Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[di.dih] | ديديه

Definisi : ; mendidih, berdidih ark 1. meruap atau meluap-luap kerana dipanaskan, meng­gelegak: air di dlm kawah itu sedang ~; 2. ki marah sekali (bkn perasaan): Hayati makin radang, ~ rasa darahnya; 3. ki berkobar-kobar, meluap-luap, berapi-api (bkn se­mangat); mendidihkan 1. memasak (memanaskan) air dll hingga mendidih; 2. menjadikan berkobar-kobar (semangat): keberaniannya menentang kezaliman itu ~ darah ke­perwiraan dlm jasad bangsanya; pendidihan perihal atau proses men­di­dih(kan). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[di.dih] | ديديه

Definisi : ; mendidih meruap kerana terlalu panas; menggelegak: Air akan ~ apabila suhunya meningkat kpd 100o Celsius atau 212 o Fahrenheit. darah (hati) ~ marah sekali. mendidihkan memasak (memanaskan) air dll hingga mendidih. pendidihan perihal mendidih atau mendidihkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata didih


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum. Saya ingin mengetahui perbezaan antara istilah 'rebus' dan 'didih'. Adakah kedua-dua istilah tersebut bersinonim? Soalan seterusnya, adakah teedapat sebarang bahan rujukan yang diterbitkan bagi istilah laras masakan seperti istilah-istilah lain yang mempunyai kamus istilah tersendiri?Rebus - bermaksud memasak sesuatu dalam air, didih - mendidih bermaksud meruap atau meluap-luap kerana dipanaskan. Berdasarkan huraian tersebut, kedua-dua perkataan ini membawa maksud yang berbeza. Untuk mendapatkan makna kata layari laman web kami www.prpm.dbp.gov.my dan pada ruangan CARI tulis kata kunci kata berkenaan.Lain-lain29.08.2016
Kami ingin memohon nasihat berkenaan ayat “Tea dust, tea fanning or tea sifting shall be the dust, fanning or sifting of tea” dalam ayat di bawah ini yang dipadankan dengan “Serbuk teh, teh kipasan atau teh ayak hendaklah serbuk, kipasan atau ayakan teh”. Adakah ayat ini menunjukkan serbuk teh, teh kipasan atau teh ayak itu melalui proses penyerbukan, kipasan atau ayakan (perbuatan)? atau serbuk teh, teh kipasan atau teh ayak itu ialah serbuk, kipasan atau ayakan teh (kata nama). Tea dust, tea fanning or tea sifting 261. Tea dust, tea fanning or tea sifting shall be the dust, fanning or sifting of tea as specified in regulation 260. Tea dust shall pass through holes of 0.707 mm size (707 µm). It shall not yield more than 5 per cent of ash insoluble in boiling water. For all other purposes, it shall comply with the standard for tea prescribed in regulation 260. Serbuk teh, teh kipasan atau teh ayak 261. Serbuk teh, teh kipasan atau teh ayak hendaklah serbuk, kipasan atau ayakan teh yang dinyatakan dalam peraturan 260. Serbuk teh hendaklah boleh melalui lubang bersaiz 0.707 mm (707 µm). Ia tidak boleh menghasilkan lebih daripada 5 peratus abu tidak larut dalam air didih. Bagi apa-apa maksud lain ia hendaklah mematuhi standard bagi teh yang ditetapkan dalam peraturan 260.Sila rujuk lampiran.Makna01.07.2021

Kembali ke atas