Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata didengarinya


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
"Inspektor Gajah terkejut dengan/akan apa yang didengarinya." Yang manakah kata sendi yang betul untuk ayat di atas? Selain itu, adakah "apa" boleh digunakan dalam konteks ayat di atas? Bagaimana pula dengan "siapa" dalam ayat berikut: "Saya tidak tahu siapa mencuri dompet saya." Terima kasih.

Ayat yang betul "Inspektor Gajah terkejut dengan berita yang didengarinya." - apa adalah untuk ayat tanya

"Saya tidak tahu siapakah yang mencuri dompet saya."

Tatabahasa16.06.2011
"Tumpang bertanya, bagaimana untuk menggunakan imbuhan 'i'. Contoh : didengari. Contoh ayat: 1. Seseorang boleh mendapat maklumat dari apa yang telah didengarinya. Atau.. 2. Seseorang boleh mendapat maklumat dari apa yang telah didengarnya. Mohon penjelelasan. Terima kasih."Tumpang bertanya, bagaimana untuk menggunakan imbuhan 'i'. Contoh : didengari. Contoh ayat: Imbuhan 'i' boleh bergabung dengan semua kata utama, iaitu kata nama, kata kerja, kata adjektif dan kata tugas untuk membentuk kata kata kerja. akhiran-i akan membentuk kata kerja ktransitif dan wujud dengan awalan Men- atau -di. Kata kweja yang hadir dengan akhiran -i tanpa awalan wujud hanya dalam dua bentuk iaitu : (i) dalam ayat pasif bagi orang pertama dan kedua (ii) dalam ayat suruhan. Contoh yang dikemukakan harus diteliti sebagai apitan di-...-i bukan sebgai akhiran -i semata-mata. Ayat yang betul ialah : Seseorang boleh mendapatkan maklumat daripada sumber yang didengarnya. Bentuk di-...-i ialah bentuk pasif bagi meN-...-i. Benrmaksud perkataan yang berimbuhan di-...-i harus diikuti dengan perkataan oleh. Sila rujuk Tatabahasa Dewan muka surat 186 dan 208.Tatabahasa06.10.2013

Kembali ke atas