| Mengapakah kata "baharu" digolongkan dalam kata adjektif manakala kata "baru" digolongkan dalam kata keterangan? Apakah alasan yang digunakan oleh pihak Dewan? | Dalam Kamus Dewan kedua-dua kata tersebut sama maknanya, baru atau baharu boleh berfungsi sebagai kata adjektif atau kadang-kadang sebagai kata keterangan lihat kepada kontek spenggunaannya. | Tatabahasa | 17.07.2008 |
| adakah perkataan terbitan seperti makanan, minuman digolongkan sebagai kata nama? Adakan tai chi, wushu kata nama khas? Jika ya, perlu tak huruf besar (Tai Chi, Wushu)? | Makanan dan minuman digolongkan sebagai kata nama am, oleh itu tidak perlu ditulis dengan huruf besar. Begitu juga dengan perkataan taici dan wusyu. (Rujuk Kamus Dewan Edisi keempat) | Tatabahasa | 17.01.2007 |
| masalah saya ialah dalam frasa berikut :daging lembu, keropok udang, susu kambing,adakah perkataan lembu, udang dan kambing dalam frasa tersebut digolongkan ke dalam kata nama hidup bukan manusia atau frasa tersebut digolongkan dalam kata nama tak hidup bukan manusia.Terima kasih! | Kata nama am ialah perkataan yang merujuk benda, perkara, atau konsep yang umum sifatnya. Kata nama am boleh dibahagikan kepada kumpulan-kumpulan kecil berdasarkan ciri makna perkataannya, iaitu hidup atau tak hidup, manusia atau bukan manusia, institusi atau bukan institusi, konkrit atau abstrak, dan berbilang atau tak berbilang. Perkataan lembu, udang dan kambing ialah kata nama hidup bukan manusia. | Tatabahasa | 22.09.2016 |
| Salam sejahtera, 1.Perkataan tinja merupakan frasa kerana boleh dikembangkan.Contohnya tinja ayam.Jadi, tinja ayam boleh digolongkan sebagai kata majmuk? Anak murid tahun tiga tanya cikgu tetapi guru tidak pasti.Minta pencerahan.Terima kasih. 2. Bagaimanakah pula dengan ' tandas lelaki'? Bolehkah digolongkan sebagai kata majmuk?Sila beri pencerahan.Terima kasih. 3. Bolehkah semua kata ganda penuh ditukar menjadi kata ganda separa? Contohnya 'kotak-kotak' menjadi 'kekotak'.Mengikut kefahaman saya, hanya kata ganda penuh yang membawa maksud tunggal boleh ditukar menjadi kata ganda separa.Contohnya, 'kupu-kupu' membawa maksud satu atau tunggal. Oleh itu, boleh ditukar menjadi kata ganda separa, iaitu kekupu.(soalan ini juga dikemukakan oleh anak murid tahun tiga saya).Sila pencerahan. | Dalam bidang linguistik, kata majmuk bermaksud kata yang merupakan gabungan atau rangkaian dua perkataan atau lebih yang dianggap sebagai satu unit dan mempunyai satu pengertian (misalnya bumiputera, papan hitam, dan lain-lain). Tahi ayam, tandas lelaki bukan merupakan kata majmuk tetapi frasa nama. Penggandaan separa ialah proses yang menggandakan sebahagian kata dasar sahaja. Kata dasar boleh merupakan kata tunggal ataupun kata terbitan. Contoh kata ganda separa kata tunggal, laki - lelaki pohon - pepohon, gelang gegelang tikus - tetikus. Namun tidak semua perkataan boleh menjadi kata ganda separa. Ada juga perkataan yang dijadikan kata ganda separa apabila ia dibentuk menjadi istilah. Contohnya rambut - menjadi rerambut. Ada juga yang mengatakan kata ganda separa dibentuk apabila sesuatu benda itu menjadi seolah-olah seperti. Contohnya kuda menjadi kekuda, tikus (mouse dalam istilah komputer) menjadi tetikus. | Tatabahasa | 05.11.2020 |
