Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata digantung

Peribahasa

Digantung tidak bertali.

Bermaksud :

Hal seorang yang menjadi gundik yang tidak sah atau yang telah ditinggalkan suaminya tetapi belum ditalak. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bergantung sehasta tali, b. Bergantung tidak bertali).

 

Lihat selanjutnya...(2)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Selamat sejahtera, Soalan 1: Apakah perbezaan dalam penggunaan antara perkataan "sejak" dengan perkataan "semenjak"? Soalan 2: "Digantung sekolah" atau "digantung persekolahan", yang mana satu betul? Terima kasih! =)

1. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, sejak dan semenjak mempunyai maksud yang sama, iaitu bermula dari, mulai, dari. Dalam Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, sejak atau semenjak ialah kata sendi yang membawa maksud penanda waktu atau masa dan digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama. Contohnya: Hasnah sentiasa sugul sejak kematian ibunya atau Hasnah sentiasa sugul semenjak kematian ibunya.

2. Digantung sekolah

Tatabahasa16.07.2011
1) ADAKAH BANNER SAYA DITERIMA UNTUK DIGANTUNG DI RUANGAN IKLAN? 2) DIMANA RUANGAN UNTUK SAYA LAMPIRKAN BANNER SAYA UNTUK RUJUKAN TUAN/PUAN?Untuk pengesahan iklan, sila layari laman web www.prpm.gov.my dan klik e-Perkhidmatan. Kemudian klik Khidmat Pengesahan Bahasa DBP. (bukan Khidmat Nasihat DBP) Skrin Daftar Masuk akan dipaparkan. Pengguna yang pertama kali berkunjung perlu mendaftar terlebih dahulu. Isikan maklumat yang diperlukan. Setelah selesai, klik "Daftar". Skrin Pengesahan Pendaftaran akan dipaparkan. Penuhkan ruangan yang disediakan untuk mengaktifkan akaun anda. Semak e-mel anda untuk mendapatkan Kod Pengaktifan. Brosur tentang Khidmat Pengesahan Bahasa ini boleh dimuat turun di laman web DBP.Lain-lain02.05.2013
Makna perkataan : tabirMenurut Kamus Dewan, tabir dimaksudkan sebagai kain yang digantung untuk menyekat atau melindungi sesuatu, tabir juga ditakrifkan sebagai tirai. Namun demikian, makna bagi kata tabir ini berlainan merujuk kepada ayat. Kata ini juga boleh berubah maknanya apabila digunakan untuk puisi seperti sajak. (Merujuk kepada sajak yang dihasilkan). Terima kasih kerana menggunakan Khidmat Nasihat Bahasa DBP.Makna23.11.2006
Apakah proses yang perlu dilakukan untuk menyemak bahasa pada kain rentang yang ingin digantung di tempat awam?

Untuk permohonan pengesahan bahasa dalam talian (online), sila layari laman web dbpsahbahasa.my ,
kemudian daftar ID pengguna dan kata laluan. Setelah itu, boleh teruskan untuk permohonan pengesahan bahasa dan lampirkan sekali visual iklan kain rentang anda.
Pihak tuan/puan perlu membuat pembayaran sebanyak RM10 terlebih dahulu. Proses pengesahan mengambil masa antara 1 hingga 3 hari waktu bekerja.

Cara kedua, pihak tuan/puan boleh datang terus ke kaunter DBP Sah Bahasa di Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa, Kuala Lumpur dengan membawa dua keping visual iklan (papan premis, kain rentang, gegantung dan sebagainya). Proses penyemakan dan pengesahan akan dilakukan dengan segera di kaunter.

Lain-lain25.07.2019
saya ingin menanyakan berkenaan ayat "Selamat Menyambut Hari Merdeka". Adakah ayat ini boleh digunakkan pada banner bendera Malaysia yang akan digantung di pejabat kerajaan Malaysia. Adakah tatabahasa bagi ayat ini betul?Frasa "Selamat Menyambut Hari Merdeka" betul dan boleh digunakan dalam paparan di tempat awam.Tatabahasa26.08.2015
pembetulan telah dibuat dan ditambah dua jawatan lagi. nohon kerjasama untuk membuat semakan sekali lagi. Boleh kah kain rentang ini diproses seperti lampiran ini dan dihantar ke southern Ads untuk digantung?Sila buat pembetulan.

Jabatan Kualiti & Turret = Jabatan Kualiti dan Turet

Sila ke ruangan Khidmat Pengesahan Bahasa untuk mendapat sijil kelulusan.
Tatabahasa23.04.2013
Ayat yang mana betul struktur ayatnya. 1. Buku yang dipinjamnya dipulangkan kepada pustakawan. 2. Adik menyapu ubat pada kaki kucing yang luka itu. 3. Siti baru pulang dari Indonesia. 4. Jam itu digantung pada dinding.Kesemuanya betul.Tatabahasa29.10.2007
2. pokok labu sejenis tumbuhan (menjalar / merayap) Kedua-dua jawapan ini betul? Kalau tidak, mengapa? 3. Kata seru (a) ______, kerasnya kuih ini! (b) ______, kuih ini berjaya dihabiskan! (c) ______, sukarnya membuat kuih ini! 4. Pekerja sekolah sedang menyapu sampah di kaki-kaki lima sekolah. 5. Ikan-ikan yang segar-segar itu dijual di pasar. 6. Oleh kerana malas belajar, Ros gagal dalam peperiksaan. 7. Pokok duit-duit pokok tumpang. 8. Bukit itu dipenuhi dengan batu-batan. 9. Kuih-muih itu dijual pada harga yang berpatutan. 10. Bingkai gambar itu digantung berjauhan dangan lampu / Bingkai gambar itu digantung berjauhan dengan lampu. 11. Adik ______ (kata adjektif) sangat hendak makan ubat yang pahit itu.

