Salam sejahtera, Tim penyelidik kami menjalankan kajian tentang 'period poverty' iaitu situasi di mana seseorang individu mempunyai kekurangan utk mendapatkan keperluan menstruasi. Contohnya, tidak cukup pad/tampon, tiada akses kpd pad/tampon atau tidak mampu membelinya. Keadaan ini menyebabkan pelbagai masalah sosial seperti: a) malu utk ke sekolah semasa didatangi haid b) penggunaan yang tidak sanitasi (ulang guna, tidak menukar dengan kerap c)menggunakan bahan2 yg tidak sanitasi seperti sabut kelapa, surat khabar. Soalannya: Apakah translasi utk 'period poverty' dalam Bahasa Melayu? Terima kasih. | Cadangan padanan terjemahan bagi period poverty ialah kekangan produk menstruasi atau kekangan kelengkapan peribadi wanita. | Lain-lain | 10.12.2020 |