Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata digigit

Puisi
 

Jemur padi padang lalang,
     Habis dimakan ayam denak;
Abang menanti tengah malam,
     Habis belakang digigit nyamuk.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Biar mati ditangkap harimau,
     jangan mati digigit anjing.

Bermaksud :

Alah di tangan orang yang kuat lebih baik daripada alah di tangan orang lemah. (Bandingkan dengan: Biar luka di dada, jangan luka di belakang).

 

Lihat selanjutnya...(2)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
"digigit" oleh tebuan? atau kita mesti menggunakan " disengat "Frasa yang betul ialah disengat tebuan. Istilah18.08.2009
Mohon pencerahan untuk soalan di bawah: Pak Mat ____ ular Tedung Senduk ketika menebas di belakan rumahnya. A. digigit B. dipatuk C. dikacip D. dipagut Jawapan pilihan antara B dan D. Saya telah membuat ke atas kedua2 perkataan tersebut tetapi tiada maklumat kecuali kata dasar. Oleh itu, saya mohon pencerahan jawapan yang paling tepat supaya tidak menimbulkan keraguan dan kekeliruan. Sekian, terima kasih.Menurut data kami, jawapan yang gramatis ialah B. dipatukLain-lain11.03.2019
Merujuk kepada soalan pada 25/07/2014, mengapakah ayat berikut salah ? (1) Lim menjert kerana tergigit kerengga.Ayat ‘Lim menjert kerana tergigit kerengga’ dibetulkan menjadi ayat yang gramatis ialah ‘Lim menjerit kerana digigit oleh kerengga’. Ayat yang gramatis bukan sahaja dari aspek tatabahasa tetapi meliputi aspek makna.Tatabahasa17.08.2014

Kembali ke atas