Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata difahamkan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya difahamkan bahawa perkataan seperti 'kah', 'tah' dan 'lah' adalah partikel atau ayat tugas; di mana penggunaannya mesti dicantumkan dengan perkataan di hadapannya. Contoh: 1. Apakah masalah awak? Namun begitu, adakah situasi di mana partikel ini tidak perlu dicantumkan dengan perkataan yang ada di hadapan? (exception to the general rule) Contoh: 2."Awak sudah makankah?" atau "Awak sudah makan kah?" Adakah betul jika saya katakan bahawa penggunaan partikel yang tertara di atas, apabila digunakan sebagai kata penegas, harus dicantumkan dengan kata yang ada di hadapannya? Terima kasihPartikel -lah, -kah dan -tah mesti ditulis bersambung dengan perkataan sebelumnya. Berdasarkan contoh yang tuan berikan, ayat yang tepat ialah "Awak sudah makan?" atau "Adakah awak sudah makan?"Tatabahasa08.04.2020
Saya difahamkan bahawa perkataan/istilah "IANYA" adalah tidak boleh digunakan. Kalau ini betul, istilah ini kini digunakan dengan meluas dalam hasil carian PRPM. Mohon pencerahan. Terima kasih.Perkataan "ianya" tidak boleh digunakan kerana kata "ia" dan "nya" merupakan kata ganti nama diri orang ketiga dan tidak boleh disekalikan atau digabungkan penggunaannya.Makna18.05.2019
Saya difahamkan daripada Tatabahasa Dewan bahawa awalan peN- bervariasi dengan pel- didefinisikan hanya sebagai: bergabung dengan kata dasar 'ajar' menjadi 'pelajar' untuk menandakan makna orang yang menerima kerja mengajar atau orang yang melakukan kerja belajar. Ini bererti hanya pada kata 'ajar' yang boleh diaplikasikan hukum ini. Maka, saya ingin bertanya bagaimana pula dengan hukum yang mendasari perkataan 'pelbagai'? Adakah ini bermakna bahawa 'pelbagai' tidak tergolong kategori [peN- bervariasi pel-] seperti di atas, dan oleh hal yang demikian 'pelbagai' bukan merupakan kata terbitan?Terdapat kekecualian apabila awalan peR- diimbuhkan kepada kata dasar ajar sahaja. Imbuhan tersebut akan berubah menjadi pel-. Lihat contoh: per- + ajar = pelajar  

Kata "Pelbagai" tergolong dalam kata tunggal dan tidak menerima sebarang imbuhan. Justeru, kata tersebut tidak boleh digolongkan dalam variasi awalan peR- tersebut.
Tatabahasa01.08.2018
Saya difahamkan bahawa perkataan 'untuk' dan 'demi' digunakan di hadapan kata nama/frasa nama. Namun dalam banyak situasi, perkataan 'untuk/demi' juga diletakkan di hadapan kata kerja. Contoh: (1) Saya perlu berusaha dengan lebih gigih lagi untuk mencapai keputusan yang lebih cemerlang. (2) Kita perlu mengikis segala perasaan iri hati dan cemburu demi memperkukuh parti. Adakah penggunaan 'untuk' dan 'demi' dalam kedua-dua ayat di atas dibenarkan? Penggunaan sedemikian tidak terdapat dalam Dewan Tatabahasa.Perkataan untuk/demi berfungsi sebagai kata sendi nama dan hadir sebelum kata nama dan juga berfungsi sebagai kata hubung keterangan dan hadir sebelum kata kerja.Tatabahasa25.07.2018
Saya difahamkan bahawa frasa 'seperti berikut' tidak gramatis sementara 'seperti yang berikut' pula dikatakan gramatis. Soalan saya, seperti ialah kata sendi nama dan sesudahnya mesti kata nama. Kenapa perlu diletakkan penanda relatif 'yang' di antara seperti ....... berikut.Salam sejahtera,

Tuan,

Ayat gramatis ialah ayat yang dibina mengikut prinsip-prinsip nahu atau tatabahasa. Seperti berikut dan seperti yang berikut boleh diterima kerana menggunakan prinsip-prinsip nahu dan tatabahasa yang betul. 

Walaupun semua kata sendi nama hadir di hadapan kata nama atau frasa nama, namun tiap-tiap satu mempunyai tugas atau fungsi yang berlainan dan penggunaannya ditentukan oleh peraturan yang khusus. 

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Tatabahasa Dewan (2014). 

Sekian, terima kasih.

