat dengan tekstur yang sederhana, keasidan berasa buah serta perisa koko dalam kesan rasa untuk merasai pengalaman kopi yang tipikal. Terima kasih.Terjemahan yang baik dan tepat memerlukan pemahaman berkaitan konsep dan konteks penggunaan teks dalam sesebuah bidang. Untuk makluman, DBP tidak menjalankan kerja penterjemahan atau menawarkan khidmat penyemakan terjemahan, sama ada daripada bahasa Melayu kepada bahasa asing atau sebaliknya. Sila hubungi Persatuan Penterjemah Malaysia (PPM), melalui talian 03-9226 2506 atau e-mel terjemah1@gmail.com.Penyemakan dan penterjemahan26.07.2021
sila berikan penerangan tentang cerita rakyat

Saudara,

Cerita Rakyat  merupakan sastera rakyat yang berbentuk cerita atau cerita lisan. Cerita rakyat  sangat  popular di kalangan  masyarakat Melayu dan diperturunkan secara lisan dari satu generasi ke generasi seterusnya. Cerita rakyat berkembang dalam tradisi lisan biasanya disampaikan secara lisan dari mulut ke mulut oleh tukang-tukang cerita profesional dalam bentuk persembahan cerita kepada audiens dalam majlis-majlis tertentu seperti perkahwinan, keramaian dan sebagainya.  Cerita rakyat  diceritakan oleh nenek/ datuk kepada cucu atau oleh seseorang yang tahu bercerita sebagai hiburan di masa senggang.  

Dalam masyarakat Melayu terdapat pelbagai jenis cerita rakyat seperti Cerita Binatang, Cerita Jenaka,Cerita asal-usul, Mitos dan Lagenda, cerita Lipur lara dll.

Sesuai dengan peredaran zaman, Cerita rakyat telah dirakam dan dikumpulkan dalam bentuk tulisan seperti mana yang sampai kepada kita sekarang. 

Antara fungsi cerita rakyat ialah:

1. sebagai alat hiburan,

2. Sebagai alat untuk menyampaikan pengajaran dan mendidik masyarakat,

3. wadah ekspresi seni  masyarakat menggunakan  kata-kata yang indah,

4. menjadi dasar penciptaan karya sastera moden.

Untuk memahami lebih lanjut sila merujuk Buku Kesusasteraan Melayu Tradisional, terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka , 1993.

sekian, terima kasih.

Sastera11.02.2011
12

Kembali ke atas