Ali dihadiahi sebuah buku oleh Abu. lebih gramatis atau Ali dihadiahi oleh Abu sebuah buku. ayat mana lebih tepat? | Ali dihadiahi oleh Abu sebuah buku. / Ali dihadiahi Abu sebuah buku | Tatabahasa | 23.07.2008 |
macam mana hendak pasifkan ayat aktif berikut : Ayah menghadiahi saya sebatang pen. Saya dihadiahi oleh ayah sebatang pen. betulkah? atau Saya dihadiahi sebatang pen oleh ayah. Yang mana satukah yang lebih tepat? atau kedua-duanya diterima? | Menurut Tatabahasa Dewan, Ayat aktif ialah ayat yang mengandungi kata kerja yang mengutamakan subjek asal sebagai judul atau unsur yang diterangkan. Jadi ayat pasifnya ialah sebatang pen dihadiahkan oleh ayah kepada saya. Terima kasih | Tatabahasa | 09.05.2007 |
Ibu menghadiahi anak sebatang pen Kalau dipasifkan jawapannya... 1. Anak dihadiahi oleh ibunya sebatang pen 2. Sebatang pen dihadiahkan oleh ibu kepada anaknya.. Betul ke salah?? Terima kasih | 1. Anak dihadiahi sebatang pen oleh ibunya. 2. Sebatang pen dihadiahkan oleh ibu kepada anaknya. | Tatabahasa | 05.03.2019 |
Puan Lee telah menghadiahi Jenny sebuah komputer bersempena dengan hari lahirnya. Ayat Pasif yang betul ialah: (a) Jenny telah dihadiahi Puan Lee sebuah komputer bersempena dengan hari lahirnya. (b) Jenny telah dihadiahkan Puan Lee sebuah komputer bersempena dengan hari lahirnya. (c) Jenny telah dihadiahi sebuah komputer oleh Puan Lee bersempena dengan hari lahirnya. Yang mana paling tepat? Mengapa? | Ayat aktif - Puan Lee telah menghadiahi Jenny sebuah komputer bersempena dengan hari lahirnya. Ayat pasif yang betul - Janny telah dihadiahi sebuah komputer oleh Puan Lee bersempena dengan hari lahirnya. Untuk makluman, ayat aktif ialah ayat yang mengandungi kata kerja yang mengutamakan subjek asal sebagai judul atau unsur yang diterangkan. Contoh ayat: Murid-murid sekolah itu sedang belajar. Ayat pasif ialah ayat yang mengandungi kata kerja yang mengutamakan objek asal sebagai judul atau unsur yang diterangkan. Contoh ayat: Kucing itu dikejar oleh anjing. (daripada: Anjing mengejar kucing) Sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga untuk keterangan lanjut. | Tatabahasa | 11.10.2015 |
Salam tuan di talian, Ayat manakah yang betul apabila ayat aktif yang berikut apabila ditukar kepada ayat pasif. Ayat Contoh: Datuk menghadiahi Zakwan sebuah tabung buluh yang berukiran indah. 1. Zakwan dihadiahi sebuah tabung buluh berukiran indah oleh datuk. ATAU 2. Zakwan dihadiahi datuk sebuah tabung buluh yang berukiran indah. Sekian, terima kasih. | Ayat yang betul ialah "Zakwan dihadiahi sebuah tabung buluh berukiran indah oleh datuk" - lihat buku Tatabahasa Dewan, halaman 205. | Tatabahasa | 18.10.2011 |
Betulkah hukum tatabahasa di bawah? 1) menghadiahi + orang 2) dihadiahi + objek 3) menghadiahkan + objek 4) dihadiahkan + orang 5) membuatkan + orang 6) dibuatkan + objek Jika terdapat rumus yang salah, mohon untuk dibetulkan dan jelaskan sebabnya. | Untuk makluman, contoh-contoh yang diberikan tidak mengandungi kesalahan dan boleh digunakan. Akan tetapi, merujuk buku Tatabahasa Dewan, orang yang dimaksudkan, juga disebut sebagai objek, bezanya objek bernyawa (tidak semestinya orang) dan juga objek tidak bernyawa. Contoh: 1) menghadiahi + objek bernyawa 2) dihadiahi + objek tidak bernyawa 3) menghadiahkan + objek tidak bernyawa 4) dihadiahkan + objek bernyawa 5) membuatkan + objek bernyawa 6) dibuatkan + objek tidak bernyawa | Tatabahasa | 04.08.2016 |
'dihadiahkan oleh ibu' betul atau 'dihadiahi oleh ibu betul'? | Yang betul ialah "dihadiahkan oleh ibu". | Tatabahasa | 06.02.2009 |
Adakah ayat ini betul-Sepasang kerongsang telah dibeli oleh Halim untuk dihadiahi kepada isterinya. | Ayat yang gramatis ialah "sepasang kerongsang telah dibeli oleh Halim untuk dihadiahkan kepada isterinya". | Tatabahasa | 09.10.2012 |
Apakah ayat pasif untuk ayat ini? Saya menghadiahi Ali sekuntum bunga. | Ali dihadiahi saya sekuntum bunga. | Lain-lain | 06.04.2014 |
Saya masih keliru dengan penggunaan kata imbuhan akhiran -i dan - kan. Misalnya seperti perkataan 'dihadiahi 'dan 'menghadiahkan'. Imbuhan yang mana satukah yang digunakan untuk benda dan digunakan untuk merujuk kepada orang? Manakah yang lebih betul 'hal-hal lain' atau 'lain-lain hal'. Sila berikan sedikit penjelasan tentang perkara di atas? sekian terima kasih. | Apitan meN-...-kan lazimnya menerima objek yang tidak bernyawa dan apitan meN-...-i menerima objek yang bernyawa. Contoh ayat: Osman menghadiahkan sebuah basikal kepada Ahmad. Osman menghadiahi Ahmad sebuah basikal. Untuk maklumat lanjut sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 190. | Tatabahasa | 08.04.2010 |