Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : n 1. act of spreading out, a. (of light) pembauran; b. (fig.) penyebaran, difusi: the rapid ~ of new doctrines, penyebaran pesat doktrin-doktrin baru; 2. (of liquids, gases) pembauran (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata diffusion


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Diffusion coefficients of moisture in convective drying processes of sliced materials under the influence of ultrasonic and infrared radiations

Apakah persoalan yang ingin dikemukakan oleh sdr.?

Terima kasih kerana menggunakan Sistem Khidmat Nasihat Dewan Bahasa dan Pustaka (KNDBP). Jika sdr. mempunyai sebarang masalah berkaitan dengan bahasa, sastera, penerbitan dan korporat DBP, sdr. boleh mengemukakan pertanyaan tersebut dalam ruangan ini. Perkhidmatan-perkhidmatan tersebut adalah seperti yang berikut:

 Khidmat Nasihat Bahasa membantu anda menyelesaikan pelbagai masalah penggunaan bahasa Melayu.

  • Ejaan Rumi dan Jawi
  • Perkataan dan istilah
  • Penyemakan bahasa

Khidmat Nasihat Sastera membantu anda untuk mendapatkan maklumat yang berikut:

  • Pertanyaan aktiviti sastera, hadiah, anugerah dan sayembara
  • Pertanyaan bimbingan dan bengkel penulisan/penyuntingan
  • Pertanyaan sastera kanak-kanak dan remaja
  • Carian pantun dan biodata penulis/penyair
  • Penyemakan bahasa Melayu klasik

Khidmat Nasihat Penerbitan menyediakan perkhidmatan perundingan dan khidmat nasihat yang meliputi:

  • Peluang penerbitan
  • Panduan penulisan buku
  • Hak cipta dan royalti.
  • Penyediaan manuskrip.
  • Proses penerbitan.

Khidmat Nasihat Korporat menyediakan perkhidmatan yang meliputi

  • Rujukan tentang dasar yang berkaitan dengan DBP.
  • Pertanyaan berkaitan perkhidmatan DBP.
  • Penglibatan masyarakat dengan aktiviti DBP
Lain-lain19.11.2010
Salam tuan/puan, Apakah terjemahan 'Innovation Diffusion Theory'. Terima kasih banyak.Dalam bidang Geografi, padanan bagi “innovation diffusion theory” ialah “teori bauran inovasi”.Istilah10.06.2020
Bolehkah saya menggunakan perkataan difusi inovasi bagi menggantikan perkataan diffusion on innovation. Sekian, terima kasih.Diffusion boleh diterjemahkan kepada peresapan, resapan, bauran, pembauran, penyebaran dan difusi dan perkataan difusi digunakan dalam bidang fizik. Kami mencadangkan penggunaan perkataan bahasa Melayu seperti pilihan yang tersedia, kecuali jika perkataan berkenaan tidak dapat menggambarkan konsep yang dimaksudkan dalam bahasa sumber.Penyemakan dan penterjemahan25.05.2019
Salam, Apakah ayat yang sesuai untuk menggantikan perkataan DIFFUSION OF INNOVATION THEORY dalam bahasa melayu. Sekian, terima kasihDiffusion diterjemahkan kepada pembauran, peresapan dan penyebaran. Kami mencadangkan diffusions of innovation theory di terjemahkan kepada penyebaran teori inovasi, sekiranya sesuai dengan konteks penggunaannya.Penyemakan dan penterjemahan25.05.2019
Salam dan Selamat Sejahtera tuan/puan. Berdasarkan takrifan yang diberikan pihak DBP, Diffusion diterjemahkan kepada pembauran, peresapan dan penyebaran pada 25/5/2019. Penyebaran bermaksud-perihal (kegiatan, usaha, dsb) menyebarkan, penaburan, pengembangan: perubahan besar telah berlaku dlm cara ~ agama Islam;Kamus Dewan Edisi Keempat Kekeliruan saya berkaitan dengan perkataan diffusion. Perkataan penyebaran adakah sama maksud dengan pengembangan? Saya menukar perkataan penyebaran kepada pengembangan bagi menerangkan proses inovasi dalam sektor awam. Penerangan saya juga merujuk kepada Diffusion of Innovation Theory bagi menerangkan pengembangan idea dalam sektor awam. Mana yang lebih sesuai penggunaan? Pengembangan idea atau penyebaran idea? Terima kasih banyak atas bantuan dan kerjasama tuan/puan. Pohon maaf jua atas segala kesulitan. Salam hormat.

