Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dicetak


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya masih keliru penggunaan perkataan-perkataan berikut: i) Perbezaan pengunaan perkataan "dalam" dengan "di dalam"; ii) Perbezaan "adalah" dengan "ialah"; Contoh, dia adalah bapa saya atau dia ialah bapa saya. iii) "Di" dengan "pada": Contoh, dicetak di borang atau dicetak pada borang.
Di dalam digunakan untuk menunjukkan tempat yang boleh dilihat secara fizikal ruang dalamnya, seperti di dalam dewan. Dalam pula menunjukkan kedudukan sesuatu yang abstrak sifatnya, seperti dalam fikiran. Kata pemeri ialah hadir di hadapan frasa nama, manakala kata pemeri adalah hadir di hadapan kata adjektif dan kata sendi nama.kata sendi nama di hadirdi hadapan tempat seperti di Kuala Lumpur, manakala kata sendi nama pada  berfungsi untuk menunjukkan keterangan waktu atau tempat.
Tatabahasa04.01.2013
Adakah ayat ini betul? Penempaan duit syiling diperbuat di Shah Alam di Selangor manakala wang kertas dicetak di luar negara.Ayat yang betul ialah Duit syiling ditempa di Shah Alam, Selangor manakala wang kertas dicetak di luar negara.Tatabahasa15.09.2014
Assalamualaikum, Saya adalah penulis buku Pengenalan Virologi (1993), Komunikasi Saintifik (1995) dan Penulisan Saintifik (1996). Buku-buku ini adalh out of print. Saya ingin memesan untuk kegunaan sendiri. Soalan-soalan saya: 1. Dapatkah lagi buku-buku itu dicetak? 2. Berapakah bilangan yang paling kurang untuk dicetak? 3. Berapa kos pencetakan? 4. Berapa lama pesanan boleh disiapkan. Terima kasih Dr. Ismail AhmadJudul buku untuk cetak ulang ditentukan oleh Jabatan Penerbitan, Dewan Bahasa dan Pustaka. Penulis atau pihak lain boleh mencadangkan judul buku yang perlu dicetak ulang kepada Pengarah Jabatan Penerbitan, Dewan Bahasa dan Pustaka, Tingkat 19, Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur.Lain-lain11.02.2008
Assalamulaikum dan salam sejahtera, Bagaimana dengan penggunaan perkataan 'oleh' pada muka depan buku atau pada muka surat copyright, adakah dibolehkan menggunakan huruf besar? Contoh- Disemak Oleh:, Dicetak Oleh:, Diterbitkan Oleh:. Sekian, terima kasih.Waalaikumsalam,
Perkataan "oleh" ialah kata sendi nama yang perlu ditulis dengan huruf kecil. Contoh: Disemak oleh, Dicetak oleh, Diterbitkan oleh, dan lain-lain.
Tatabahasa13.12.2014
PENGUNAAN BAHASA KEBANGSAAN DICETAK DIATAS IKLAN PAPAN TANDA SEPERTI BERIKUT: DISEBELAH KIRI: KILANG AIR DIPERTENGAHAN: WATERFUL H20 SDN BHD (1054799-W) KAMI MEMOHON PENGESAHAN PENGGUNAAN BAHASA MALAYSIA YANG BETUL TERIMA KASIHUntuk pengesahan iklan, sila klik "Khidmat Pengesahan Bahasa" (bukan Khidmat Nasihat Bahasa). Untuk kali pertama, puan perlu mendaftar dahulu dan dapatkan kata laluan (password) yang dihantar kepada e-mel yang telah didaftarkan dan ikutilah tatacara yang seterusnya. Visual papan tanda dalam bentuk jpg atau gif perlu disertakan dalam permohonan .Lain-lain11.09.2013
Bagaimana hendak membuat nota kaki?Nota yang dicetak pada ruang di antara teks dengan jidar kaki. Bahan ini dipisahkan daripada teks oleh garis pemisah mendatar setebal 0.1 poin, berukuran 2.5 cm, dan ditulis santak kiri. Sila rujuk buku Gaya Dewan Edisi KetigaEjaan09.08.2006
Salam... saya telah menyiapkan satu draf surat rasmi. sebelum dicetak saya ingin meminta pihak dbp utk menyemak surat tersebut dari segi tatabahasa dan format. bagaimana saya boleh hubungi pegawai tersebut.Untuk makluman tuan/puan, DBP ada menyediakan perkhidmatan semakan dokumen rasmi. Untuk perbincangan lanjut, tuan/puan boleh menghubungi Encik Azahari bin Edin, Ketua Bahagian Penguatkuasaan melalui e-mel azahari@dbp.gov.myLain-lain19.04.2017
mana yang lebih tepat penggunaannya cenderamata atau cenderhati bila dicetak dalam atur cara majlis atau semasa juruacara menjemput penerimaCenderamata dan cenderahati, kedua-duanya betul dan boleh digunakan.Tatabahasa17.11.2011
bagaimana caranya untuk mendapatkan ISBN bagi buku yang sedang dicetak dan untuk dijualISBN dikeluarkan oleh pihak Perpustakaan Negara Malaysia. Sdr boleh menghubungi pihak tersebut untuk mendapatkan maklumat lanjut.Lain-lain18.04.2011
bagaimanakah cara betul menulis nombor rujukan nota kaki (footnote) di penghabisan ayat? adakah nombor rujukan ditulis sebelum atau selepas titik noktah?Nota kaki dicetak pada ruang di antara teks dengan jidar kaki. Bahan ini dipisahkan daripada teks oleh garis pemisah mendatar setebal 0.1 poin, berukuran 2.5 cm, dan ditulis santak kiri.

Gaya penerbitan Dewan menggunakan Sistem Penulis-Tarikh untuk menulis nota kaki. Susunan maklumatnya adalah seperti yang berikut:

Nama penulis (diikuti dengan tanda koma)

Tahun terbit (diikuti dengan tanda noktah)

Judul sumber (dicetak dalam huruf condong, diikuti dengan tanda noktah)

Jilid (diikuti dengan tanda noktah)

Edisi dan cetakan (diikuti dengan tanda noktah. Walau bagaimanapun sdr boleh merujuk secara terperinci buku Gaya Dewan Edisi Ketiga terbitan DBP.

Lain-lain11.03.2008
12345678910...

Kembali ke atas