Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata digantikan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Memang sudah menjadi lumrah alam sejak zaman-berzaman, yang hilang pasti digantikan . apakah kesalahkan pada digantikan? TQ, tuan.Perkataan 'digantikan' perlu ditukar kepada 'berganti'. Ayat yang betul ialah 'Memang sudah menjadi lumrah alam sejak zaman-berzaman, yang hilang pasti berganti'. Sekiranya digantikan digunakan, ayat tersebut perlu ada sambungannya, contohnya 'digantikan oleh orang lain'.Tatabahasa07.02.2012
salam, ada beza tak penggunaan 'digantikan oleh' dan 'digantikan dengan'? jika ada, mohon jelaskan dan berikan contoh-contoh. terima kasih.Kedua-duanya boleh digunakan dan membawa maksud yang sama.Tatabahasa19.05.2022
Cadangan ALLAHYARHAMAH digantikan kepada ALLAHYARHUMUHA kerana makna dari terjemahan bahasa Arab lebih tepat kepada ganti diri perempuan. Terima Kasih
Kamus Dewan juga menakrifkan "Allahyarham" sebagai yang telah meninggal dunia, tidak dikhususkan jantina. Kata "mah" (allahyarhamah) bukanlah penanda jamak, tetapi merujuk jantina, iaitu wanita. Walaupun kata "Allahyarhamah" ini kurang tepat dari segi pembentukan kata dalam bahasa sumber (bahasa Arab), namun kata ini telah mantap penggunannya dalam kalangan masyarakat. Oleh itu, Kamus Dewan Perdana, kamus terbaharu terbitan DBP telah membuat penambahbaikan dengan memasukkan juga bentuk kata yang betul, iaitu "Allahyarhamha". "Allahyarhamha" ialah perempuan Islam yang telah meninggal dunia.
Ejaan11.08.2021
1. Negara bersih akan menjadi tumpuan pelancong asing untuk kunjungan. - Salah Jadi, adakah kunjungan digantikan dengan berkunjung? 2. Oleh sebab keadaan cuaca yang tidak tentu, pertunjukan bunga api itu terpaksa ditangguhkan. - Salah Adakah tentu digantikan dengan menentu? 3. Kereta buatan negara Jepun ini sangat mahal betul. - Salah Adakah sangat mahal betul digantikan dengan mahal betul? 4. Sebelum tidur, ibu suka membacakan adik cerita di dalam buku cerita itu. - Salah Adakah di dalam digantikan dengan dalam? 5. Sejak bersara, Pak Ali menghabiskan banyak masa dengan keluarganya. - Betul Bukankah perkataan sejak tukar kepada setelah?

Ayat yang betul ialah:

1. Negara bersih akan menjadi tumpuan pelancong untuk dikunjungi.

2. Oleh sebab keadaan cuzca yang tidak menentu, pertunjukan bunga api itu terpaksa ditangguhkan.

3. Kereta buatan negara Jepun ini sangat mahal/Kereta buatan negara Jepun ini mahal betul.

4. Sebelum tidur, ibu suka membacakan adik buku cerita.

5. Sejak/Setelah bersara, Pak Ali menghabiskan banyak masa dengan keluarganya.

Tatabahasa15.07.2024
Bolehkah perkataan "parti" digantikan untuk "majlis" seperti "majlis hari jadi" digantikan dengan "parti hari jadi"? (Sila rujuk lampiran fail untuk contoh penggunaan ayat)Merujuk kepada Kamus Dewan edisi ke-4, parti dalam kontek ayat yang diberikan membawa maksud perjumpaan sosial uuntuk bersuka-sukaan manakala majlis membawa maksud perjumpaan (orang ramai)atau keramaian. oleh yang demikian parti hari jadi lebih sesuai digunakan.Tatabahasa23.01.2011
Tuan, Merujuk lampiran,bolehkah tolong semak sama ada jawapan untuk No.3 betul atau boleh digantikan dengan bawah No.4 betul atau boleh digantikan dengan tepi Tolong beri penjelasan sebab saya tidak pasti bahawa bawah sesuai digunakan dalam keadaan yang macam mana? Sekian terima kasih.Jawapan yang betul adalah seperti yang berikut:

3. Arun dan Jarit meletakkan pasu bunga di atas pentas.

4. Wei Han berdiri di hadapan tiang bendera untuk menaikkan bendera.
Tatabahasa09.08.2018
tuan Ali mrngupas kulit kering luka pada kakinya. (mengupas salah dan perlu digantikan dengan kata?) tuan Ramli tidak tidur semalaman kerana sibuk mengupas idea.( mengupas perlu digantikan dengan kata apa?) TQ banyak2

Ali menanggalkan kulit kering pada luka di kakinya. Sila rujuk kamus untuk mendapatkan makna setiap perkataan dan sesuaikan dengan konteks ayat atau maksud yang hendak disampaikan. Untuk menghasilkan ayat yang gramatis, rujuk buku Tatabahasa Dewan, Bab 16.

Tatabahasa15.08.2011
Bolehkan penggunaan `dipelopori oleh' digantikan dengan `dipeloporkan oleh' dalam ayat `Gerakan menuntut kemerdekaan negara itu dipelopori oleh kaum bangsawan.' Terima kasih.Ungkapan 'dipelopori oleh' dalam ayat 'Gerakan menuntut kemerdekaan negara itu dipelopori oleh kaum bangsawan' tidak boleh digantikan dengan 'dipeloporkan oleh' kerana akhiran -kan mengandungi unsur benefaktif manakala akhiran -i mengandungi unsur lokatif (tempat atau orang).Tatabahasa15.08.2007
Salam Sejahtera, Penggunaan kata untuk sebagai kata sendi nama boleh digantikan dengan kata bagi, dalam ayat-ayat tertentu yang bersesuaian. Bagaimana pula dengan penggunaan kata untuk sebagai kata hubung dalam ayat majmuk? Bolehkan digantikan dengan kata bagi. Contohnya, seperti ayat berikut: Kajian ini dijalankan oleh pihak Jabatan Kesihatan Negeri Pahang untuk mengukur tahap kefahaman orang awam tentang cara penggunaan ubat yang betul. Menjadi seperti yang berikut: Kajian ini dijalankan oleh pihak Jabatan Kesihatan Negeri Pahang bagi mengukur tahap kefahaman orang awam tentang cara penggunaan ubat yang betulPerkataan “untuk” dan “bagi” boleh digunakan dalam contoh ayat yang diberikan. Dalam ayat tersebut, kedua-dua perkataan berfungsi sebagai kata hubung keterangan tujuan. (Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 518).Tatabahasa25.03.2019
Barang siapa masuk ke dalam masjid ini hendaklah berpakaian menutup aurat. Perkataan barang siapa dalam ayat ini baku? Jika tidak, wajarkah digantikan dengan perkataan sesiapa?Perkataan barang siapa boleh digantikan dengan sesiapa. Penggunaan barang siapa dalam ayat tersebut digunakan dalam laras agama. Tatabahasa06.01.2009
12345678910...

Kembali ke atas