Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dielakkan

Peribahasa

Susu di dada tak dapat dielakkan.

Bermaksud :

Nasib yang tak dapat ditolak.

 

Lihat selanjutnya...(9)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1. Pandulah kenderaan ikut peraturan supaya kemalangan jalan raya dapat dielakkan. 2. Pandulah kenderaan mengikut peraturan supaya kemalangan jalan raya dapat dielakkan. Ayat yang mana betul? Tolong berikan penjelasan. Terima kasih.Pandulah kenderaan mengikut peraturan supaya kemalangan jalan raya dapat dielakkan. Kata kerja mengikut mendukung maksud perbuatan "ikut" dan melengkapkan makna ayat tersebut.Tatabahasa10.08.2011
Pandulah kenderaan mengikut peraturan supaya kemalangan dapat dielakkan.Adakah imbuhan meng- dalam kata kerja "mengikut" perlu digugurkan kerana kata kerja yang digunakan dalam ayat perintah itu bersifat transitif, maka kata kerja tersebut berbentuk dasar sahaja. Contohnya, Pandulah kenderaan ikut peraturan supaya kemalangan dapat dielakkan.Kata kerja mengikut dalam ayat perintah ini betul. Dalam ayat ini terdapat dua kata kerja transitif, iaitu pandu dan ikut (mengikut) dan tindakan yang perlu dilakukan dalam ayat perintah ini telah dijelaskan dalam kata kerja transitif pertama, iaitu pandulah (kenderaan) dan mengikut, kata kerja transitif yang mendukung maksud melakukan sesuatu. Oleh itu, kata kerja mengikut (dengan awalan meN-) tidak dapat digugurkan seperti kata kerja transitif yang pertama.Tatabahasa11.08.2011
kejadian itu mungkin dapat dielakkan setelah langkah mencegah dibuat sejak lebih awal lagi. tuan, jika langkah mencegah dibuat dari awal lagi atau jika langkah pencegahan dibuat dari awal lagi atau lagipun, tuan...sejak awal lagi dan dari awal ladi...apakah perbezaan antara kedua-dua ini? tq

Penggunaan kata yang betul ialah "langkah mencegah" atau "pencegahan" (tidak perlu didahului oleh kata langkah) dan "sejak awal" atau "dari awal" (bukan sejak dari awal kerana antara makna sejak ialah dari).

Tatabahasa18.09.2011
"Setiap pengguna jalan raya perlu saling menghormati. Justeru, sebarang perkara yang tidak diingini dapat dielakkan." Adakah penggunaan perkataan "justeru" gramatis dalam ayat di atas?Justeru membawa maksud kebetulan atau malahan, untuk melihat contoh penggunaan yang betul sila rujuk laman web kami. berdasarkan contoh yang ada dalam data kami, justeru digunakan bagi yang membawa maksud bertentangan dengan ayat psebelumnya.Tatabahasa16.10.2014
apakah perbezaan antara perlu dan hendaklahPerlu bermaksud keharusan (yang tidak dapat dielakkan), atau disebut juga kemestian: perlu juga membawa pelbagai makna lain termasuklah menjadi kemestian (untuk mendapat sesuatu ), harus ada (diperoleh),  sesuatu yang dikehendaki hajat, kepen­tingan, hajat, kehendak, maksud, tujuan dan sebagainya, manakala hendaklah bermaksud tidak dapat tidak; mesti; dan patut. Untuk maklumat lanjut puan boleh layari laman web kami www.prpm.dbp.gov.my dan lihat pelbagai maksud lain yang mendukung makna kata perlu.Makna11.01.2011
tolong jelaskan istilah lewah dalam bahasa melayuMerujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, lewah ialah hal, dsb yg tidak perlu (mis perkataan yg digunakan dlm ayat): penggunaan kata yg ~ dlm pembinaan ayat perlu dielakkan. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat.Makna09.08.2009
Perkataan bareng merupakan bahasa jawa, benar? Bagaimana perkataan pinjaman dari bahasa jawa, dll boleh digunapakai dalam sastera bahasa melayu malaysia? Apakah penggunaan pinjaman sebegini menjatuhkan martabat sastera bahasa melayu? Terima kasih.Sebaiknya penggunaan bahasa pinjaman dielakkan sekiranya terdapat padanan dalam bahasa Melayu. Walau bagaimanapun, dalam konteks Sastera, kadangkala penggunaan bahasa pinjaman ini bertujuan mengindahkan dan mempelbagaikan variasi bahasa atau merujuk konteks sosial dan tempat. Tetapi, dalam penulisan rasmi, penggunaan bahasa Melayu standard satu kemestian.Sastera25.11.2015
Salam, 1. Saya ingin bertanya tentang skop penerbitan novel remaja peringkat sekolah menengah. Apakah kriteria-kriteria yang perlu untuk menghasilkan manuskrip novel remaja peringkat sekolah menengah. Aspek lain seperti ketebalan manuskrip dan perkara-perkara yang perlu dielakkan dalam penulisan novel remaja peringkat sekolah menengah. Terima kasih.

