Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dieja


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Mengapa perkataan 'ada kala' dieja jauh sedangkan 'kadangkala' dieja dekat ? Begitu juga dengan ejaan 'sering kali' dieja jauh sedangkan 'barangkali' dieja dekat ?Terdapat sebilangan kecil bentuk kata majmuk yang penggunaannya sudah dianggap mantap sebagai satu perkataan yang utuh, walaupun bentuk kata tersebut ternyata mengandungi dua kata dasar. Perkataan kadangkala dan barangkala merupakan sebahagian daripada kata majmuk yang tersebut (rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 74).Tatabahasa09.04.2010
bagaimana perkataan ini dieja. perlu dieja dekat atau dijarakkan 1. sekaligus atau sekali gus 2. keretapi atau kereta api 3. penambahbaikan atau penambah baikan 4. lalu lintas atau lalulintas 5.kemas kini atau kemaskini 6.Projek Landasan Keretapi Berkembar atau dieja dengan huruf kecil 7. pempiawaian atau pemiawaian 8. Rangkaian Kereta api Ekspres atau dieja dengan huruf kecil rangkaian Kereta api ekspres 9. Sistem Transit Aliran Ringan dieja dengan huruf kecil sistem transit aliran ringan 10.adakah Projek Landasan Keretapi Berkembar sebagai nama khas 11.adakah Rangkaian Kereta api Ekspres (ERL) sebagai nama khas1. sekali gus. 2.kereta api. 3.penambahbaikan. 4. lalu lintas. 5. kemas kini. 6. Projek Kereta Api Berkembar. 7. pemiawaian. 8. Rangkaian Kereta APi Ekspres. 9. Sistem Transit Aliran Ringan. 10. Kata nama khas. 12. Kata nama khas.Tatabahasa20.05.2010
Tuan, Terdapat penggunaan perkataan "kerajaan" yang dieja "Kerajaan" termasuk dalam surat pekeliling kerajaan. Adakah perlu dieja sebegitu atau dieja dengan huruf kecil sahaja iaitu "kerajaan"? Terima kasih.Pada umumnya kerajaan dieja dengan huruf kecil, kecuali jika merujuk/mewakili Kerajaan Malaysia; contohnya dalam ayat pertama disebut Kerajaan Malaysia tetapi dalam ayat seterusnya hanya ditulis Kerajaan sahaja.Ejaan21.09.2012
Salam sejahtera. Bagaimanakah mengeja perkataan yang mempunyai vokal berganding seperti suis? Dieja [su] + [is] atau dieja sekaligus [suis]? Atau kedua-dua cara mengeja pun betul? Terima kasih.Perkataan suis merupakan dua suku iaitu dieja [su] + [is]. Sebutannya ialah [suis]. Ejaan dan sebutan merupakan perkara yang berbeza.  Sila rujuk buku Daftar Kata Bahasa Melayu Rumi- Sebutan- Jawi untuk lebih lanjut.Tatabahasa07.03.2013
Ahmad Afendiyevich Kamalov SUN 09:38 Assalamualaikum dan salam sejahtera, Saya ingin tanya soalan tentang ejaan Jawi Mengapakah sesetengah kata pinjaman Arab dieja dengan ejaan yang berbeza dari ejaan asal dalam bahasa Arab? Misalnya, perkataan "wabak" dieja "وابق" dalam tulisan Jawi tetapi dieja "وباء" dalam bahasa Arab asalnya. Perkataan "ingkar" dieja "ايڠکر" dalam bahasa Melayu, tetapi dieja "إنكار" dalam bahasa Arab. Kafir dieja "کافير" walaupun tiada ya dalam kalimat Arab asalnya. Sedangkan kata lawannya muslim dieja seperti perkataan Arab asalnya "مسلم". Adakah DBP maklum tentang perbezaan ini? Jika ya, mengapakah ia harus dieja dengan ejaan berbeza walaupun perkataan ini berasal dari bahasa Arab? Saya harap DBP mampu membalas mesej saya. Terima kasih.Untuk makluman tuan, kata serapan daripada bahasa Arab yang tergolong dalam istilah agama atau yang berkaitan dengan aktiviti agama Islam, ejaan Jawinya dikekalkan seperti ejaan Arab, seperti معاملة. Kata serapan daripada bahasa Arab yang tergolong dalam kata umum disesuaikan ejaan Jawinya mengikut sebutan dalam bahasa Melayu, seperti وابق.Ejaan16.04.2017
Kenapa apa pun tidak boleh dieja dekat (apapun)? Apa bezanya dengan 13 perkataan lain yang boleh dieja dekat tu?

Kata "pun" sebagai partikel dieja rapat seperti walaupun dan sungguhpun, manakala "pun" yang bermaksud juga dieja terpisah seperti dia pun dan telah pun.

Tatabahasa16.08.2011
tuan, saya dapati perkataan "bumi" dieja dengan huruf kecil (kata nama am) tetapi nama planet lain, dieja sebagai kata nama khas.MOhon penjelasan tuan

Bumi dieja dengan huruf besar jika merujuk kepada salah satu planet dalam sistem suria. Sekiranya merujuk kepada permukaan bumi atau tanah, dieja dengan huruf kecil.

Ejaan21.09.2011
1. Ejaan bagi kilometer, kilogram, sentimeter dan sepuluh ringgit perlu dieja secara penuh atau singkatan? 2. Bagi nombor perlu dieja dengan perkataan atau angka? terima kasih...

1. Boleh dieja penuh ataupun menggunakan singkatan.

2. Nombor yang kurang daripada 10 hendaklah dieja sepenuhnya. 

Ejaan22.05.2009
salam, tuan mengapa ejaan meng-e-melkan dieja seperti ini tidak dieja menge-melkan. mohon penjelasanTerdapat dua tanda sempang pada ejaan 'meng-e-melkan' adalah untuk mengasingkan ejaan perkataan 'e-mel' daripada imbuhan 'meng-' supaya sebutannya tidak menjadi me.nge.mel.kan. Sebutan yang betul ialah meng.e.mel.kan. Ejaan18.04.2011
Mengapa di laman PRPM (kategori Ensiklopedia) di bawah tajuk 'Isocrates', perkataan 'walau bagaimanapun' dieja sebagai 'WALAUBAGAIMANAPUN'? Begitu juga perkataan 'pro rata'. Ejaan yang manakah betul sama ada 'prorata' atau 'pro rata'? Di ruangan 'Kamus Bahasa Melayu' dieja 'pro rata' sedangkan di ruangan 'Istilah Malaysia' dieja 'prorata'. Ejaan 'sama ada' atau 'samada' yang betul? Di ruangan 'Istilah Malaysia' dieja 'samada' manakala di ruangan 'Kamus Bahasa Melayu' dieja 'sama ada'.

Ejaan yang betul ialah 'walau bagaimanapun', 'sama ada', 'prorata' dan 'pro rata'. Sebagai kata umum dan istilah pentadbiran perniagaan 'prorata' dieja dalam satu perkataan, manakala dalam bidang undang-undang 'pro rata'  dikekalkan ejaan seperti dalam bahasa sumber (Latin) - dieja dua perkataan dan ditulis condong.

Ejaan12.04.2011
12345678910...

Kembali ke atas