| 1. Saya ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai BAHASA BERIRAMA (salah satu puisi tradisional kita). 2. Bagaimanakah puisi tradisional ini didendangkan? 3. Semasa BAHASA BERIRAMA didendangkan apakah alat muzik yang sesuai digunakan? 4. Sertakan bersama contoh BAHASA BERIRAMA sekiranya ada? maz's Terima kasih | 1. Bahasa beirama ialah sejenis puisi lisan Melayu yang tertua. Bahasa berirama ini biasanya digunakan dalam cerita-cerita rakyat seperti cerita lipur lara atau cerita-cerita Kaba di Minangkabau. Bahasa berirama mengandung irama teratur dan kuat. dalam ungkapan ini irama sangat dipentingkan, diciptakan melalui susunan baris yang pendek. Lukisannya dulang-ulang dengan berbagai-bagai perumpamaan yang mengandung pengertian yang sama. 2. Sila dapatkan CD Roslan Madun, iaitu salah seorang aktivis dan penyanyi lagu rakyat. 3. Lazimnya alat muzik yang asas digunakan ialah gendang. 4. Sila rujuk buku Hikayat Awang Sulung Merah Muda, Hikayat Raja Muda, Hikayat Malim Deman. | Lain-lain | 08.05.2008 |
| Tuan, didalam buku aturcara yang dihadiri oleh Sultan terdapat Nanyian Lagu Negara Ku dan lagu Negeri adakah betul didalam buku aturcara disebut Lagu Negara Ku di mainkan atau didendangkan atau tidak disebut terus, apa pandangan tuan, terima kasih | Dalam senarai atur cara yang betul ialah Nyanyian Lagu Negaraku, bermaksud tidak hanya lagu negaraku dimainkan tetapi hadirin bersama-sama menyanyikan lagu tersebut. | Lain-lain | 17.02.2010 |
| BERIKAN PENGERTIAN GURINDAM DAN ASAL-USUL SERTA CONTOH GURINDAM YANG BIASA DIPERDENGARKAN | Istilah gurindam berasal daripada bahasa Sanskrit. Walaupun nama gurindam itu mempunyai pengaruh bahasa asing, namun bentuk gurindam itu diciptakan oleh masyarakat Melayu sendiri dan berkembang dalam tradisi lisan Melayu. Menurut Za'ba, gurindam ialah sejenis puisi yang tidak mengandung sukatan yang tetap. Puisi ini mengandung fikiran yang bernas dan digubah dalam bahasa yang indah untuk dinyanyikan bagi tujuan hiburan. Gurindam yang biasa diperkatakan dan dijadikan contoh terbaik sama ada dalam penciptaan atau didendangkan ialah Gurindam Dua Belas ciptaan Raja Ali Haji. | Lain-lain | 04.12.2008 |