Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dihadapi


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Meskipun dugaan yang dihadapi oleh Ayeena itu tidaklah terlalu getir, namun dia menangis semahu-mahunya. Inilah soalan PMR, bedasarkan ayat ini, perkataan "dihadapi" adalah salah diguna. Saya tidak memahami tentang jenis kesalahannya, dan ingin meminta tunjuk ajar tuan/ puan. Terima kasih.

Penggunaan kata "hadapi" dalam ayat tersebut adalah betul sama seperti ayat Masalah pencemaran udara sering dihadapi oleh negara-negara yang sedang membangun. Sila berbincang dengan Lembaga Peperiksaan yang menyediakan soalan tersebut untuk mengenal pasti kesalahan yang dimaksudkan.

Tatabahasa14.09.2011
Perjumpaan itu diadakan adalah untuk berbincang tentang segala masalah yang dihadapi oleh persatuan ituPerjumpaan itu diadakan adalah untuk membincangkan segala masalah yang dihadapi oleh persatuan ituTatabahasa17.06.2014
Assalamualaikum, boleh nyatakan apakah cabaran-cabaran yang dihadapi oleh DBP dalam memertabatkan bahasa Melayu di Malaysia? dan apakah cabaran yang paling utama sehingga mengkehendaki DBP meneruskan program-program memertabatkan bahasa Melayu terutama sekali di bawah Jabatan Pengembangan Bahasa dan Sastera? Terima Kasih.Banyak cabaran yang dihadapi oleh DBP khususnya dalam usaha memartabatkan bahasa Melayu di negara ini. Antara faktor utama ialah isu globalisasi yang mementingkan penggunaan bahasa Inggeris dalam pelbagai ranah kehidupan. Ditambah pula, dengan kewujudan institusi pendidikan swasta yang seolah-olah meminggirkan bahasa Melayu dalam sistem pendidikannya. Oleh itu, DBP mengharapkan pihak yang berwewenang perlu memahami dan komited dalam menjayakan dasar bahasa negara. Apatah lagi bahasa Melayu telah disepakati sebagai bahasa kebangsaan sebagaimana yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia. Untuk maklumat lanjut, tuan perlu membuat kajian dan pembacaan yang banyak. Soalan yang berbentuk tugasan sebegini tidak dapat diselesaikan dalam ruang yang terhad ini.
Lain-lain17.03.2014
Tuan/ Puan Apakah bezanya antara Cabaran, halangan dan masalah? Contoh soalan Apakah cabaran yang dihadapi oleh Malaysia dalam mengatasi kebanjiran pekerja asing di negara ini? (Yang manakah berikut merupakan cabaran dan bukan masalah atau halangan?) i. Kekurangan kewangan ii. Rakyat negara yang terlalu memilih pekerjaan iii. Gaji rakyat tempatan yang tinggi iv. Kekurangan pegawai penguatkuasaan v. Kes Jenayah yang meningkat vi. Peningkatan pengangguran rakyat tempatan vii. aliran keluar wang negara terima kasih cikgu tanCabaran bermaksud  sesuatu unsur/faktor yang menguji kemampuan seseorang atau sesuatu organisasi, halangan bermaksud gangguan atau rintangan dan masalah bermaksud perkara atau keadaan yang menimbulkan kesukaran. Oleh itu, penggunaan perkataan tersebut mesti disesuaikan dengan konteks ayat tersebut. Contohnya ayat Apakah cabaran yang dihadapi oleh Malaysia dalam mengatasi kebanjiran pekerja asing di negara ini? Penggunaan perkataan cabaran dalam ayat ini betul kerana kebanjiran pekerja asing merupakan faktor yang menguji kemampuan Malaysia menanganinya.Tatabahasa04.06.2012
senaraikan kesan yang dihadapi apabila tidak mengagungkan bahasa yang baikApabila tidak menggunakan bahasa yang baik komunikasi tidak dapat berjalan dengan lancar kerana mesej tidak dapat disampaikan atau tidak difahami. Kemungkinan berlaku salah faham atau salah tafsiran kepada kenyataan yang dibuat. Ini boleh menyebabkan tindakan atau maklum balas tidak dapat dibuat kerana mesej tidak sampai atau tidak jelas.Lain-lain10.10.2006
As salam Tuan, Apakah kesan dan tindakan yang akan dihadapi sekiranya seseorang / syarikat itu mewujudkan istilah / perkataan yang tidak terdapat dalam rujukan DBP ataupun yang tidak pernah disahkan oleh DBP? Apakah yang seharusnya dilakukan untuk menyelasikan masalah begini dalam usaha menghapuskan pengunaan jargon kejuruteraan yang tidak bersesuaian? Terima kasih semoga Allah swt memberkati usaha kita.Tuan boleh menghubungi Bahagian Peristilahan dan Leksikologi di DBP untuk mendapatkan cadangan istilah yang sesuai atau mengemukakan istilah yang telah dicadangkan kepada mereka untuk dibawa kepada Jawatankuasa Istilah Semasa. Pihak DBP sentiasa mengalukan-alukan cadangan istilah baharu daripada pihak luar untuk menambah istilah dalam pangkalan data.Istilah03.09.2012
Salam. Pada abad ke-21 ni kita melihat banyak cabaran yg dihadapi dalam usaha untuk memartabatkan dasar dan polisi bahasa di negara kita. Dalam konteks pembangunan perisisan teknologi maklumat, apakah langkah-langkah yg diambil DBP untuk mengekalkan polisi bahasa yang tersedia ada agar seiring dengan pembangunan teknologi maklumat?

