pengertian inap desa / homestay dan pengertian eko pelancongan | Dalam Glosari Pelancongan terbitan DBP, homestay (inap desa) didefinisikan sebagai 'Cara penginapan alternatif biasanya bersama-sama sebuah keluarga untuk tempoh tertentu'. Homestay programme didefinisikan sebagai 'Program pelancongan yang diatur supaya pelancong tinggal bersama keluarga tempatan'. Ekopelancongan pula didefinisikan sebagai 'Pelancongan yang berasaskan alam semula jadi seperti hutan tropika, pantai, pulau, bukit, taman, laut dan sebagainya'. | Istilah | 08.02.2012 |
Adakah keasalahan dalam perenggan ini? Apakah itu buli.Menurut Dewan Bahasa dan Pustaka,buli didefinisikan sebagai menyakitkan hati seseorang dengan perbuatan dan perkataan.Sejak kebelakangan ini,kes buli meningkat secara merabak dan dapat diperlihatkan pada dada akhbar.Isu buli turut mendapat perhatian media massa dan menjadi buah mulut masyarakat.Isu buli juga membimbangkan ibu bapa dan kerajaan.Umumnya mengapakah isu buli semakin meningkat dan apakah faktor-faktor yang menggalakkan remaja terjebak dalam isu ini? | Apakah itu buli? Menurut Kamus Dewan, buli didefinisikan sebagai menyakitkan hati seseorang dengan perbuatan dan perkataan. Sejak kebelakangan ini, kes buli semakin meningkat. Isu buli turut mendapat perhatian media massa dan menjadi buah mulut masyarakat. Isu buli juga membimbangkan ibu bapa dan kerajaan. Umumnya mengapakah isu buli semakin meningkat dan apakah faktor-faktor yang menggalakkan remaja terjebak dalam isu ini? Untuk makluman tuan, kami tidak menyediakan perkhidmatan menyemak dokumen (walau dihantar satu demi satu). Pada masa akan datang, sila rujuk Kamus Dewan (boleh dilayari melalui laman www.prpm.dbp.gov.my) dan buku Tatabahasa Dewan. | Tatabahasa | 28.09.2015 |
definisi & pengenalan rompakan | Rompakan didefinisikan sebagai mencuri dengan cara memecah rumah orang, mengambil barang orang secara paksa atau perampasan barang dan harta secara paksa. | Makna | 12.01.2007 |
MAKSUD ISTILAH "RESOLUSI POSITIF" | Resolusi positif boleh didefinisikan keputusan rasmi yang dicapai dalam sesuatu mesyuarat atau persidangan yang bersifat sesuatu yang baik dan mendatangkan manfaat. | Makna | 12.02.2007 |
Saya difahamkan daripada Tatabahasa Dewan bahawa awalan peN- bervariasi dengan pel- didefinisikan hanya sebagai: bergabung dengan kata dasar 'ajar' menjadi 'pelajar' untuk menandakan makna orang yang menerima kerja mengajar atau orang yang melakukan kerja belajar. Ini bererti hanya pada kata 'ajar' yang boleh diaplikasikan hukum ini. Maka, saya ingin bertanya bagaimana pula dengan hukum yang mendasari perkataan 'pelbagai'? Adakah ini bermakna bahawa 'pelbagai' tidak tergolong kategori [peN- bervariasi pel-] seperti di atas, dan oleh hal yang demikian 'pelbagai' bukan merupakan kata terbitan? | Terdapat kekecualian apabila awalan peR- diimbuhkan kepada kata dasar ajar sahaja. Imbuhan tersebut akan berubah menjadi pel-. Lihat contoh: per- + ajar = pelajar Kata "Pelbagai" tergolong dalam kata tunggal dan tidak menerima sebarang imbuhan. Justeru, kata tersebut tidak boleh digolongkan dalam variasi awalan peR- tersebut. | Tatabahasa | 01.08.2018 |
Apakah kata ganda berima bagi jerih | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, jerih didefinisikan sebagai lelah, payah. Lazimnya kata "jerih" sering diikuti dengan perkataan "perih" tetapi "jerih perih" ialah kata majmuk yang mendukung maksud kiasan, iaitu simpulan bahasa, bukan kata ganda berentak yang menggandakan kata dasar mengikut rentak bunyi tertentu dalam kata dasar tersebut, contohnya sayur-mayur, lauk-pauk, saudara-mara, lintang-pukang dan anak-pinak. Saudara boleh merujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi ketiga, halaman 135 atau buku Kata Ganda Bahasa Melayu: Tinjauan Bentuk Berdasarkan Data Korpus, terbitan DBP. | Istilah | 21.02.2009 |
APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN GANGGUAN BAHASA? | Gangguan bermakna sesuatu yang mengganggu atau halangan. Gangguan bahasa boleh didefinisikan sebagai sesuatu yang mengganggu yang menyebabkan sesuatu bahasa itu mengalami halangan untuk disebarkan atau untuk dipelajari. Untuk penjelasan lanjut, sila rujuk pusat bahasa di institusi pengajian tinggi awam. | Makna | 19.07.2008 |
APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN MENGELAKKAN GANGGUAN BAHASA? | Gangguan bermakna sesuatu yang mengganggu atau halangan. Gangguan bahasa boleh didefinisikan sebagai sesuatu yang mengganggu yang menyebabkan sesuatu bahasa itu mengalami halangan untuk disebarkan atau untuk dipelajari. Untuk penjelasan lanjut, sila rujuk pusat bahasa di institusi pengajian tinggi awam | Makna | 19.07.2008 |
Assalamualaikum wbt. Saya ingin bertanya, apakah maksud sebenar 'menguji terima'. Ini seringkali digunakan dalam kontrak kerajaan di mana ianya tidak didefinisikan dalam kontrak itu sendiri. Oleh itu, orang sentiasa tertukar maksud 'menguji terima' dan 'menyelenggara'. Saya juga ingin bertanya apakah terjemahan terma ini di dalam bahasa Inggeris? Oleh itu, ingin meminta bantuan pihak Tuan/Puan untuk perkara ini. Sekian, terima kasih. | Waalaikumsalam, Untuk makluman tuan/puan perkataan/istilah “menguji terima” tidak terdapat dalam pangkalan data DBP , oleh itu, sila berikan ayat penuh atau istilah dalam bahasa Inggeris supaya pihak kami boleh memberikan konsep dan terjemahan yang betul dalam bahasa Melayu. | Istilah | 19.09.2018 |
Definisi perkataan "street food" dalam Bahasa Kebangsaan. Perkataan ini ditafsirkan secara berasingan dalam Kamus Dewan Bahasa dan secara literal boleh didefinisikan sebagai "makanan jalanan". Niat Pihak Berkuasa Negeri untuk memasukkan makanan-makan yang dijual oleh penjaja kecil termasuk di "food court". Pohon bantuan definisi yang tepat yang boleh digunakan | Untuk makluman, belum ada definisi yang khusus untuk "street food" dalam pangkalan data kami. Kami mencadangkan puan menghubungi Bahagian Peristilahan dan Leksikologi untuk mendapatkan definisi yang sesuai. Nombor telefon bahagian tersebut ialah 03-21479166/21479159/21479158. | Istilah | 22.07.2014 |