2. Pokok labu sejenis tumbuhan (menjalar / merayap). Berdasarkan Kamus Dewan,  merayap dan menjalar mempunyai makna yang sama.

3. (a) __Aduh____, kerasnya kuih ini! (b) ____Wah__, kuih ini berjaya dihabiskan! (c) ___Aduh___, sukarnya membuat kuih ini!
 

4. Betul.

5. Betul.

6. Oleh sebab malas belajar, Ros gagal dalam peperiksaan.

7. Pokok duit-duit ialah pokok tumpang.
 

8. Betul.

9. Betul. 

10. Bingkai gambar itu digantung berjauhan dari lampu.

11. Adik ___susah___ (kata adjektif) sangat hendak makan ubat yang pahit itu. 

Tatabahasa08.08.2013
Tuan/Puan, Tolong mengesahkan ayat-ayat berikut adalah betul atau tidak. 1.Piala itu di atas meja. 2.Beg tangan itu di atas tangga. 3.Dia menghabiskan lauk di atas meja. 4.Rumahnya di atas bukit. 5.Dia bertanggungjawab di atas segala kekejaman itu. 6.Dia menghabiskan lauk di atas meja. 7.Gambar pemimpin negara digantung pada dinding. 8.Dia bercacah di bahagian lengan.  9.Dia duduk di dalam kereta. 10.Dia mengemukakan cadangan berkenaan dalam mesyuarat itu. 11.Produk itu mendapat sambutan yang baik di peringkat antarabangsa. 12.Dia masih berasa marah,enggan berjumpa dengan sesiapa pun. 13.Terdapat dua ekor semut di atas meja. 14.Buku-buku yang tersusun rapi di atas rak telah dicuri. Terima kasih.

Jawapan:

1.Piala itu di atas meja. - betul
2.Beg tangan itu di atas tangga. - betul
3.Dia menghabiskan lauk di atas meja. - betul
4.Rumahnya di atas bukit. - betul
5.Dia bertanggungjawab di atas (atas) segala kekejaman itu. - salah. 
6.Dia menghabiskan lauk di atas meja. - betul
7.Gambar pemimpin negara digantung pada dinding. - betul
8.Dia bercacah di bahagian lengan. - betul 
9.Dia duduk di dalam kereta. - betul
10.Dia mengemukakan cadangan berkenaan dalam mesyuarat itu. - betul
11.Produk itu mendapat sambutan yang baik di (pada) peringkat antarabangsa. - salah 
12.Dia masih berasa marah, enggan berjumpa dengan sesiapa pun. – salah. Ayat tersebut tidak gramatis.
13.Terdapat dua ekor semut di atas meja. - betul
14.Buku-buku yang tersusun rapi di atas rak telah dicuri. - betul

Tatabahasa16.11.2015
Tuan, Sila beritahu sama ada perkataan dalam kurungan adalah betul atau salah.Jika salah,bolehkah tuan betulkan?Terima kasih atas tunjuk.ajar tuan. 1.Ibu mengutip beberapa (cubit) kulat sisir. 2.Kita boleh membeli barangan (jati) di pasar raya itu. 3.(Akal) yang sihat melahirkan idea yang bernas. 4.Bau tempat penyembelihan lembu sangat (hanyir.) 5.Dia mendapat (kecederaan) pada lengannya akibat terjatuh tangga. 6.Pemain yang mengalami kecederaan itu (ditunda) keluar dari padang. 7.Kereta ayah yang rosak telah (ditunda) ke bengkel. 8.Pemain yang tidak menunjukkan prestasi yang baik akan (digantung ) 9.Walaupun datuk sudah lanjut usianya,tetapi ingatannya masih (teguh) 10.Ibu bapa harus memegang tanga anak mereka dengan (teguh) semasa menaiki eskalator. Adakah ayat berikut betul? 11.Sila mendapat maklumat tentang pertandingan itu daripada Cikgu Ali.Ayat yang betul adalah seperti yang berikut:
1.Ibu mengutip beberapa kulat sisir.
2.Kita boleh membeli barangan asli di pasar raya itu.
3. Akal yang sihat melahirkan idea yang bernas.
4. Bau tempat penyembelihan lembu sangat hanyir.
5. Dia mendapat kecederaan pada lengannya akibat terjatuh tangga.
6. Pemain yang mengalami kecederaan itu diusung keluar dari padang.
7. Kereta ayah yang rosak telah ditunda ke bengkel.
8. Pemain yang tidak menunjukkan prestasi yang baik akan digantung tugas.
9. Walaupun datuk sudah lanjut usianya,tetapi ingatannya masih kuat.
10. Ibu bapa harus memegang tangan anak mereka dengan kemas semasa menaiki eskalator.
11. Sila dapatkan maklumat tentang pertandingan itu daripada Cikgu Ali.
Tatabahasa14.11.2017
12

Kembali ke atas