1. apakah maksud peribahasa seperti bertih digoreng? 2. Adakah peribahasa ini boleh digunakan untuk menyatakan sesuatu suasana yang meriah,contoh ayat: Suasana aktiviti itu sangat meriah seperti bertih digoreng. | Menurut Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021, hlm. 276), peribahasa "seperti bertih digoreng" bermaksud “bunyi seperti bunyi senapang yang tidak henti-henti atau berterusan”. Oleh itu, tidak tepat dengan contoh ayat yang diberikan. | Sastera | 26.08.2024 |
apakah bahasa atau perkataan yang sesuai bagi kumpulan makanan yang digoreng?.Misalnya mee goreng, nasi goreng dan bihun goreng dimaksukan di bawah kumpulan makanan (bergoreng).Adakah perkataan (bergoreng) dalam kurungan tersebut sesuai digunakan atau salah dari aspek pengunaan bahasa tersebut? | Mi goreng, nasi goreng dan bihun goreng boleh dikategorikan sebagai makanan bergoreng jika merujuk cara memasak makanan tersebut, iaitu digoreng. | Tatabahasa | 07.05.2012 |
Ratna suka makan _________ yang digoreng oleh ibunya. Adakah betul jika murid tulis ayam telur? | Tidak sesuai. Merujuk Kamus Dewan, ayam telur bermaksud ayam yang diternak terutamanya utk mendapatkan telurnya (bukan dagingnya)
| Makna | 15.10.2018 |
1.penjodoh bilangan bagi isi cempedak yang digoreng .ulas atau ketul 2. perbezaan bermastautin dan bermukim 3. bolehkan perkataan gusar membawa maksud bimbang , risau atau takut | 1. Kedua-duanya boleh digunakan: ulas atau ketul. Yang paling tepat: ulas. 2. bermastautin- bukan penduduk asal/tetap yang tinggal di sesuatu tempat/kawasan. bermukim- penduduk asal yang tinggal di kawasannya. 3. Gusar bermaksud: berang, marah dan tidak membawa maksud bimbang, risau atau takut. | Lain-lain | 09.09.2009 |
Apakah jawapan untuk soalan yang berikut: Ayam yang digoreng oleh kakak telah________kerana api terlalu besar. A. Hangus B. Hangit C. Rentung D. Lemau Harap tuan dapat memberi penjelasan. Terima kasih. | Ayat yang tepat ialah "Ayam goreng itu hangus kerana api terlalu besar". Hangus bermaksud menjadi binasa kerana dimakan api atau terbakar hingga menjadi hitam; manakala hangit ialah bau yang dapat dihidu akibat rosak atau terbakar (berkenaan makanan seperti nasi, lauk, kuih, dan sebagainya yang dimasak atau dibakar terlalu lama). | Tatabahasa | 12.12.2013 |
CUCUR bermaksud? | Cucur ialah aliran ke bawah (air) atau kuih yang diperbuat daripada tepung dan lain-lain yang digoreng. | Makna | 27.04.2009 |
Huraian kerisik dalam Istilah - grounded coconut - kelapa yang digiling untuk dibuat kerisik. Sedangkan definisi yang tepat (kamus pelajar) kelapa parut atau dikukur yang digoreng dan dilumatkan. Jadi tidakkah sepatutnya dalam bahasa Inggeris perlu ada perkataan 'fried'? Mohon penjelasan. | Padanan istilah yang sesuai untuk Grounded Coconut ialah Kelapa Giling. | Penyemakan dan penterjemahan | 25.10.2017 |
Apakah ejaan yang betul dan makna yang betul, adakah serondeng atau serunding? | Ejaan yang betul ialah serondeng yang bermaksud makanan yang dibuat daripada kelapa parut yang digoreng atau makanan yang dibuat daripada daging (ikan, udang dan sebagainya) yang disiat halus-halus dan dimasak dengan santan dan rempah-rempah hingga kering. | Ejaan | 20.06.2018 |
Fatimahwati Wahid Jul 11th, 1:59am As salam...ingin bertanya lagi. Yang mana satu betul.... pisang goreng atau goreng pisang? Adakah cara penggunaanya berbeza? | Pisang goreng ialah pisang yang telah digoreng,iaitu sejenis makanan dan tergolong dalam kategori kata nama, contoh lain seperti ayam goreng, mi goreng, nasi goreng. Manakala goreng pisang merupakan perbuatan menggoreng pisang, iaitu memasak pisang dengan minyak. | Tatabahasa | 11.07.2014 |
salam...boleh sy tanya ejaan sebenar untuk ini..bergedil atau bergedel?? | Ejaan yang tepat adalah 'bergedel' yang merujuk kepada makanan yang dibuat daripada ubi kentang dan daging yang dilumatkan bersama, dibentuk bulat-bulat kecil, dan digoreng. | Ejaan | 25.07.2012 |