Betulkah penggunaan 'di' ini? - Remaja dan kanan-kanak di bawah 18 tahun diharamkan merokok. - Pihak polis berterima kasih di atas tindakan pantas Amin. - Tiada sesiapa yang lulus di dalam kalangan mereka. - Pergaduhan di antara Fauzi dan Fizi masih belum berkesudahan. - Perbuatan mewarnakan rambut haram di sisi agama Islam. | Ayat yang betul ialah "Remaja dan kanan-kanak di bawah 18 tahun diharamkan merokok", "Perbuatan mewarnakan rambut haram di sisi agama Islam". | Tatabahasa | 01.11.2015 |
Hai, apakah terjemahan yang sesuai bagi "banned"? Sesuai kah ia diterjemahkan kepada "diharamkan"? Contoh ayat: You are banned from this website and unable to login for 10 min. Terima kasih. | Untuk makluman terdapat beberapa istilah bahasa Melayu untuk ban, iaitu haram, halang, larang, sekat dan tahan. Berdasarkan konteks yang diberikan, padanan bahasa Melayu yang dicadangkan ialah dihalang atau disekat. | Istilah | 16.10.2012 |
bagaimana bahasa tabu wujud dan dipraktikkan dalam masyarakat? | Tabu ialah sesuatu yg dilarang, pantang larang, pemali; 2. (yg) terlarang, (yg) diharamkan atau ditegah drpd dipercakapkan dsb. Bahasa ini wujud kemungkinan besar disebabkan oleh gejala sosial yg wujud pada hari ini. Misalnya, budaya sesuatu negeri yg diambil oleh negeri lain dalam perbualan walaupun pada asalnya untuk negeri tersebut, tetapi telah disalahertikan oleh komuniti sosial masyarakat negeri lain. Ini ditambah pula dengan masalah bahasa slanga yg kadangkala terdapat ungkapan tabu di dalamnya yg dipraktikkan oleh sebilangan masyarakat lain. Proses integrasi sosial antara penyebab kepada wujudnya bahasa tabu tersebut. T.kasih. | Lain-lain | 21.08.2008 |
Sehubungan dengan itu, ulama Islam telah berselisih pendapat mengenai hukum menterjemahkan al-Quran ke dalam bahasa lain. Beberapa ulama seperti Muhammad Rashid Ridha, Muhammad Said al-Bani dan Muhammad Sulaiman berpandangan bahawa hukum menterjemahkan al-Quran ke dalam bahasa lain adalah diharamkan. Soalan: Adakah penggunaan 'ke' tepat? atau cukup dengan 'dalam' sahaja? | Penggunaan kata sendi yang tepat ialah dalam. xxx menterjemahkan al-Quran dalam bahasa lain. | Lain-lain | 01.12.2020 |
minta jelaskan maksud bahasa taboo, bahasa pidgin, bahasa kolakial dan bahasa rojak | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, tabu dalam bahasa Melayu bermaksud 1. sesuatu yg dilarang, pantang larang, pemali; 2. (yg) terlarang, (yg) diharamkan atau ditegah drpd dipercakapkan dsb: apakah ini suatu isu ~ yg tidak diperbincangkan?. Bahasa pijin:bahasa yg terdiri drpd campuran unsur dua atau lebih bahasa lain yg digunakan apabila penutur yg berlainan bahasa berkomunikasi antara satu dgn yg lain. Bahasa kolokial: bersifat bahasa percakapan atau bahasa basahan (bukan bahasa baku): perkataan kau orang itu adalah frasa ~. Bahasa rojak: bahasa yg bercampur aduk kata-kata yg digunakan oleh penuturnya (mis seketika perkataan Melayu dan seketika perkataan Inggeris). Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi Pusat Dokumentasi Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka atau mana-mana perpustakaan/pusat sumber untuk tujuan tersebut. | Makna | 19.06.2010 |
takrif bahasa dan contoh : - taboo - kreol -kolokial - pigin, | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, tabu dalam bahasa Melayu bermaksud 1. sesuatu yg dilarang, pantang larang, pemali; 2. (yg) terlarang, (yg) diharamkan atau ditegah drpd dipercakapkan dsb: apakah ini suatu isu ~ yg tidak diperbincangkan?. Bahasa pijin:bahasa yg terdiri drpd campuran unsur dua atau lebih bahasa lain yg digunakan apabila penutur yg berlainan bahasa berkomunikasi antara satu dgn yg lain. Bahasa kolokial: bersifat bahasa percakapan atau bahasa basahan (bukan bahasa baku): perkataan kau orang itu adalah frasa ~. Bahasa kreol: bahasa yg terbentuk drpd campuran dua bahasa yg berlainan melalui pertuturan sehingga menjadi bahasa utama dlm komuniti atau daerah tertentu. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi Pusat Dokumentasi Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka atau mana-mana perpustakaan/pusat sumber untuk tujuan tersebut. | Istilah | 04.07.2010 |
