Boleh saya tahu apa perkataan yang sesuai untuk "DIE-LINE MOCKUP"? Perkataan tersebut digunakan di dalam bidang pencetakan. | Perkataan Die-Line Mockup tiada dalam pangkalan data DBP. Namun daripada contoh pembentukan istilah yang berkaitan dengan "Die Line" kami mencadangkan padanan "Contoh Garis Terap". Kami sertakan juga contoh istilah yang berkaitan untuk makluman pihak puan selanjutnya: - die cut line - garis potong terap
- die cut (graphic) - potong terap
- mock up - contoh, model kasar
| Istilah | 08.12.2018 |
Why do fish die when they leave the water? Mengapakah ikan akan mati apabila tidak berada di dalam air? adakah ayat terjemahan tersebut gramatis? | Why do fish die when they leave the water? Mengapakah ikan akan mati apabila tidak berada di dalam air? Terjemahan ini boleh digunakan. | Lain-lain | 09.08.2018 |
Salam sejahtera Tuan/Puan. Saya ingin meminta cadangan mengenai terjemahan bagi istilah "Alloy Closed Die Machined Forging Manufacturing Machinery". Sekian, terima kasih. | terjemahan yang dicadangkan bagi alloy closed die machined forging manufacturing machinery ialah mesin pembuatan tempaan acuan bertutup aloi | Istilah | 08.01.2016 |
Salam sejahtera tuan/puan. Sukacita sekiranya pihak tuan dapat memberikan terjemahan bagi istilah-istilah berikut: 1. Potato Rumbler 2. Pie Die 3. Pizza Dough Docker 4. Bratt Pan 5. Proofing Oven 6. Chef Blowtorch Sekian, terima kasih. | Padanan bahasa Melayu yang dicadangkan adalah seperti yang berikut: 1. Potato Rumbler - Pengupas kentang 2. Pie Die - Acuan Pai 3. Pizza Dough Docker - Pencucuk Doh Piza 4. Bratt Pan - Alat Memasak Bratt 5. Proofing Oven - Ketuhar Penaikan Doh 6. Chef Blowtorch - Penunu Bagas | Istilah | 23.03.2016 |
Mohon semakkan terjemahan di bawah. "My, I get to live in an apartment building before I die." Terjemahan: "Wah, saya dapat tinggal di dalam / dalam apartmen sebelum meninggal." Adakah penggunaan "di dalam" betul dalam konteks ini kerana frasa "di dalam" digunakan di hadapan kata yang menunjukkan ada ruang. Atau adakah dalam apartmen sudah memadai? Bagaimana pula dengan terjemahan "underwater world"? Adakah "dunia dalam air" atau "dunia di dalam air" yang lebih tepat? Kebanyakan Istilah MABBIM yang direkodkan membuang perkataan "di", contohnya seperti underwater environment menjadi "alam sekitar bawah air". Mohon penjelasan. Terima kasih. | Terjemahan bahasa Melayu untuk ayat My, I get to live in an apartment building before I die ialah "Akhirnya, saya dapat tinggal di dalam apartmen sebelum meninggal". Untuk pengetahuan puan, "di dalam" digunakan untuk menunjukkan tempat yang boleh dilihat secara fizikal ruang dalamnya, manakala "dalam" pula menunjukkan kedudukan sesuatu yang bersifat abstrak. Untuk soalan seterusnya, padanan bahasa Melayu untuk "underwater world" ialah dunia bawah air. | Tatabahasa | 10.02.2022 |
Maklumat yang telah dilengkapkan dan dikemaskini hendaklah die-melkan ke Bahagian ini selewat – lewatnya pada 27 Mac 2014, Khamis bagi tujuan penyelarasan menerusi e-mel kepada mirsha@kkr.gov.my | Mohon kemukakan soalan puan dengan jelas. | Lain-lain | 19.03.2014 |
Bagaimana diterjemah 'what if'? Contoh, 'What if you die?'. Adakah terjemahannya, 'Bagaimana jika awak mati?'. | Kami mencadangkan “what if” diterjemahkan kepada “Bagaimana kalau” atau “Bagaimana jika” | Lain-lain | 10.10.2022 |
Mohon semak ayat berikut. Surat panggilan temuduga akan die-mel atau Surat panggilan temuduga akan di e-mel. Terima kasih. | Surat panggilan temuduga akan di-e-melkan. | Tatabahasa | 26.08.2016 |
Salam sejahtera Tuan/Puan. Apakah terjemahan yang sesuai bagi istilah 'Machined Impression Die Forging'? | Padanan yang dicadangkan ialah tempaan acuan teraan mesin. | Istilah | 19.01.2016 |
Zaliza Sulaiman THURS 19:36 Assalamualaikum..maaf..saya ingin bertanye..jika ingin menyertai pertandingan yang dianjurkan oleh dewan bahasa dan pustaka macam maner cara die?cth pertandingan deklamasi sajak,pidato,bercerita sekolah rendah | Kegiatan kebahasaan anjuran DBP diuar-uarkan melalui laman web kami. Sila layari laman web kami dari semasa ke semasa untuk mengemas kini kegiatan anjuran kami. | Lain-lain | 02.02.2017 |