Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata digelar


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Binatang apakah yang digelar Sang Lamri

Binatang yang digelar Sang Lamri ialah musang.

Lain-lain11.05.2010
assalamualaikum.. saya ingin tahu, kalau dalam lorat penang 'ibu' digelar 'mami' dan 'bapa' pula digelar apa? terima kasih kerana membantu saya.Dalam loghat Pulau  Pinang, 'mami' bermaksud makcik. Panggilan bagi ibu ialah mak, manakala bagi bapa  ialah baba atau ba.Lain-lain12.06.2008
Bagaimanakah dapat kita bezakan antara penggunaan "digelar" dengan "digelarkan"?Kata terbitan yang betul ialah menggelar, tidak ada menggelarkan. Maka dalam bentuk pasif perkataan yang betul ialah digelar.Tatabahasa24.10.2012
Apakah gelaran hormat kepada seorang janda. Janda yang bercerai dengan suami, adakah boleh digelar CIK? Janda yang suaminya meninggal, adakah boleh digelar CIK atau PUAN? Terima Kasih.Panggilan hormat ialah puan.Tatabahasa07.07.2007
Apakan gelaran bagi seseorang didalam keluarga, seandainya bilangan adik beradik adalah seramai 14 orang? Contohnya untuk anak pertama digelar Kak Long, manakala bagi anak kedua digelar kak ngah.Kebiasaannya dalam sebuah keluarga Melayu, nama-nama gelaran untuk keluarga adalah seperti berikut: Along (pertama), Angah (kedua), Alang (ketiga), Atih (keempat), Andak (kelima), Uda (keenam), Tam (ketujuh), Acik (kelapan), Anjang (kesembilan)dan Usu (akhir/bongsu). Terima kasih.Lain-lain09.01.2007
Adakah "vegetarian" juga digelar sebagai "vegetarian" dalam bahasa melayu ?Vegetarian dalam bahasa Melayu sama ejaannya seperti bahasa Inggeris.Istilah20.05.2009
siapakah yang layak digelar Yang Berusaha dalam acara rasmi? Adakah dengan kehadiran Pengetua dalam majlis maka gelaran Yang Berusaha hanya untuk beliau sahaja? Adakah Penolong Kanan layak dipanggil Yang Berusaha dalam majlis tersebut atau sekadar Gelaran Yang Dihormati?Bagi sapaan Yang Berusaha adalah untuk individu yang menjadi penganjur atau penggerak sesuartu acara tersebut. Kalau acara itu dikendalikan oleh Penolong Kanan, maka beliau layak diberi sapaan Yang Berusaha. Manakala kehadiran Pengetua,  sapaan yang sepatutnya kepada beliau ialah Yang Dihormati.Lain-lain07.05.2008
bahasa kebangsaan yang digunapakai sekarang disebut /digelar Bahasa Malaysia @ Bahasa Melayu?Di dalam Perkara 152, Perlembagaan Persekutuan jelas menyatakan bahawa bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Oleh yang demikian, perkataan bahasa Melayu lebih tepat digunakan.Lain-lain04.05.2012
Salam.jika orang bodoh dan tidak mahu bertanapaya digelar bodoh sombong,apakah peribahasa untuk orang yang pandai tetapi sombong dan kedekut ilmu?Berdasarkan sumber rujukan kami, tidak ada maklumat tentang peribahasa yang diperlukan. Sila rujuk buku peribahasa dengan melihat satu per satu entri peribahasa dalam buku tersebut.Lain-lain20.07.2012
sebagai seorang pelajar di Institut Perguruan, apakah saya digelar sebagai guru pelatih atau pelatih guru? terima kasih

Guru pelatih.

Tatabahasa08.02.2009
1234

Kembali ke atas