Assalamualaikum

Untuk makluman, kemajuan teknologi maklumat tidak akan memperkasakan bahasa Melayu tetapi dengan mengetahui kelebihan teknologi maklumat seperti mampu menyampaikan maklumat dengan cepat dan pantas, tanpa halangan masa dan sempadan benua maka bahasa melayu boleh diperkasakan dengan menggunakan kelebihan teknologi maklumat. Ini bermakna kita boleh memperkasakan bahasa Melayu dengan menggunakan teknologi maklumat. Caranya, pertama kita perlu memahami bagaimana kita boleh menerbitkan bahan-bahan berbahasa melayu dengan pantas menggunakan teknologi. Kedua, kita perlu memahami kelebihan penyebaran maklumat menggunakan teknologi berbanding dengan menggunakan kaedah tradisional dan ketiga fikirkan pula bagaimana menggunakan teknologi ini boleh memperkasakan dan memasyarakatkan bahasa melayu.

Contohnya, untuk memperkasakan dan memasyarakatkan bahasa melayu kita haruslah memperbanyakkan penerbitan bahan-bahan berbahasa melayu di berbagai-bagai bidang dan berbagai-bagai peringkat pengguna. Ini lah yang sedang diusahakan dengan giat oleh DBP. Dengan menggunakan teknologi kita boleh mempercepatkan proses penulisan, penyuntingan dan juga penerbitan.

Seterusnya dengan menggunakan teknologi kita boleh menyebarluaskan bahan tersebut tanpa sempadan dunia dengan pantas dan bahan tersebut juga boleh dicapai diseluruh dunia tanpa mengira waktu (pagi atau petang , siang atau malam). Malahan di negara sedang berperang pun kita boleh menyebarkan bahan berbahasa melayu dengan menggunakan teknologi. Bayangkan jika kita cuba menyebarkan bahan berbahasa melayu dengan kaedah tradisional di negara yang sedang berperang!

Begitulah hebatnya teknologi.

Lain-lain03.11.2010
Dengan berbuat demikian, setiap ahli keluarga akan mendapat tahu akan masalah yang dihadapi. Adakah penggunaan dengan diawal ayat dibenarkan ?Salam sejahtera,

Ayat di atas betul penggunaan kata "dengan".

Sekian, terima kasih.
Tatabahasa07.06.2017
Pak Samad yang tua itu terpaksa menjaga isterinya yang uzurr. Masalah yang dihadapi oleh Pak Samad turut dirasai oleh jiran2nya. situasi ini diibaratkan ........ ? apakah peribahasa yang sesuai dengan situasi di atas?

Sdr. yuyew, terima kasih kerana menghubungi KNBDBP.

peribahasa yang sesuai ialah berat sama dipikul ringan sama dijinjing

Makna29.04.2009
Cabaran dan kendala dalam usaha memperkasa dan memertabatkan bahasa MelayuPelbagai cabaran yang perlu dihadapi dalam usaha memperkasakan bahasa Melayu, lebih-lebih lagi dalam negara merdeka seperti Malaysia yan sentiasa terbuka menerima sebarang bentuk kemajuan. Bahasa Melayu sebagai bahasa moden yang berkembang seiring dengan kemajuan dunia terdedah kepada pelbagai unsur yang sedikit sebanyak memberi kesan kepada kualiti penggunaan bahasa Melayu. Namun apa yang penting ialah iltizam kita sebagai pengguna bahasa Melayu dan atas semangat mematuhi perlembagaan negara yang telah menetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi, bahasa perpaduan harus tekal memperkasakan bahasa Melayu.Lain-lain27.07.2009
123456

Kembali ke atas