Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata didapati

Puisi
 

Cik Siti menyulam bunga,
     Kain baldu disulam kelingkan;
Sudah didapati tidak berguna,
     Kenapa tak mahu tuan lepaskan.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Yang dikejar tidak dapat,
     yang dikendong berciciran.

Bermaksud :

Keuntungan yang diharapkan tak didapati, sedangkan yang telah ada hilang pula.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
didapatiSoalan anda tidak jelas. Sila kemukakan pertanyaan berkenaan permasalahan bahasa Melayu.Lain-lain09.02.2022
Didapati padanan dalam istilah bahasa melayu bagi 'mortgage property' adalah 'harta gadai janji'. Apakah padanan yang tepat bagi 'mortgage of an immoveable property'? Adakah terdapat istilah bagi perkataan ini?Kami mencadangkan istilah "immovable property mortgage" diterjemahkan sebagai "gadai janji harta tak alih". Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang atau laras bahasa. Istilah17.08.2021
Manakah di antara dua ayat ini betul? (1) Didapati sampel adalah tercemar. (2) Sampel didapati tercemar.Ayat yang lebih tepat ialah ayat kedua: Sampel didapati tercemar.Tatabahasa19.04.2016
maklumat boleh didapati melalui laman web ABE di www.abeuk.co.uk maklumat boleh didapati melalui di laman web www.abeuk.co.uk Ayat mana yang betul?

Puan Azian,

Ayat yang betul ialah "maklumat boleh didapati melalui laman web www..."

Tatabahasa10.02.2010
Yang manakah struktur perbandingan yang lebih sesuai?
[A] A didapati berbeza dengan B.
[B] A didapati berbeza daripada B.

*Soalan ini untuk pilihan struktur alternatif selain "A didapati berbeza berbanding B.

Jawapan yang betul ialah A didapati berbeza daripada B.

Tatabahasa25.06.2024
Salam Sejahtera Didapati ada penulisan dalam siaran media cetak/online yang mengunakan ejaan Kaum Batek bukan seperti yang ada daftar istilah iaitu Kaum Bateq. Adakah ejaan kaum Batek boleh digunakan?Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, ejaan yang betul ialah Bateq.Ejaan18.07.2019
Makanan pedas didapati berupaya menjadi agen yang merangsang selera makan dengan menggalakkan peredaran air liur dan jus gastrik. apakah jenis ayat ini? pendedahan atau penghujahanJenis ayat ini ialah ayat penyata yang mendedahkan sesuatu fakta.Lain-lain15.01.2015
Tuan, sekarang didapati kebanyakan surat menyurat telah tidak lagi menggunakan tanda koma (,) dan noktah (.) di dalam alamat surat menyurat. Contohnya: Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli Negeri Kelantan dan Terengganu Aras 6 Wisma Persekutuan Jalan Bayam 16100 Kota Bharu Apa yang saya belajar dahulu, apabila di setiap hujung lamat yang kita taip mesti dimasukkan tanda koma dan noktah. Apakah pendirian DBP sekarang? mana yang betul dan mana yang sebaliknya? Terima kasih.Dari aspek bahasa penggunaan tanda koma dan noktah dalam alamat surat dikekalkan. Walau bagaimanpun Pos Malaysia tidak menggunakan tanda tersebut kerana alamat surat-menyurat ditulis dalam baris-baris berbeza. Cadangan kami, jika tuan mengekalkan tanda tersebut, penggunaannya harus lengkap (ada koma dan noktah) dan tekal pada semua alamat.Lain-lain22.04.2012
Seorang pekerja didapati positif mengambil ganja semasa menjalankan ujian air kencing. Bila ditanya adakah dia mengambil ganja?...dia lalu berkata ' saya tak tegar'. Diharap pihak tuan dapat menjelaskan dengan terperinci apakah maksud 'dia tak tegar'. Terima kasih

Makna tegar berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat: 1. tidak dapat dilenturkan, keras kaku; 2. ki tidak dapat diubah (pendirian, pendapat, dll), degil: mereka mempunyai pandangan yg ~; ~ hati = ~ tengkuk tidak mahu menurut (mengalah dll), keras hati, keras kepala, degil; ~ pelupuk mata berani; tanah ~ tanah kering yg keras;

Makna05.04.2009
Yang mana lebih tepat : 1. "Daripada soal selidik yang dijalankan didapati ..." atau "Dari soal selidik yang dijalankan didapati ...." 2. "Dari aspek kemudahan masyarakat pula ....." atau "Daripada aspek kemudahan masyarakat pula" 3. "... dengan diameter antara 7 hingga 8 meter" atau "... dengan diameter di antara 7 hingga 8 meter"Yang betul ialah - 1. "Daripada soal selidik yang dijalankan didapati ...",  2. "Dari aspek kemudahan masyarakat pula ....."  3. "... dengan diameter antara 7 hingga 8 meter" .Tatabahasa15.04.2009
12345678910...

Kembali ke atas