Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata digambarkan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1)Nenek kebayan sering digambarkan sebagai seorang perempuan tua yang bertongkat dan bertubuh senget.2)Adik mengejar ayah yang baru balik dari kerja kerana terdapat onde-onde di tangannya. Tolng betulkan.Terima kasih.1. Nenek kebayan sering digambarkan sebagai seorang perempuan tua yang bertongkat dan bertubuh bongkok.
2. Adik mengejar ayah yang baru balik daripada bekerja kerana terdapat onde-onde di tangannya.
Tatabahasa08.07.2012
maksu watak dan perwatakan

Secara umum, watak ialah sifat-sifat luaran yang digambarkan oleh pengarang seperti rambutnya yang ikal, dahi luas dan sebagainya. Perwatakan pula ialah sifat-sifat dalaman watak yang boleh dikesan atau digambarkan sama ada melalui percakapan dan tingkah laku watak atau watak lain seperti baik hati, pemarah dan sebagainya. 

Lain-lain14.09.2008
Assalamualaikum. Apakah maksud bagi perkataan Naqib? Adakah perkataan Naqib sesuai untuk digambarkan sebagai seorang ketua atau pemimpin? Adakah perkataan tersebut sesuai untuk diaplikasikan dalam konteks penggunaan ayat bahasa Melayu? Contoh ayat: Kita memerlukan seorang naqib untuk mengetuai perbicangan ini.Perkataan naqib merupakan perkataan Arab yang bermaksud ketua. Oleh itu, dalam bahasa Melayu, perkataan ketua yang digunakan bagi mengungkapkan maksud yang berkenaan contohnya kita memerlukan seorang ketua untuk mengetuai perbincangan ini.Makna29.01.2020
Salam, saya ingin bertanyakan penjodoh bilangan yang sesuai untuk gergasi. Gergasi digambarkan sebagai rupa manusia yang bersaiz besar. Adakah 'orang' atau 'ekor' yang lebih sesuai? Sekian, terima kasih.Merujuk Kamus Dewan gergasi ialah sebangsa makhluk seperti manusia yang sangat besar dan dipercayai memakan orang dan gergasi juga dikiaskan kepada manusia, binatang dan lain-lain yang sangat besar. Penjodoh bilangan menjadi penerang bentuk atau keadaan pada kata nama yang mengikutinya dan tidak semua benda mempunyai penjodoh bilangan. Jika disandarkan kepada manusia penjodoh bilangan yang sesuai ialah seorang, walau bagaimanapun penjodoh bilangan tersebut boleh berubah jika gergasi dikiaskan kepada benda-benda yang lain.Tatabahasa01.07.2013
Bolehkah frasa 'akselerasi' digunakan berbanding 'pecutan' untuk terjemahan 'acceleration' dalam konteks 'cardiotocogram' (perubatan)? Hal ini kerana 'acceleration' yang digambarkan dalam 'cardiotocogram' tidak sama seperti dalam fizik. Terima kasih,

Dalam bidang perubatan (kardiotokografi), kardiotokogram merujuk rakaman denyutan jantung janin dalam bentuk graf dari segi kadar, amplitud, tempoh dan frekuensi ketika kontraksi uterus atau tiada kontraksi. Oleh sebab itu, padanan yang tepat dalam bidang perubatan menggambarkan keadaan tersebut ialah pecutan. Akselerasi ialah istilah yang lebih kerap digunakan di Indonesia.

Istilah17.12.2019
Salam sejahtera, Apakah terjemahan yang paling tepat bagi perkataan "smooth" yang digunakan untuk menggambarkan kopi, cth. "a smooth coffee"? Di sini, "smooth" digambarkan sebagai "a coffee that is neither bitter nor sour. Yet its positive characteristics are not overwhelming either. Smooth coffees are generally not terribly complex." Adakah perkataan "halus" sesuai digunakan? Cth, kopi yang halus rasanya. Terima kasih.Perkataan rasa kopi yang halus sesuai untuk padanan “a smooth coffee taste”Makna18.03.2018
Apakah penjodoh bilangan yang sesuai untuk emel? se__________ emelTidak ada penjodoh bilangan untuk e-mel kerana e-mel tidak ada bentuk yang boleh digambarkan untuk digandingkan dengan penjodoh bilangan yang sesuai.Tatabahasa12.08.2010
APAKAH MAKSUD NISBAH?

Merujuk Kamus Dewan Edisi Empat, nisbah bermaksud 1. perbandingan, perimbangan, kadar: tujuh peratus ditulis 7% menunjukkan ~ 7:100 dan boleh digambarkan dgn pecahan ; apabila asid dicampur dgn larutan alkali dgn ~nya yg tertentu, larutan yg terjadi itu menunjukkan sifat-sifat yg berlainan drpd asid atau alkali.     2. Ar nama yg menyatakan seketurunan (al-Attas, al-Habsyi, dll), perhubungan ke­luarga.

Makna30.09.2010
MASALAH BINA AYATYANG GRAMATIS BERDASARKAN GAMBARBinaan ayat sama ada berdasarkan gambar atau tidak perlu mematuhi prinsip-prinsip nahu atau tatabahasa. Jika berdasarkan gambar binaan ayat menceritakan apa yang digambarkan dalam imej yang tersebut.Tatabahasa01.04.2013
Apakah ganti nama bagi raja yang zalim. Contoh ayat: Para pengawal membawa Sarah kepada Raja Mesir. Apabila beliau mendekati Sarah, tiba-tiba tangan dan kakinya lumpuh. **Raja Mesir dalam cerita ini digambarkan sebagai seorang raja yang zalim dan suka merampas isteri orang**Kata ganti nama yang tepat ialah baginda. Baginda merupakan kata ganti nama ketiga yang digunakan untuk raja, sultan atau kerabat diraja. Untuk keterangan lanjut atau contoh sila rujuk Tatabahasa Dewan.Tatabahasa12.04.2013
123

Kembali ke atas