Salam.  Remaja terbahagi kepada dua iaitu remaja awal (13-15 tahun) dan remaja akhir (16-21 tahun).  Sebenarnya tiada batasan dalam skop penerbitan novel remaja, sama ada peringkat sekolah menengah atau peringkat yang lebih tinggi, yang penting adalah mesej yang hendak saudara sampaikan kepada khalayak saudara, iaitu para remaja.  Setiap mesej yang hendak disampaikan perlulah mempunyai nilai-nilai murni yang wajib diterapkan ke dalam jiwa setiap remaja. 

Manuskrip pula janganlah terlalu tebal, maksudnya lebih kurang dalam 200 - 250 halaman untuk remaja awal, kerana bagi setiap 100 halaman kertas kuarto, novel tersebut akan menjadi 200 halaman.  Bagi remaja akhir pula, lebih kurang 300 - 350 halaman, paling tebal pun 400 halaman, iaitu lebih kurang 200 halaman kertas kuarto.

Setiap karya yang ditulis hendaknya janganlah menyentuh sensitiviti kaum, agama dan adat resam serta budaya sesuatu kaum.  Pena itu lebih tajam daripada sebilah pedang, kerana itu apa sahaja yang hendak ditulis perlulah berhati-hati.  Saudara juga mesti membuat penyelidikan tentang apa yang hendak saudara tulis, supaya tidak berlaku bercanggah atau kelihatan tidak masuk akal atau mengarut, setiap fakta mesti dengan disokong dengan bukti.  Karya juga hendaklah sesuai dengan pembaca sasaran.

Lain-lain18.11.2009
Saya mendapati jawapan untuk soalan 20 dalam Arkib Soalan terdapat kesalahan dari segi tatabahasa iaitu penggunaan frasa pasif "senarai khidmat yang diberikan oleh kami". Penggunaan yang betul ialah " senarai khidmat yang kami berikan". Saya berharap agar kesilapan ini dapat dielakkan kerana akan mengelirukan pengguna bahasa. Dalam pembentukan kata baru, apakah kriteria yang diambil kira oleh DBP? Saya mendapati walaupun dalam bahasa Melayu sudah memiliki kata asal, namun kata baru masih dibentuk dengan cara pinjaman kata, mengapakah hal ini berlaku? Contohnya prasarana/kemudahan asas dengan infrastruktur, berkesan dengan efektif dan sebagainya. Saya risau kata asal ini akan "hilang" pada suatu hari nanti kalau kebanyakan pengguna menggunakan kata pinjaman. Saya juga berharap agar pembentukan kata baru bahasa Melayu tertumpu pada kata yang tidak ada pada bahasa kita khasnya istilah-istilah sains dan teknologi. Sekian, terima kasih.Terima kasih atas makluman yang diberikan. Pihak kami akan lebih berhati-hati semasa memberikan jawapan pada masa akan datang. Pihak DBP menerima bentukkata pinjaman bertujuan untuk memperkaya perbendaharaan kata dalam bahasa Melayu. Pada dasarnya kata yang tiada padanannya dalam bahasa Melayu, khususnya kata dalam bidang sains dan teknologi dibentuk melalui penyerapan kata tersebut ke dalam bahasa Melayu. Penggunaan kata pinjaman ini bergantung pada konteks penggunaan kata tersebut terutamanya penggunaan dalam bidang-bidang khusus. Walau bagaimanapun terdapat kecenderungan pengguna untuk menggunakan kata pinjaman dalam semua konteks penggunaan yang di luar kami. Pengguna bahasa sepatutnya dapat membezakan keperluan menggunakan kata asli dalam bahasa Melayu dan penggunaan kata pinjaman dalam urusan harian mereka.     Lain-lain24.05.2008
maksud minimum,upah minimumMaksud minimum ialah bilangan, banyak, dll) yg terkecil atau sedikit sekali; meminimumkan =  mengurangkan  ke paras yg minimum atau paling kecil yg mungkin, menjadikan minimum: ~ dedahan sinaran yang tidak dapat dielakkan; peminimuman  = perbuatan mengurangkan (menurunkan) sesuatu ke tahap paling ren­dah. Maksud upah minimum ialah kadar upah paling rendah atau paling sedikit.Makna16.09.2010
1234

Kembali ke atas