Assalamualaikum..apa perbezaan modul dan manual? cth penyediaan modul keibubapaan dan manual keibubapaan..apa bezanya. terima kasih. | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, modul bermaksud unit atau bahagian tersendiri yang lengĀkap dengan komponennya yang melaksanakan fungsi tertentu dan dapat dirangkaikan dengan unit-unit lain dalam sesuatu yang lebih besar; dan juga bermaksud kursus, pelajaran (latihan dan sebagainya) yang dapat dilaksanakan secara tersendiri ke arah pencapaian sesuatu kelayakan atau kemahiran. Manual pula bermaksud buku yang mengandungi panduan dan maklumat untuk melaksanakan sesuatu. | Tatabahasa | 17.12.2020 |