Tatabahasa27.03.2018
Saya difahamkan bahawa istilah Bahasa Melayu untuk "PostScript" ialah "Catatan Tambahan". Dan singkatan baginya ialah "PS". Soalan 1: Apakah singkatan bagi "Catatan Tambahan"? Soalan 2: Sedangkan "PS" digunakan secara meluas dan lebih difahami berbanding "Catatan Tambahan", bolehkah saya menggunakan "PS", tetapi secara italic pada iklan surat khabar?Untuk makluman tuan, kami menyediakan perkhidmatan bagi membantu pelanggan menangani permasalahan bahasa seperti ejaan, istilah dan tatabahasa. Contohnya, kekeliruan tentang ejaan yang betul, penggunaan istilah yang tepat bagi sesuatu terminologi dan permasalahan tentang tatabahasa. Kami dapati pertanyaan tuan bukanlah berkisar tentang permasalahan yang tersebut, tetapi lebih kepada memberikan jawapan kepada soalan yang dibekalkan seperti lazimnya soalan peperiksaan dan buku rujukan. Kami tidak menyediakan perkhidmatan memberikan jawapan kepada soalan yang dibina; sebaliknya pihak tuan perlulah merujuk kamus dan buku tatabahasa, atau berbincang dengan panel penggubal soalan yang lain. Jika ada pertikaian tentang sesuatu isu tatabahasa yang menjadi jawapan kepada soalan tersebut, seperti "menemukan mayat atau menemui mayat", tuan boleh menghubungi pihak kami semula.Lain-lain08.12.2015
Salam. Difahamkan 'politikus' dan 'kritikus'adalah imbuhan dalam bahasa Indonesia. Bolehkah akhiran-us itu digunakan dalam bahasa Melayu? Soalan kedua selain -us adakah lagi imbuhan yang tidak terdapat dalam BM ada dalsm imbuhan BI?Tidak ada maklumat tentang struktur tatabahasa bahasa Indonesia dalam pangkalan data kami. Melalui carian di internet, menemukan bentuk-bentuk lain imbuhan tatabahasa bahasa Indonesia, seperti -kan, -i, –nya, -in, -at, -is, -isme, -man, -wan, -ah, dan -wi. Walau bagaimanapun, maklumat tersebut perlu dipastikan kebenarannya, untuk itu sila rujuk buku Tatabahasa Indonesia seperti:
Tatabahasa praktis bahasa Indonesia Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan) Tiada 1998
Tatabahasa Baru Bahasa Indonesia (2) Dian Rakyat Tiada 1986

Lain-lain26.03.2014
Saya difahamkan ungkapan "adalah" tidak boleh digunakan sebelum kata kerja. Namun demikian, saya sering mendapati dalam surat-menyurat khususnya daripada jabatan kerajaan, ayat-ayat berikut digunakan: (1) Memo tuan bertarikh 10.10.11 "adalah" [dirujuk]. (2) Dengan hormatnya, perkara di atas "adalah" [dirujuk]. (1) Perkara di atas "adalah" [berkaitan]. (1) Syarikat ABC "adalah" [tertakluk] kepada Terma dan syarat perjanjian. (2) Kontraktor "adalah" [terikat] kepada terma dan syarat di dalam Kontrak ini. (3) Tafsiran "adalah" [mengikut] fasal 12 Perjanjian ABC. Adakah penggunaan ungkapan "adalah" seperti di atas betul? Bolehkah ungkapan "adalah' digugurkan? Apakah ayat-ayat yang sebetulnya?Seperti yang dimaklumi kata sendi "adalah" tidak boleh diikuti oleh kata kerja. Oleh itu, ayat/frasa yang betul ialah "perkara di atas dirujuk" atau "Dengan hormatnya kami merujuk perkara di atas" dan "Perkara di atas berkaitan". Walau bagaimanapun terma undang-undang banyak menggunakan kata "adalah" + kata kerja seperti dalam ayat yang seterusnya. Kita menerima gaya bahasa yang berkenaan tetapi penggunaannya terhad dalam laras undang-undang sahaja.Tatabahasa19.10.2011
Saya difahamkan bahawa perkataan "ramai" dan "banyak" boleh digunakan untuk manusia. Betulkah ayat ini : 1) Saya mempunyai ramai murid 2) Banyak orang mengunjungi taman itu Terima kasihBanyak bermaksud bukan sedikit. Banyak dan ramai, kedua-duanya boleh digunakan untuk manusia. Kedua-dua contoh ayat adalah betul.Tatabahasa25.11.2010
Saya difahamkan ayat, ' Saya mempunyai banyak wang' adalah ayat yang tidak betul sebaliknya patut ditulis ' Saya banyak mempunyai wang'. Adakah ini benar?Ayat yang betul ialah "Saya mempunyai banyak wang", kata bilangan (banyak) diikuti dengan objeknya (wang).Tatabahasa19.08.2009
12345678

Kembali ke atas