Assalamu alaikum. Slogan yang mana satu lebih tepat? 1. Jauh didekatkan, ukhuwwah dipereratkan 2. Yang jauh didekatkan, ukhuwwah dipereratkan Atau ayat lain yang lebih tepat. Wassalam. Terima kasih. | Slogan yang tepat dari aspek tatabahasa ialah “Yang jauh didekatkan, ukhuwah dipererat”. | Tatabahasa | 09.03.2014 |
Ingin tahu ejaan yang betul untuk: 1) insya allah. Perlu didekatkan atau jarak? 2) hamba-hamba Ku. "Ku" merujuk kepada Tuhan. Perlu dijarak atau didekatkan perkataan "Ku"? 3) Tuhan ku. "Ku" merujuk kepada aku. Perlu dijarak atau didekatkan? Sekia, terima kasih. | Saudara, Ejaan yang betul ialah : i. insya-Allah ii. hamba-hamba-Ku iii. Tuhanku | Ejaan | 08.11.2010 |
"Jambatan Palekbang - Penambang" atau "Jambatan Palekbang-Penambang"? (Penggunaan "-" sama ada didekatkan atau dijarakkan) | Ejaan yang betul ialah "Jambatan Palekbang-Penambang" (Penggunaan "-" didekatkan) | Ejaan | 05.11.2020 |
penggunaan perkataan "pun" contonhya itu pun, lagipun, walaupun, dia pun, ataupun. Penggunaan yang mana betul? harus didekatkan atau dijarakkan ejaan pun itu? Apa bezanya di dekatkan atau di jarakkan? Rujukkan dalam DBP ada yang ejaan didekatkan ada ejaan yang di jarakakan untuk perkataan yang sama. | Pun sebagai kata penyerta dieja rapat seperti walaupun, meskipun dan kendatipun. Pun yang bermaksud juga dieja terpisah daripada kata sebelumnya seperti telah pun dan dia pun. | Tatabahasa | 18.01.2012 |
Maaf, tuan/puan. Saya ingin mengajukan soalan. Adakah perkataan selepas garis miring "/" perlu dijarakkan atau didekatkan? Seperti contoh, "komputer/ table" atau "komputer/tablet".Mohon pencerahan daripada pihak DBP. Sekian, terima kasih. | Perkataan selepas garis miring atau tanda palang "/" perlu didekatkan atau dirapatkan dengan perkataan sebelum dan selepasnya. Contoh: komputer/tablet | Ejaan | 30.09.2020 |
Ejaan matapelajaran perlu didekatkan atau dijarangkan? | Ejaan perlu dijarakkan iaitu Mata Pelajaran | Tatabahasa | 28.11.2016 |
Penggunaan kata 'pun' ... penggunaannya yang perlu didekatkan dan dijarakkan. | Penggunaan partikel pun hendaklah dirapatkan dengan kata sebelumnya, seperti walaupun, sungguhpun dan kendatipun, kecuali pun yang bermaksud juga, contohnya dia pun (juga) dan Ahmad pun (juga). | Tatabahasa | 04.03.2010 |
Singkatan bagi nama jenis tahun perlukah dijarakkan atau didekatkan? Contoh, 2015M/1436H atau 2015 M/1436 H? | Penggunaan jarak yang betul ialah 2015M/1436H | Lain-lain | 16.09.2015 |
Bagaimana perkataan 'pra persembahan' ditulis? adakah ia dijarakkan, didekatkan atau ditambah 'dash' seperti 'pra-persembahan'? adakah kata 'pra' mempunyai cara umum untuk menggunakannya? | Awalan pra- ialah awalan produktif yang menerbitkan kata nama untuk membawa pengertian sebelum atau syarat kepada sesuatu yang mengikutinya. Seperti imbuhan lain, awalan pra- dieja rapat dengan perkataan yang mengikutinya. Contohnya: prapersembahan, prasiswazah, prasangka, prauniversiti, dan prasarana. Lihat halaman 305-306 buku Tatabahasa Dewan. | Tatabahasa | 05.05.2014 |
saya nak tahu ejaan bagi "alat tulis" perlu didekatkan atau dijauhkan? | Ejaan yang betul ialah alat tulis. | Ejaan | 05.12.2012 |