INGIN MENDAPATKAN KEPASTIAN, ADAKAH PERKATAAN-PERKATAAN INI (SUATU SENJA, SESENJA, SATU SENJA) BOLEH DIGUNAPAKAI DALAM SESUATU AYAT DAN PERKATAAN MANTAN BOLEH DIGUNAPAKAI LAGI ATAU IDAK | Perkataan yang biasa digunkan ialah suatu atau satu senja. Perkataan mantan masih digunakan. | Tatabahasa | 02.05.2008 |
Assalamualaikum, bolehkah perkataan "fogging" seperti aktiviti fogging nyamuk digunapakai dalam bahasa Malaysia? Mungkin hanya italik perkataan tersebut. Terima kasih. | Assalamualaikum, bolehkah perkataan "fogging" seperti aktiviti fogging nyamuk digunapakai dalam bahasa Malaysia? Mungkin hanya italik perkataan tersebut. Terima kasih. Puan tidak perlu meminjam dan menulis italik istilah "fogging" kerana telah ada istilah padanan dalam bahasa Melayu iaitu "pengabutan", yang merujuk "penggunaan pestisid dengan cara memanaskan bahan kimia, lalu membentuk bintik-bintik halus yang kelihatan seperti kabut, biasanya untuk membunuh nyamuk dan serangga perosak lain". | Istilah | 03.01.2014 |
Saya ingin mendapatkan pengesahan berkaitan istilah Kluster yang digunapakai secara meluas pada masa ini. Namun dalam carian DBP, istilah ini masih tidak didefinisikan dan didaftarkan oleh DBP. Mohon pandangan, adakah istilah ini boleh digunapakai dalam pekeliling, surat edara rasmi kerajaan dan sebagainya. Jika boleh mohon dikemaskini dalam glosari istilah . Tkasih | Pertanyaan dan cadangan tuan telah kami panjangkan kepada Bahagian Perkamusan. Kami berpandangan perkataan "kluster" telah diterima kerana penggunaanya yang sangat meluas, namun begitu pengesahan rasmi tentang perkataan "kluster" ini akan kami maklumkan terus kepada pihak tuan dengan kadar segera. Terima kasih atas keprihatinan tuan dalam hal ini. | Lain-lain | 18.03.2021 |
Apakah perkataan untuk digunapakai bagi AJK/Pembawa dulang cenderamata dalam sesuatu majlis? Kebiasaannya saya menggunakan perkataan gadis dulang sahaja. Adakah perkataan lain yang lebih tepat? | Belum ada istilah khusus untuk pembawa dulang cenderamata dalam sesuatu majlis. Kami mencadangkan ‘pembawa dulang’ kerana lebih selaras dengan ‘penyambut tetamu’ berbanding ‘gadis dulang’ yang pada hakikatnya pembawa dulang boleh sahaja lelaki atau perempuan. | Istilah | 24.04.2017 |
bahasa kebangsaan yang digunapakai sekarang disebut /digelar Bahasa Malaysia @ Bahasa Melayu? | Di dalam Perkara 152, Perlembagaan Persekutuan jelas menyatakan bahawa bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Oleh yang demikian, perkataan bahasa Melayu lebih tepat digunakan. | Lain-lain | 04.05.2012 |
Mengapakah gelaran Gabenor yang digunapakai pada tahun 1957 (selepas kemerdekaan) berubah menjadi Yang di-Pertua Negeri (Tuan Yang Terutama) pada tahun 1975 iaitu sewaktu pemerintahan Tun Dato' Haji Sardon Bin Haji Jubir (YDPN Pulau Pinang yang keempat). | Kami mencadangkan tuan merujuk Kerajaan Negeri kerana setiap negeri mempunyai struktur pentadbiran dan gelaran yang berbeza. | Lain-lain | 19.01.2022 |
Apakah istilah yang boleh digunapakai bagi 'binding washer manufacturing machinery'? (Kategori: Kejuruteraan) | Cadangan terjemahan kami ialah mesin pembuatan pengikat sesendal. | Penyemakan dan penterjemahan | 02.12.2015 |
1)diguna pakai atau digunapakai 2)dikenal pasti atau dikenalpasti | 1)diguna pakai 2)dikenal pasti | Ejaan | 08.04.2011 |
Adakah perkataan REGALIA boleh digunapakai dalam bahasa Melayu? | Regalia ialah bahasa Inggeris. Istilah bahasa Melayu untuk regalia ialah jata atau juga dikenali dengan alat kebesaran. | Istilah | 03.01.2009 |
Saya mendapati istilah ALLAHYARHAMAH yang digunapakai dalam Kamus Dewan tidak terdapat dalam bahasa Arab. Hal ini kerana, kaedah bahasa Arab tidak membenarkan kemasukkan ta marbutah (melambangkan wanita) ke dlm kata kerja (feel). Frasa Muslim utk lelaki dan Muslimah utk wanita adalah betul kerana ia adalah kata nama. Manakala tiada perkataan Yarhamah bagi perkataan Yarham (lelakii) kerana ia adalah feel mudharik (kata kerja) | Kamus Dewan Perdana menakrifkan "Allahyarham" bermaksud Allah memberi rahmat, iaitu kata yang digunakan bagi orang Islam lelaki dan wanita yang telah meninggal dunia. Kata “Allahyarhamah” pula merujuk jantina, iaitu wanita Islam yang telah meninggal dunia. Walaupun kata “Allahyarhamah” ini kurang tepat dari segi pembentukan kata dalam bahasa sumber (bahasa Arab), namun kata ini telah mantap penggunannya dalam kalangan masyarakat. Oleh itu, Kamus Dewan Perdana, kamus terbaharu terbitan DBP telah membuat penambahbaikan dengan memasukkan juga bentuk kata yang betul, iaitu "Allahyarhamha", bagi wanita Islam yang telah meninggal dunia. | Makna | 19.02.2022 |