Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata diharap

Puisi
 

Apa diharap pada padi,
     Tinggi rumput dari ruang;
Apa diharap pada kami,
     Budi tiada bahasa pun kurang.


Lihat selanjutnya...(42)
Peribahasa

Mulut manis jangan percaya,
     lepas daripada tangan jangan diharap.

Bermaksud :

Nasihat supaya berhati-hati dengan pujuk rayu orang yang mahu menipu.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Diharap pihak Tuan/Puan dapat membantu kami mengesahkan penggunaan ayat berikut adalah betul (Sila rujuk kepada lampiran berikut) Pilihan 1 Inilah tawaran hebat bagi perniagaan anda walau di mana jua ia berada. Pilihan 2 Inilah tawaran hebat walau di mana jua perniagaan anda berada. Untuk makluman Tuan/Puan, ayat ini adalah tujuan pengiklanan bagi iklan cetak. Kami berharap pihak Tuan/Puan dapat menjelaskan penggunaan ayat yang betul bagi rujukan kami. Kerjasama Tuan/Puan amat dihargai. Terima Kasih!Ayat yang lebih gramatis ialah;

Inilah tawaran hebat walau di mana-mana jua perniagaan anda.

Tatabahasa17.01.2013
Diharap pihak Tuan/Puan dapat membantu kami mengesahkan penggunaan ayat berikut adalah betul (Sila rujuk kepada lampiran berikut) Pilihan 1 MULA BERNIAGA GUNA JALUR LEBAR DENGAN HANYA RM99. Pilihan 2 MULA BERNIAGA MENGGUNAKAN JALUR LEBAR DENGAN HANYA RM99. Untuk makluman Tuan/Puan, ayat ini adalah tujuan pengiklanan bagi iklan cetak. Kami berharap pihak Tuan/Puan dapat menjelaskan penggunaan ayat yang betul bagi rujukan kami. Kerjasama Tuan/Puan amat dihargai. Terima Kasih!Ayat yang betul ialah: 2. MULA BERNIAGA MENGGUNAKAN JALUR LEBAR DENGAN HANYA RM99Tatabahasa15.01.2013
Diharap DBP dapat membantu saya. Antara berikut, yang manakah betul dari segi tatabahasa? pertama kali atau kali pertama julung kali atau julung-julung kali kata-kata aluan atau kata alu-aluan penghawa dingin atau pendingin hawa Saya mendahului dengan ucapan terima kasih.

Frasa yang betul ialah:

1. kali pertama

2. julung-julung kali

3. kata alu-aluan

4. pendingin hawa/penyaman udara

Istilah04.07.2009
Diharap pihak tuan dapat terjemahkan perkataan 'information skill instruction' kepada istilah malaysia. Terima kasih. nota: 'information skill instruction' adalah istilah dalam bidang sains perpustakaan.Padanan terjemahan untuk frasa tersebut dalam bahasa Melayu ialah "Panduan Kemahiran Maklumat". Terima kasih.Istilah07.02.2009
Assalam, Diharap DPB dapat meniliti dan mengesahkan terjemahan ke bahasa Inggeris seperti (lorekan berwarna kuning) di dalam lampiranDBP tidak menyediakan khidmat terjemahan secara rasmi. Untuk khidmat penterjemahan sila hubungi Institut Terjemahan Negara, no. tel. 03-41497210 atau Persatuan Penterjemah Malaysia, no. tel. 03-21424381.Lain-lain12.10.2020
Assalamualaikum, Diharap ini adalah saluran yang betul. Saya memerlukan bantuan dan pemahaman tentang perkataan "novelty" di mana makna yang saya dapat di sini adalah "pembaharuan". Mohon bantuan jika boleh untuk memberi contoh ayat supaya lebih faham kerana saya perlu menerangkan kepada umum. Sekian, terima kasih.Megikut Kamus Inggeris- Melayu Dewan, Novelyy membawa maksud:  n 1. quality of being novel, kebaharuan: the ~ of the first few weeks soon wore off, kebaharuan minggu-minggu yg awal mula luput; 2. st new, sst yg baru: hard work is no ~ to him, kerja keras bukan sst yg baru baginya; snow was a ~ to them, salji merupakan sst yg baru bagi mereka; 3. small, unusual ornament etc sold as a gift, hadiah kecil-kecil: a ~ shop, kedai hadiah kecil-kecil.Makna29.10.2014
Salam. Diharap pihak DBP dapat menegur pihak Institut Aminudin Baki (IAB) yang memaksa kami para pensyarah Institut Pendidikan Guru Malaysia menggunakan istilah "Sistem Star Rating" dalam menyediakan dokumen rasmi. Ini berlawanan dengan dasar MBMMBI. Istilah ini adalah salah dalam BM dan BI.Hal ini kami ambil maklum untuk melaksanakan pemantauan dan disusul dengan nasihat dan teguran. Untuk makluman saudara, kami telah bertanyakan perkara ini kepada pihak Institut Aminudin Baki dan pihak tersebut mengakui penggunaan istilah Sistem Star Rating dalam organisasi tersebut.  Lain-lain05.04.2012
SALAM.. diharap tuan dapat membantu saya dan balas melalui email saya. mohd_nizal@yahoo.com. Yang merah itu saga, Yang kurik itu kundi, Yang indah itu bahasa, Yang molek itu budi. Huraikan maksud pantun di atas. terima kasih.Maksud pantun di atas ialah  yang indah dan yang baik ialah bahasa dan budi, bukannya rupa.Makna20.07.2009
Selamat Petang, Diharap pihak tuan dapat membantu dalam menjelaskan bagaimana untuk melaraikan sukukata untuk perkataan-perkataan berikut:- 1) kuih - /ku//ih/ atau /kuih/? 2) air - /a/ /ir/ atau /air/ atau /ai/r/? 3) radio - /ra/di//o/ atau /ra//dio/? Terima KasihSuku kata bagi perkataan kuih ialah /kuih/, air ialah /air/, radio ialah /ra.dio/.Tatabahasa04.06.2010
Assalamualaikum dan salam sejahtera, Yang manakah betul, "bangunan mesra alam diharap dapat mengatasi masalah pencemaran" atau "bangunan mesra alam diharapkan dapat mengatasi masalah pencemaran"?Ayat yang betul ialah "Bangunan mesra alam diharap dapat mengatasi masalah pencemaran."Tatabahasa26.09.2013
12345678910...

Kembali ke atas