| ejaan jawi untuk port Dickson ialah ڤورت ديكسن atau ڤورت ديكسون؟ . terima kasih | Ejaan jawi Port Dickson ialah ڤورت ديكسن. | Ejaan | 27.03.2022 |
| Salam, bolehkah di antara frasa-frasa dalam ayat diselangi dengan kata seperti kata bantu, kata penguat dan sebagainya? Contoh: 1. Rombongan sekolah akan ke Port Dickson. Frasa nama: Rombongan sekolah Frasa sendi nama: akan ke Port Dickson 2. Rumah itu amat besar. Frasa nama:Rumah itu Frasa adjektif: amat besar Terima kasih. | 1. Ayat yang gramatis, Rombongan sekolah akan melawat Port Dickson pada minggu hadapan. Kata sendi nama tidak hadir secara berurutan. 2. Rumah itu amat besar. Ayat ini betul. | Tatabahasa | 30.04.2014 |
| 1. Apakah penjodoh bilangan bagi kek? 2. Apakah penjodoh bilangan bagi kemalangan? 3. Apakah bezanya "mengadakan" dan " menganjurkan"? 4. Guru Besar atau guru besar? 5. di kalangan atau dalam kalangan? 6. baru atau baharu? 7. Dia makan epal, durian, dan manggis. Perlukah tanda koma diletakkan sebelum perkataan "dan"? 8. pantai Port Dickson atau Pantai Port Dickson? 9. negeri Selangor atau Negeri Selangor? 10. kereta api atau keretapi? 11. sebuah negeri atau satu negeri? 12. Apakah penjodoh bilangan bagi majlis dan hantu? | 1. Penjodoh bilangan bagi kek bergantung pada bentuknya. Boleh digunakan sebiji kek (jika kek itu belum dipotong) ataupun sepotong kek. 2. Tidak ada penjodoh bilangan yang khusus untuk kemalangan. 3. Mengadakan bermaksud 1. menjadikan ada atau wujud, mewujudkan, menjadikan, menciptakan: Tuhanlah yg ~ seluruh alam ini; 2. mengusahakan sehingga ada (tersedia, terdapat, dsb), menyediakan: ~ wang yg diperlukan; peruntukan belanjawan utk ~ lebih banyak sekolah dan maktab teknik; 3. mengusahakan sehingga berlaku atau berjalan sesuatu (spt seminar, mesyuarat, kenduri, dll), menganjurkan serta mengurus sesuatu: ~ kursus bahasa-bahasa asing; ~ kempen kebersihan, manakala menganjurkan 1. memajukan (menyorong, menghulur) ke depan: jangan dianjurkan badan keluar tingkap; 2. mengemukakan, mengesyorkan, menyarankan, mencadangkan, mengusulkan: pengerusi ~ supaya mogok makan; 3. mengadakan: ~ ceramah. 4. Dalam konteks umum, guru besar dieja dengan huruf kecil kerana ia merupakan kata nama am. Walau bagaimanapun, ia perlu ditulis dengan huruf besar jika diikuti oleh kata nama khas. 5. Frasa yang betul ialah dalam kalangan. 6. Baru bermaksud 'just', contohnya baru tiba manakala baharu bermaksud 'new', contohnya seperti buku baharu, baju baharu dll. 7. Tanda koma tidak perlu diletakkan kerana epal, durian dan manggis tergolong dalam kategori yang sama. 8. Perkataan pantai Port Dickson tidak perlu ditulis dengan huruf besar pada perkataan pantai kerana pantai ialah kata nama am. 9. Ejaan yang betul ialah negeri Selangor sahaja. 10. Ejaan yang betul ialah kereta api. 11. Sebuah negeri. 12. Penjodoh bilangan bagi hantu ialah seekor kerana hantu tidak tergolong dalam kumpulan manusia tetapi hanya menyerupai bentuk manusia. | Tatabahasa | 10.03.2010 |
| Saya dari Port Dickson dan mohon lesen perniagaan dari MPPD. Borang lengkap dan lampiran sudah siap tetapi MPPD kata perlu Pengesahan Ejaan Penggunaan Bahasa pada visual iklan premis oleh DBP. Saya pergi website www.dbp.gov.my. Saya tidak dpt sempurnakan kerana butir2 mengelirukan dan tak faham langsung. Saya perlu pertolongan kerana dah 3kali naik turun MPPD utk dpt lesen tapi masih sangkut dgn syarat DBP. Bantuan segera diperlukan. Hand phone saya 011 11660975. | Untuk pengesahan iklan, sila kemukakan permohonan tuan melalui portal DBP Sah Bahasa, iaitu www.dbpsahbahasa.my | Lain-lain | 18.02.2021 |
