Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
pakai
Kata Terbitan : memakai, terpakai, pakaian, berpakaian, pemakaian, sepemakaian, pemakai,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1)diguna pakai atau digunapakai 2)dikenal pasti atau dikenalpasti1)diguna pakai 2)dikenal pastiEjaan08.04.2011
Jenis bahasa yang diguna pakai masyarakat melayuJenis bahasa yang diguna pakai ialah rumpun bahasa Austronesia yang terdiri daripada empat cabang, iaitu kumpulan bahasa Nusantara, kumpulan bahasa Polinesia, kumpulan bahasa Melanesia dan kumpulan bahasa Mikronesia. Rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 3-5.   Lain-lain30.04.2008
Salam Kemerdekaan. 1) Adakah perkataan ditransformasikan boleh diguna pakai? 2) Apakah perkataan Bahasa Melayu yang sesuai diguna pakai dalam mengantikan perkataan "Blue Print" Terima kasih.1. Perkataan "ditransformasikan" adalah betul dan boleh digunakan.
2. Istilah bahasa Melayu untuk blue print ialah 1. cetak biru 2. rangka tindakan
Istilah11.09.2012
Salam 1Malaysia Bagaimana nak membezakan penggunaan digunapakai dengan diguna pakai. Bagaimana cara menulis nota kaki

1. Ejaan yang betul ialah diguna pakai.

2. Buku Gaya Dewan Edisi Ketiga memberi garis panduan yang berikut:

a. Muka taip nombor rujukan nota kaki di dalam teks hendaklah dalam bentuk superskrip.

b. Jarak di antara garis pemisah dengan garis dasar baris pertama nota kaki ialah satu em.

c. Saiz taip nota kaki dua poin lebih kecil daripada saiz taip teks.

d. Reka letak maklumat nota kaki hendaklah dipisahkan daripada teks oleh satu garis halus mendatar sepanjang 2.5 cm.

e. Jarak di antara garis dasar baris akhir teks dengan garis pemisah nota kaki hendaklah tidak kurang daripada satu em.

f. Nombor nota kaki dicetak santak kiri. Bahan nota kaki hendaklah sebaris dengan nombor dan dijarakkan satu em. Baris nota berikutnya hendaklah selajur dengan ayat pertama nota itu.

Sila rujuk Gaya Dewan Edisi ketiga untuk keterangan selanjutnya.

Ejaan19.09.2011
Mana satukah penggunaan yang tepat, diguna pakai atau diterima pakai? Tidakkah istilah diguna pakai itu dilihat melewah kerana guna dan pakai merupakan sesuatu yang sama?Perkataan yang betul ialah diterima pakai.Tatabahasa14.10.2014
Adakah ada perkataan "diguna pakai" dalam bahasa Malaysia dan adakah boleh digunakan dalam ayat berikut : Sistem tersebut telah diguna pakai oleh agensi perhutanan untuk tujuan pemantauan perubahan hutan. Terima kasih.Perkataan yang betul ialah diterima pakai, Sistem tersebut telah diterima pakai oleh agensi perhutanan untuk tujuan pemantauan perubahan hutan.Tatabahasa21.09.2012
Salam sejahtera. adakah peribahasa di bawah ini mempunyai maksud yang sama dan diguna pakai? 1. bagai langit dengan bumi 2. bagai bumi dengan langit 3. seperti bumi dengan langit 4. seperti langit dan bumiSalam sejahtera,

Berdasarkan soalan, peribahasa yang mempunyai makna dan diguna pakai ialah seperti langit dengan bumi yang bermaksud banyak sekali bezanya. Tuan boleh merujuk Kamus Istimewa Peribahasa Melayu Edisi Kedua, Abdullah Hussain untuk makluman lanjut.
Sekian, terima kasih.
Sastera27.05.2017
Salam, Saya ingin mengetahui istilah sebenar yang digunakan bagi pemutar skru dan skru seperti yang ditunjukkan dalam gambar (seperti yang dilampirkan). Untuk makluman tuan, istilah yang selalu diguna pakai (secara tidak rasmi) adalah pemutar skru mata philips, pemutar skru mata rata, manakala bagi skru pula istilah yang selalu diguna pakai ialah skru kepala philips dan skru kepala belah atau kepala rata. Mohon bantuan dari pihak tuan kerana tiada rekod dalam www.prpn.dbp.gov.my. saya juga telah membuat rujukan dalam internet melalui web-web tertentu tetapi semua istilah yang diguna pakai adalah tidak sama. Segala kerjasama dari ppihak tuan, diucapkan jutaan terima kasih.Istilah bahasa Melayu untuk gambar yang diberikan adalah seperti yang berikut:
1. Phillips screw driver  - pemutar skru Phillips
2. screw driver   -  pemutar skru (tidak ada istilah pemutar skru mata rata)
3. Phillips screw head - skru Phillips
4. slot head screw -  skru ulir
Istilah11.10.2012
Salam. Adakah betul terjemahan New Normal yang sering diguna pakai sekarang ialah Norma Baharu/Baru? Bukankah sepatutnya ialah Kebiasaan Baharu/Baru? Setahu saya, Norma tak sama maksudnya dengan Normal.
Padanan bahasa Melayu bagi new normal ialah kebiasaan baharu manakala new norm pula ialah norma baharu.

Kebiasaan baharu merupakan tindakan atau tingkah laku yang baharu atau tidak seperti kebiasaan untuk dijadikan standard atau biasa disebabkan oleh sesuatu perkara seperti pandemik penyakit berjangki, dalam usaha mengadaptasi keadaan baharu.

Norma baharu pula merupakan peraturan yang diterima atau diguna pakai oleh masyarakat disebabkan berlakunya sesuatu perkara seperti pandemik penyakit berjangkit.
Penyemakan dan penterjemahan02.06.2020
Mengapakah "Justeru" diguna pakai untuk menggantikan "Justeru itu" ?Makna justeru ialah malahan, bahkan, kebetulan. Berdasarkan makna tersebut memadai dengan justeru, bukan justeru itu.Tatabahasa10.02.2011
12345678910...

Kembali ke atas