Maklumat Kata
Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata digitalisasi |
|
|
Khidmat Nasihat
Assalamualaikum. Adakah sudah wujud definisi khas dan rasmi untuk perkataan digitalisasi? Saya sudah membuat pencarian definisi istilah ini tetapi masih kurang jelas. Pencarian di Kamus Online DBP hanya menyatakan digitalisasi sebagai istilah bahasa Melayu bagi digitalization. Wikipidea menyatakan digitalization sebagai proses menukarkan maklumat dalam bentuk digital. Kamus Oxford pula memberi maksud digitalization sebagai penukaran teks, gambar atau suara dalam bentuk digital yang dapat diproses oleh komputer. | Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat, “pendigitalan” bermaksud proses menukarkan (data dan sebagainya) kepada bentuk digital supaya dapat diproses secara langsung oleh komputer. Oleh itu, padanan yang sesuai untuk “digitalization” ialah “pendigitalan”. | Makna | 15.10.2021 |
Adakah perkataan 'DIGITALISASI PENGGUNA' sesuai digunakan bagi menggambarkan perubahan norma pengguna dalam menggunakan perkhidmatan atau membuat pembelian seperti transaksi dalam talian dan penggunaan platform e-dagang dan sebagainya, atau adakah perkataan lain yang lebih sesuai. Mohon pencerahan dan cadangan. Terima kasih. | Padanan perkataan yang sesuai untuk keterangan yang dinyatakan ialah "pendigitalan pengguna". Melalui semakan kami, pola "pendigitalan" lebih banyak digunakan berbanding perkataan "digitalisasi" dan "-sasi" lebih mirip kepada bahasa Indonesia. | Istilah | 12.02.2022 |
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Saya Farahida Othman, Pengurus Penerbitan Korporat di Telekom Malaysia Berhad (TM) . Untuk makluman tuan/puan, kami sedang di dalam proses penterjemahan buku laporan tahunan kami di TM. Saya ingin mendapatkan pandangan pihak Dewan Bahasa & Pustaka tentang perkataan yang sesuai di dalam Bahasa Melayu bagi perkataan “Digitalisation”. Adakah ianya tepat diterjemahkan sebagai pendigitalan atau digitalisasi? Maklumbalas tuan/puan amatlah kami hargai dan disudahi dengan ucapan terima kasih. | Menurut istilah MABBIM, perkataan "Digitalisation" diterjemahkan sebagai pendigitalisan atau digitalisasi. Penggunaan istilah bergantung kepada konteks dan kesesuaian ayat. Sila rujuk http://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=digitalisation&d=286464&#LIHATSINI | Pembinaan Bakat | 04.04.2018 |
Adakah perkataan 'DITALISASI PENGGUNA' sesuai digunakan bagi menggambarkan perubahan norma pengguna dalam menggunakan perkhidmatan atau membuat pembelian seperti transaksi dalam talian dan penggunaan platform e-daganag dan sebagainya, atau adakah perkataan lain yang lebih sesuai. Mohon pencerahan dan cadangan. Terima kasih. | Padanan perkataan yang sesuai untuk keterangan yang dinyatakan ialah "pendigitalan pengguna". Melalui semakan kami, pola "pendigitalan" lebih banyak digunakan berbanding perkataan "digitalisasi" dan "-sasi" lebih mirip kepada bahasa Indonesia. | Istilah | 12.02.2022 |
Kembali ke atas
Thanks for clicking. That felt good.
Close