| Rujukan dalam teks - contoh Dickson-Swift et al. 2008. Adakah ia dikekalkan atau boleh ditukar kepada Diskson-Swift dan lain-lain 2008? | Lebih baik dikekalkan seadanya. | Lain-lain | 10.02.2011 |
| memohon gantung banner di port dickson area !30 helai 2' x 5' pada hari 15/5/15 hingga 14/6/15 | Untuk pengesahan iklan, sila klik domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP", bukannya Khidmat Nasihat Bahasa. | Lain-lain | 06.05.2015 |
| Saya ingin mendapat pandangan & nasihat mengenai cadangan menyedia atau menamakan suatu projek. Sebagai contoh suatu projek membina kemudahan tapak pelupusan telah dicadangkan di atas kawasan tapak ladang kelapa sawit yang telah diambil alih. Maklumat & situasi perkara ini adalah seperti berikut. Lokasi : Tanah Merah, Port Dickson, Negeri Sembilan Pemilik Tanah Asal : Sime Darby Plantation Bhd. Kegunaan Tanah Asal : Ladang kelapa sawit (dinamakan sebagai Ladang Tanah Merah (Tanah Merah Plantation) Tanah Diambil Alih Bagi Tujuan : Cadangan Projek Tapak Pelupusan Sanitari Oleh itu, antara (a) & (b) dibawah, manakah cadangan nama projek/kemudahan yang lebih tepat atau sewajarnya digunakan bagi menyediakan kemudahan berkaitan tapak pelupusan sanitari? a) Projek Tapak Pelupusan Sanitari Di Ladang Tanah Merah, Port Dickson; atau b) Projek Tapak Pelupusan Sanitari Di Tanah Merah, Port Dickson. Sekian, terima kasih. | Pada pandangan kami, cadangan nama projek yang tepat ialah Projek Tapak Pelupusan Sanitari di Tanah Merah, Port Dickson. Berdasarkan penerangan tuan, Ladang Tanah Merah digunakan untuk penanaman kelapa sawit pada kegunaan asal. Bagi kegunaan pelupusan sanitari, aktiviti berbeza dengan kelapa sawit. Penggunaan perkataan Ladang Tanah Merah tidak sesuai digunakan melainkan nama tersebut merupakan nama khas yang sudah didaftarkan atau digazetkan.. | Tatabahasa | 02.09.2014 |
| lesen papan iklan baru klinik mediviron taman orkid, port dickson | Untuk permohonan pengesahan bahasa dalam talian (online), sila layari laman web dbpsahbahasa.my , kemudian daftar ID pengguna dan kata laluan. Setelah itu, boleh teruskan untuk permohonan pengesahan bahasa dan lampirkan sekali visual iklan/papan premis perniagaan anda. Pihak tuan/puan perlu membuat pembayaran sebanyak RM10 terlebih dahulu. Proses pengesahan mengambil masa antara 1 hingga 3 hari waktu bekerja. Cara kedua, pihak tuan/puan boleh datang terus ke kaunter DBP Sah Bahasa di Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa, Kuala Lumpur dengan membawa dua salinan visual iklan (papan premis, kain rentang, gegantung dan sebagainya). Proses penyemakan dan pengesahan akan dilakukan dengan segera di kaunter. | Lain-lain | 08.10.2019 |
| Memohon untuk menukar perkataan kepada format jawi "MAJLIS PERBANDARAN PORT DICKSON" dan dihantar dalam bentuk 'JPEG' untuk digunakan dalam borang-borang dalam sistem. | Lihat Lampiran. | Ejaan | 17.03.2015 |
| memohon gantung banner pada 15/5/15 hingga 14/6/15 di kawasan port dickson ,2 helai 20'x4' | Untuk pengesahan iklan, sila klik domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP", bukannya Khidmat Nasihat Bahasa. | Lain-lain | 06.05.2015 |