| Apakah tafsiran tentang golongan kata mengikut Tatabahasa Dewan Edisi Baharu? | Perkataan dalam sesuatu bahasa dapat digolongkan ke dalam golongan tertentu berdasarkan beberapa kriteria, misalnya kriteria struktur fonologi atau bunyi, kriteria morfem,kriteria sintaksis dan kriteria semantik.Dalam buku Tatabahasa Dewan Edisi Keempat perkataan digolongkan berdasarkan kriteria sintaksis dan semantik kerana penggolongan yang sedemikian didapati lebih selaras fdengan status perkataan sebagai satu bentuk bebas yang menjadi unsur dalam binaan sintaksis, iaitu frasa, klausa dan ayat. Rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Keempat, bab 5, halaman 81. | Tatabahasa | 22.09.2008 |
| Assalamualaikum. Saya mohon bantuan menentukan pola ayat di bawah. 1. Bencana alam merupakan kemusnahan alam sekitar. Ada yang menyatakan polanya FN+FN. Walau bagaimanapun dalam tesaurus merupakan digolongkan sebagai kata kerja. Harap dapat dijelaskan dalam situasi bagaimana perkataan itu boleh menjadi kata nama.Terima kasih ya. 2. Adakah perkataan mengandungi digolongkan sebagai kata kerja? Terima kasih | Kata “merupakan” tergolong dalam kata kerja tak transitif. Perkataan “merupakan” membawa makna lain apabila menerima apitan kata kerja meN... kan. Oleh yang demikian “merupakan” tidak tergolong dalam kata nama. Perkataan “mengandungi” digolongkan sebagai kata kerja transitif. Untuk maklumat lanjut sila rujuk Buku Tatabahasa Dewan (DBP, 2014), halaman 190-193. Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020) halaman 957, 1918. | Tatabahasa | 16.01.2024 |
| Mengapakah perkataan 'secara' digolongkan sebagai kata nama? | Salam Sejahtera, Perkataan 'secara' tidak tergolong dalam kumpulan kata nama. Perkataan 'cara' merupakan kata nama. 'Secara' pula merupakan kata sendi nama. Penggunaan kata sendi nama digunakan bersama dengan kata nama. Sebagai contoh, Pegawai itu telah menerangkan akta tersebut kepada kami secara ringkas sahaja. | Tatabahasa | 18.06.2020 |
| Adakah kata boleh digolongkan ke dalam lebih daripada satu golongan kata ? Berdasarkan contoh kata 'mengenai' dalam ayat 1. Tembakan itu mengenai sasaran. 2. Nenek bercerita kepada kami mengenai kehidupannya semasa kecil. | Perkataan "mengenai" tergolong sebagai kata kerja yang membawa maksud kena pada. Contohnya: Tembakan pemburu itu mengenai sasarannya. Walau bagaimanapun, penggunaan "mengenai" yang disamakan dengan tentang serupa dengan penggunaan bentuk kata kerja lain seperti melalui, mengikuti dan menerusi, iaitu berfungsi sebagai kata sendi nama walaupun kata-kata ini sebenarnya tergolong dalam kata kerja. Contoh penggunaan kata kerja ini sebagai kata sendi nama adalah seperti yang berikut: 1. Antara laporan yang disediakan itu termasuklah ringkasan mengenai keperluan tenaga manusia dan keperluan kemudahan. 2. Berita kematiannya dihebahkan melalui radio. | Tatabahasa | 18.09.2012 |
| Mengapa perkataan Internet digolongkan sebagai kata nama khas? Ini kerana perkataan Internet dieja dengan huruf besar. Pada saya, internet lebih sesuai sebagai kata nama am. Sila rujuk Kamus Dewan. | Internet dianggap sebagai kata nama khas kerana membawa makna rujukan khusus pada sesuatu benda. | Istilah | 01.12.2009 |
| Saudara, perkataan 'bagai' digolongkan dalam Kata Sendi Nama, bagaimana dengan 'sebagai'. Apakah golongan kata bagi 'sebagai'. terima kasih. | Sebagai juga tergolong dalam kelas Kata Sendi Nama. | Tatabahasa | 15.01.2009 |