Terangkan maksud perkataan berikut dan penggunaannya: a) perkataan taboo (kata larangan) b) pidgin c) kreol d) kolokial e) bahasa rojak | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, tabu dalam bahasa Melayu bermaksud 1. sesuatu yg dilarang, pantang larang, pemali; 2. (yg) terlarang, (yg) diharamkan atau ditegah drpd dipercakapkan dsb: apakah ini suatu isu ~ yg tidak diperbincangkan?. Bahasa pijin:bahasa yg terdiri drpd campuran unsur dua atau lebih bahasa lain yg digunakan apabila penutur yg berlainan bahasa berkomunikasi antara satu dgn yg lain. Bahasa kolokial: bersifat bahasa percakapan atau bahasa basahan (bukan bahasa baku): perkataan kau orang itu adalah frasa ~. Bahasa rojak: bahasa yg bercampur aduk kata-kata yg digunakan oleh penuturnya (mis seketika perkataan Melayu dan seketika perkataan Inggeris). Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi Pusat Dokumentasi Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka atau mana-mana perpustakaan/pusat sumber untuk tujuan tersebut. | Makna | 04.07.2010 |
1. Apakah beza antara tabu dan eufemisme? 2. Ciri-ciri tabu dan eufemisme dalam bahasa Melayu? 3. Fungsi tabu dan eufemisme dalam bahasa Melayu? 4. 10 contoh tabu dan eufemisme dalam konteks masyarakat hari ini. Terima kasih. | Tabu: 1. sesuatu yg dilarang, pantang larang, pemali; 2. (yg) terlarang, (yg) diharamkan atau ditegah drpd dipercakapkan dsb: apakah ini suatu isu ~ yg tidak diperbincangkan? Eufemisme: (éufémisme) ungkapan yg lebih lembut (sopan, manis, dsb) utk menggantikan ungkapan yg dianggap kasar, mis buang air kecil utk kencing. Untuk persoalan lanjut mengenai kajian kedua-dua kata ini sila rujuk artikel, buku atau majalah yang berkaitan. Tiada entri dijumpai Cadangan dari Kamus BI-BM: euphemism eulogise defense eugenics defensive elegise euphemistic extremism feudalism peacetime surmise uterine utilise edgewise eulogist eulogize lifetime defeatism defective effective eufemismekata nama euphemism(Inggeris-Melayu) eufemisme Huraian: Ungkapan yang lebih halus dan manis digunakan untuk menggantikan ungkapan yang dianggap kasar dan tidak menyenangkan. (SAS) Bidang: DIDIK, SAS, PUISI Istilah lama: kias halus, ungkapan halus | Lain-lain | 20.07.2009 |
Salam sejahtera, saya ingin menanyakan 1. Apakah beza penggunaan BESAR KEMUNGKINAN dengan KEMUNGKINAN BESAR dalam ayat. | Besar kemungkinan dan kemungkinan besar, membawa maksud yang sama. Kedua-duanya boleh digunakan. Contoh ayat: Besar kemungkinan - Besar kemungkinan, berita itu akan dikesampingkannya sahaja. Kemungkinan besar - Ada kemungkinan besar bahawa kegiatan terĀsebut yg selama ini diharamkan di negeri itu akan dihalalkan | Istilah | 25.06.2015 |
boleh berikan perbezaan di antara bahasa tabu dan bahasa eufemisme? kalau boleh beserta contohnye sekali. terima kasih | Bahasa Eufemisme bermaksud ungkapan yang lebih lembut (sopan, manis, dan sebagainya) untuk menggantikan ungkapan yang dianggap kasar. Secara tidak langsung ungkapan ini menggambarkan ketinggian budi pekerti penuturnya dalam pertuturan harian, contohnya Ali meminta diri untuk keluar membuang air kecil. Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, tabu dalam bahasa Melayu bermaksud 1. sesuatu yang dilarang, pantang larang, pemali; 2. (yang) terlarang, (yang) diharamkan atau ditegah daripada dipercakapkan. | Makna | 13.02.2013 |