Merujuk konsep dan konteks yang diberikan, perkataan yang lebih sesuai ialah “penyebaran” idea. Konsep asal dalam bahasa Inggeris yang diberikan, iaitu “Diffusion of Innovation Theory”, lebih tepat jika diterjemahkan sebagai “Penyebaran Teori Inovasi”. Tiada perbezaan yang jelas antara “pengembangan” dan “penyebaran” dan kedua-dua perkataan ini boleh bersilih ganti mengikut konteks dan konsep. Namun, penggunaan “pengembangan” dalam bidang istilah lazimnya melibatkan objek yang dapat dilihat secara fizikal atau bersifat kegiatan, contohnya pengembangan teknologi, bandar atau infrastruktur dan merupakan padanan bagi perkataan “expansion”. Perkataan “penyebaran” biasanya dikaitkan dengan sesuatu yang mujarad (abstrak) atau taksa (kabur, tidak pasti) seperti idea, doktrin, cahaya, bau dan sebagainya. Contohnya, the rapid ~ of new doctrines, iaitu penyebaran pesat doktrin-doktrin baharu. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)

Makna10.06.2020
Salam dan Selamat Sejahtera tuan/puan Berdasarkan maklum balas yang diberikan pihak tuan/puan pada 12/06/2020, Dalam bidang Geografi, padanan bagi “innovation diffusion theory” ialah “teori bauran inovasi'. Pertanyaan saya, kalau dalam bidang inovasi, apakah maksud yang sesuai bagi 'Innovation Diffusion Theory'? Terima kasih atas bantuan dan kerjasama tuan/puan. Salam hormat.Pihak kami mencadangkan frasa "Teori Penyebaran Inovasi", "Teori Resapan Inovasi" atau "Teori Penyerakan Inovasi" sebagai padanan bagi "Innovation Diffusion Theory”.Istilah12.06.2020
Salam dan Selamat Sejahtera tuan/puan. Maklumbalas pihak tuan/puan pada 11/6/2020 adalah berkaitan. Merujuk konsep dan konteks yang diberikan, perkataan yang lebih sesuai ialah “penyebaran” idea. Konsep asal dalam bahasa Inggeris yang diberikan, iaitu “Diffusion of Innovation Theory”, lebih tepat jika diterjemahkan sebagai “Penyebaran Teori Inovasi”. Tiada perbezaan yang jelas antara “pengembangan” dan “penyebaran” dan kedua-dua perkataan ini boleh bersilih ganti mengikut konteks dan konsep. Namun, penggunaan “pengembangan” dalam bidang istilah lazimnya melibatkan objek yang dapat dilihat secara fizikal atau bersifat kegiatan, contohnya pengembangan teknologi, bandar atau infrastruktur dan merupakan padanan bagi perkataan “expansion”. Perkataan “penyebaran” biasanya dikaitkan dengan sesuatu yang mujarad (abstrak) atau taksa (kabur, tidak pasti) seperti idea, doktrin, cahaya, bau dan sebagainya. Contohnya, the rapid ~ of new doctrines, iaitu penyebaran pesat doktrin-doktrin baharu. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan) Pertanyaan saya, adakah bersesuaian saya menggunakan perkataan pengembangan yang meliputi idea, proses, produk serta amalan yang terdiri daripada perkara yang dapat dilihat (produk), abstrak dan kabur(idea)? Pohon pandangan tuan/puan jua. Terima kasih atas kerjasama dan bantuan tuan/puan. Salam hormat.Perkataan "pengembangan' sesuai digunakan bagi menggambarkan proses perkembangan idea.Makna12.06.2020

Kembali ke atas